Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat

Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Kem Perdana Sg Besi Kuala Lumpur
(2)

SELAMAT HARI ULANG TAHUN REJIMEN ARTILERI DIRAJASelamat Hari Ulang Tahun ke-69 Rejimen Artileri Diraja. Terus cemerlang ...
14/08/2026

SELAMAT HARI ULANG TAHUN REJIMEN ARTILERI DIRAJA

Selamat Hari Ulang Tahun ke-69 Rejimen Artileri Diraja. Terus cemerlang sebagai Kor yang profesional, berwibawa dan berkeupayaan tinggi, seiring keunggulan sebagai teras kuasa tembakan yang berkesan demi kejayaan operasi dan kesiagaan Tentera Darat.

- Tangkas, Tegas dan Saksama -

Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat





๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—™ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—งSUNGAI BESI, 14 Ogos 2026 -...
14/08/2026

๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—™ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง

SUNGAI BESI, 14 Ogos 2026 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 (PS 1) Audit dan Kualiti, Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tadbir dan Logistik, MK PMBTD, hari ini. Majlis tersebut disaksikan oleh Kolonel Tadbir, Kol Mohamad Qadri bin Abu Bakar.

Serah terima tugas melibatkan Pemangku PS 1 Audit dan Kualiti, Mej Wan Hasnan bin Wan Zin kepada Lt Kol Muhammad Nadzrul Fadli bin Ramli yang bertukar masuk dari Markas Angkatan Tentera Malaysia - Bahagian Mobilisasi Angkatan Simpanan (BMAS) dan sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pengarah.

Terdahulu, Majlis Serah Terima Tugas PS 2 Aset dan PS 2 Teknikal, Cawangan G4 Sel Material turut berlangsung di lokasi yang sama pada 13 Ogos 2026, disaksikan oleh PS 1 Material, Lt Kol Mawarni binti Abdullah. Serah terima tugas PS 2 Aset melibatkan Mej Mohd Nadzir bin Mohd Radzi yang bertukar ke Markas Tentera Darat - G6, Cawangan Teknologi Maklumat sebagai PS 2 Pusat Data kepada Mej Muhamad Haziq bin Azmen yang bertukar masuk dari Markas Pemerintahan Latihan Tentera Darat.

Serah terima tugas PS 2 Teknikal p**a berlangsung antara Mej Mahathir bin Kamil ATO yang bertukar ke 93 Depot Pangkalan Peluru, Mempaga sebagai Ketua Cawangan Akaun dan Penyimpanan Peluru serta Bahan Letupan dengan Mej Azmi bin Hishar @ Azhar yang bertukar masuk dari Markas Tentera Darat - G5 CPP.

Kesinambungan serah terima tugas ini memastikan tanggungjawab dan fungsi setiap cawangan diteruskan dengan teratur, selaras dengan keperluan organisasi. Seluruh warga MK PMBTD merakamkan penghargaan atas jasa, komitmen dan khidmat bakti pegawai yang bertukar keluar, di samping mengucapkan selamat menjalankan amanah kepada pegawai yang mengambil alih tugas.

Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat





๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—–๐—จ ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—งKUALA LUMPUR, 13 Ogos 2026 - Panglima Medan Barat Tentera...
14/08/2026

๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—–๐—จ ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2026 - Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato' Khairul Azmizal bin Ahmad Natal hadir ke Majlis Anugerah Inovasi Tentera Darat Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Cempaka, Wisma Transit Kuala Lumpur, hari ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman.

Terdahulu, ketibaan PTD telah disambut oleh Inspektor Jeneral Tentera Darat, Mej Jen Isa bin Daud mewakili penganjur, Bahagian Inspektorat Tentera Darat. Penganugerahan ini adalah platform pengiktirafan terhadap kecemerlangan pengurusan dan inovasi warga Tentera Darat dengan pengisian acara merangkumi lawatan ke pameran Kump**an Inovatif dan Kreatif (KIK), penyampaian anugerah serta pameran hasil inovasi.

Majlis menyaksikan Markas 2 Divisyen dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan, manakala beberapa formasi dan pasukan turut meraih kejayaan dalam kategori pengurusan serta KIK. Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat turut mencatat pencapaian membanggakan dalam meraih Naib Johan Kategori Pengurusan Pemerintahan.

Penganugerahan ini mencerminkan komitmen Tentera Darat membudayakan inovasi, kreativiti dan kecemerlangan pengurusan sebagai pemacu peningkatan keupayaan organisasi. Aspirasi tersebut selaras dengan Perintah Ulung PTD ke-31 yang menekankan kemajuan berteraskan peningkatan keupayaan.

Hadir sama, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datoโ€™ Mohamad Suria bin Mohamad Saad; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datoโ€™ Mohd Sofi bin Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato' Ahmad bin Abu Bakar.

Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat





๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐——๐—”๐——๐—”๐—› ๐—ฃ๐— ๐—•๐—ง๐—— ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSUNGAI BESI, 13 Ogos 2026 โ€“ Mesyuarat Jawatankuasa Antidadah Pemerinta...
14/08/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐——๐—”๐——๐—”๐—› ๐—ฃ๐— ๐—•๐—ง๐—— ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

SUNGAI BESI, 13 Ogos 2026 โ€“ Mesyuarat Jawatankuasa Antidadah Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (JKAD PMBTD) Siri 1/2026 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Tadbir dan Logistik, Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Brig Jen Ahmad Kassim bin Daud, Ketua Staf Tadbir & Logistik MK PMBTD dan dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Antidadah PMBTD

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras, memantau dan memperkukuh pelaksanaan inisiatif serta program antidadah di bawah naungan PMBTD di samping meneliti laporan semasa, menilai pencapaian program yang telah dilaksanakan serta membincangkan isu dan cabaran berkaitan pelaksanaan agenda antidadah. Mesyuarat turut menjadi platform bagi memperkemas strategi pencegahan dan meningkatkan keberkesanan usaha membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan warga PMBTD.

Melalui mesyuarat tersebut, Pengerusi menegaskan kepentingan komitmen dan kerjasama berterusan daripada semua formasi dan pasukan dalam memperkukuh usaha pencegahan penyalahgunaan dadah. Beliau turut menekankan keperluan untuk meningkatkan kesedaran, memperkasakan pendidikan dan pencegahan serta memastikan setiap keputusan yang dipersetujui diterjemahkan kepada tindakan susulan yang terancang, berkesan dan berterusan.

Mesyuarat ini diharapkan dapat memperkasakan usaha antidadah yang lebih tersusun, proaktif dan bersepadu di semua peringkat di bawah naungan PMBTD. Komitmen berterusan seluruh warga PMBTD amat penting dalam merealisasikan aspirasi Tentera Darat Bebas Dadah, seterusnya melahirkan warga Tentera Darat yang berdisiplin, berintegriti, berdaya tahan serta sentiasa bersedia melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan.

Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat





Address

Sungai Besi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share