Dewan Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar

Dewan Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar Permulaan Bismillah

PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR 2026Alhamdulillah, Pelancaran Jentera Pilihanraya D...
02/06/2026

PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR 2026

Alhamdulillah, Pelancaran Jentera Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar yang telah berlangsung pada 23 Mei 2026 menjadi titik mula kepada satu gerak kerja yang lebih tersusun, bertenaga dan berfokus dalam menghadapi medan perjuangan yang bakal mendatang.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Dr Aubidullah Fahim Ibrahim (Timbalan Ketua Pemuda DPPNS) dan diiringi oleh Zulwafi Bahaudin (Pengarah Pilihanraya DPPNS).

Pelancaran ini bukan sekadar simbolik menghidupkan jentera pilihan raya, bahkan menjadi suntikan semangat dan nafas baharu kepada seluruh anak muda Sungai Besar untuk memperkemaskan saf perjuangan, meningkatkan kualiti kerja, memperkukuh disiplin organisasi serta melipatgandakan produktiviti dalam setiap amanah yang dipikul.

Anak muda hari ini bukan sekadar pewaris perjuangan, bahkan mereka adalah pencorak masa depan ummah dan negara. Justeru, setiap langkah yang diatur mestilah berteraskan ilmu, hikmah, akhlak dan kesungguhan. Kemenangan yang diimpikan tidak akan datang dengan angan-angan, tetapi lahir daripada pengorbanan, kesabaran dan kerja yang berterusan.

Firman Allah SWT:

"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah akan melihat amalan kamu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman." (Surah At-Taubah: 105)

Ayat ini mengingatkan kita bahawa ukuran sebenar perjuangan bukan pada kata-kata, tetapi pada amal dan usaha yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Menjelang Pilihan Raya Umum yang dijangka bakal tiba dalam tempoh yang tidak terlalu lama, seluruh jentera pemuda diseru agar memperbaharui niat, memperkukuh ukhuwah dan mempertingkatkan kompetensi diri. Jadilah generasi yang bukan sahaja kuat semangatnya, tetapi juga cemerlang dalam perancangan, pantas dalam tindakan dan istiqamah dalam perjuangan.

Ayuh anak muda Sungai Besar!

Bangkit dengan semangat baharu, bergerak dengan kesatuan hati dan melangkah dengan keyakinan bahawa perjuangan yang diasaskan atas dasar iman, taqwa dan kasih kepada rakyat pasti mendapat pertolongan Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya dalam satu saf yang tersusun kukuh, seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun teguh." (Surah As-Saff: 4)




KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA30 MEI 2026 | 13 ZULHIJJAH 1447HKPM WAJAR AMBIL TINDAKAN DRASTIK TANGANI KES JE...
31/05/2026

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

30 MEI 2026 | 13 ZULHIJJAH 1447H

KPM WAJAR AMBIL TINDAKAN DRASTIK TANGANI KES JENAYAH SEKSUAL DI SEKOLAH

Pemuda PAS Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian yang sewajarnya terhadap kes-kes jenayah seksual khususnya melibatkan guru dan anak murid yang berlaku dalam kawasan persekolahan.

Pendedahan demi pendedahan terhadap kes-kes sebegini seharusnya membuka mata ramai pihak terhadap suatu krisis dalaman yang parah yang sedang berlaku melibatkan institusi pendidikan negara.

Pemuda PAS Malaysia berpandangan isu kes jenayah seksual yang berlaku melibatkan guru dan anak murid itu satu isu yang sangat genting. Hal yang demikian ditambah lagi dengan kelemahan pengurusan kes oleh pihak PPD dan sekolah termasuklah tindakan yang tidak wajar diambil seolah-olah dibuat bagi menutup satu-satu kes daripada terdedah ke pengetahuan masyarakat awam.

Kedua-dua perkara ini begitu membimbangkan kita. Adakah tidak ada suatu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas dalam mengurus krisis yang berlaku apatah lagi melibatkan kes jenayah seksual yang parah seperti itu?

Persoalan lain yang memerlukan garisan yang jelas dalam isu sebegini adalah, apakah bentuk mekanisme perlindungan yang tegas terhadap si mangsa yang merupakan murid sekolah itu sendiri sedangkan guru yang merupakan pihak yang tertuduh juga dikatakan masih bebas berada dalam kawasan sekolah?

Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa isu jenayah seksual yang berlaku di sekolah bukanlah isu remeh dan kecil. Institusi pendidikan seharusnya bersih daripada sebarang "kekotoran" luar, bahkan sepatutnya menjadi tempat pembelajaran yang selamat untuk kanak-kanak.

Justeru, Pemuda PAS Malaysia mengulangi gesaan supaya pihak KPM tidak teragak-agak mengambil langkah yang tegas terhadap kes-kes jenayah seksual seperti yang sedang didedahkan kepada awam ketika ini.

Bahkan juga KPM perlu memastikan suatu tindakan yang drastik bagi membendung jenayah yang sama di seluruh institusi pendidikan dalam negara.

Sekian.

YB Ustaz Mohd Hafez bin Sabri
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi

KENYATAAN MEDIAKETUA PEMUDA PAS SELANGOR28 MEI 2026 | 11 ZULHIJJAH 1447HKESELAMATAN PENGANGKUTAN AWAM MESTI MENJADI KEUT...
28/05/2026

KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMUDA PAS SELANGOR

28 MEI 2026 | 11 ZULHIJJAH 1447H

KESELAMATAN PENGANGKUTAN AWAM MESTI MENJADI KEUTAMAAN NEGARA

Anthony Loke Siew F**k, insiden LRT tergelincir ini soal keselamatan awam. Ini soal nyawa rakyat. Bukan perkara kecil.

Setiap hari ribuan rakyat menggunakan pengangkutan awam untuk bekerja, belajar dan mencari rezeki. Apabila berlaku insiden seperti ini, rakyat mahu jaminan bahawa sistem pengangkutan negara benar-benar selamat, diselenggara dengan serius dan dipantau tanpa kompromi.

Nasib baik kali ini tiada kemalangan jiwa. Tetapi sampai bila kerajaan mahu bergantung kepada NASIB BAIK?

Bayangkan jika kejadian berlaku pada waktu puncak dengan tren penuh sesak. Bayangkan jika ada nyawa melayang. Ketika itu sudah terlambat untuk bermain politik komunikasi dan mengadakan sidang media.

Negara maju bukan dibina dengan slogan, propaganda atau persembahan media. Negara maju dibina dengan kecekapan, disiplin pengurusan dan kemampuan menjaga keselamatan rakyat pada tahap paling asas.

Malangnya, rakyat melihat kegagalan demi kegagalan berlaku secara bertubi-tubi. Aerotrain rosak, KLIA banjir dan kini LRT p**a tergelincir.

Ini bukan lagi isu terpencil. Ini mula menggambarkan kelemahan pengurusan infrastruktur dan budaya pentadbiran yang terlalu selesa dengan reaksi selepas krisis, bukan pencegahan sebelum krisis.

DAP sebagai parti yang berada dalam kerajaan dilihat begitu beria-ia memberi perhatian kepada isu UEC dan kandang babi, tetapi fokus kerja menyelesaikan isu rakyat tidak menjadi keutamaan.

Rakyat tidak perlukan menteri yang hanya pandai mengumumkan projek dan mengurus persepsi. Rakyat perlukan menteri yang mampu memastikan sistem benar-benar berfungsi dengan selamat dan berkesan.

Kerajaan perlu segera melaksanakan audit keselamatan menyeluruh terhadap semua sistem rel negara melibatkan pihak bebas dan pakar antarabangsa. Jadual penyelenggaraan mesti diumumkan secara telus dan dipantau ketat, bukan sekadar wujud atas kertas.

Kementerian juga perlu mewujudkan mekanisme pemantauan berkala yang boleh diaudit secara awam supaya rakyat tahu tahap keselamatan sebenar pengangkutan awam negara.

Sebarang kelemahan teknikal atau kecuaian kontraktor mesti disiasat secara terbuka dan tindakan tegas perlu diambil tanpa melindungi mana-mana pihak berkepentingan.

Selain itu, kerajaan perlu memberi fokus kepada budaya β€œpreventive maintenance”, bukan budaya tunggu rosak baru kelam-kabut mahu baiki. Infrastruktur awam tidak boleh diurus dengan mentaliti tampal bocor selepas banjir berlaku.

Jika kegagalan demi kegagalan terus berlaku tanpa perubahan yang meyakinkan, maka sudah tiba masanya YB Anthony Loke mempertimbangkan untuk meletakkan jawatan sebagai tanda tanggungjawab moral dan pentadbiran.

Ustaz Mohamed Sukri Omar
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor



26/05/2026

BICARA BAKTI DEMI SELANGOR (PASCA SIDANG DUN)

Kupasan yang menarik dari ahli panel yang mengupas berkaitan isu tempatan dan isu semasa rakyat di Selangor dan Sungai Besar khususnya.

Platform yang baik buat rakyat di DUN Sungai Panjang khususnya dalam mengetahui perkembangan semasa apa yang diperjuangkan oleh YB Ustaz Mohd Razali Saari dalam sidang DUN.

InshaAllah siri-siri penerangan seperti ini akan diteruskan dan sampai ke masyarakat.



πŸŒ™ π—¦π—”π—Ÿπ—”π—  π—”π—œπ——π—œπ—Ÿπ—”π——π—›π—” πŸ­πŸ°πŸ°πŸ³π—› πŸŒ™Di saat takbir bergema membelah langit, kita diingatkan tentang sebuah pengorbanan agung.Pengor...
26/05/2026

πŸŒ™ π—¦π—”π—Ÿπ—”π—  π—”π—œπ——π—œπ—Ÿπ—”π——π—›π—” πŸ­πŸ°πŸ°πŸ³π—› πŸŒ™

Di saat takbir bergema membelah langit, kita diingatkan tentang sebuah pengorbanan agung.

Pengorbanan seorang ayah yang taat kepada perintah Tuhan dan seorang anak yang rela menyerahkan dirinya demi cinta kepada Allah SWT.

Nabi Ibrahim A.S tidak membesarkan Nabi Ismail A.S dengan kemewahan dunia, tetapi dengan tarbiyah iman, sabar dan ketaatan.
Hasil didikan itulah lahirnya seorang anak yang berkata penuh yakin:

"π‘Šπ‘Žβ„Žπ‘Žπ‘– π‘Žπ‘¦π‘Žβ„Žπ‘˜π‘’, π‘™π‘Žπ‘˜π‘’π‘˜π‘Žπ‘›π‘™π‘Žβ„Ž π‘Žπ‘π‘Ž π‘¦π‘Žπ‘›π‘” π‘‘π‘–π‘π‘’π‘Ÿπ‘–π‘›π‘‘π‘Žβ„Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘˜π‘’π‘π‘Žπ‘‘π‘Žπ‘šπ‘’. πΌπ‘›π‘ β„Žπ‘Žπ΄π‘™π‘™π‘Žβ„Ž π‘Žπ‘¦π‘Žβ„Ž π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘šπ‘’π‘›π‘‘π‘Žπ‘π‘Žπ‘‘π‘– π‘Žπ‘˜π‘’ π‘‘π‘Žπ‘Ÿπ‘–π‘π‘Žπ‘‘π‘Ž π‘œπ‘Ÿπ‘Žπ‘›π‘”-π‘œπ‘Ÿπ‘Žπ‘›π‘” π‘¦π‘Žπ‘›π‘” π‘ π‘Žπ‘π‘Žπ‘Ÿ."

Begitulah Aidiladha mendidik kita bahawa cinta bukan sekadar memiliki, tetapi sanggup melepaskan demi redha Ilahi. Bahawa pengorbanan bukan hanya pada darah korban yang mengalir, tetapi pada ego yang direndahkan, masa yang dikorbankan dan hati yang terus belajar ikhlas.

Semoga Aidiladha kali ini menjadikan kita insan yang lebih tunduk kepada Allah, lebih taat dalam perjuangan dan lebih kuat mendidik keluarga dengan nilai iman dan pengorbanan.

✨ Selamat Hari Raya Aidiladha
πŸ•‹ Minal β€˜Aidin wal Faizin
Semoga setiap pengorbanan kita diterima di sisi Allah SWT.

Ikhlas daripada
πŸ’š π‘«π’†π’˜π’‚π’ π‘·π’†π’Žπ’–π’…π’‚ 𝑷𝑨𝑺 π‘²π’‚π’˜π’‚π’”π’‚π’ π‘Ίπ’–π’π’ˆπ’‚π’Š 𝑩𝒆𝒔𝒂𝒓




BICARA BAKTI DEMI SELANGOR (PASCA SIDANG DUN)Semua ahli PAS dan orang ramai dijemput hadir ke program ini untuk mendapat...
25/05/2026

BICARA BAKTI DEMI SELANGOR
(PASCA SIDANG DUN)

Semua ahli PAS dan orang ramai dijemput hadir ke program ini untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang lebih jelas dan tepat berkaitan apa yang ADN PAS perjuangkan di Sidang DUN Selangor.

πŸ—“οΈTarikh : 25 Mei 2026 (Isnin)
πŸ•°οΈMasa : 9.00 malam
🏒Tempat : Markaz PAS Kawasan Sungai Besar, Simpang Lima

πŸ‘€Panel :
1. YB Tuan Mohd Shafie Ngah (ADN Sungai Ramal / Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor
2. Ustaz Mohd Fadzin bin Taslimin (YDP PAS Kawasan Sungai Besar)
3. YB Ustaz Mohd Razali bin Saari (ADN Sungai Panjang / TYDP PAS Kawasan Sungai Besar
4. Ustaz Mohd Ahsani Takwim bin Jasman (Ketua Pemuda PAS Sungai Besar)

Jangan lepaskan peluang anda untuk bertanya lebih lanjut kepada ahli panel malam ini.




π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—”π——π—˜π—ͺ𝗔𝗑 π—£π—˜π— π—¨π——π—” 𝗣𝗔𝗦 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯23 MEI 2026 | 6 ZULHIJJAH 1447Hπ—£π—˜π— π—¨π——π—” 𝗣𝗔𝗦 π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯ π—œπ—¦π—§π—œπ—€π—”π— π—”π—› π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—žπ—˜π—£π—œ...
23/05/2026

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—”
π——π—˜π—ͺ𝗔𝗑 π—£π—˜π— π—¨π——π—” 𝗣𝗔𝗦 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯

23 MEI 2026 | 6 ZULHIJJAH 1447H

π—£π—˜π— π—¨π——π—” 𝗣𝗔𝗦 π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯ π—œπ—¦π—§π—œπ—€π—”π— π—”π—› π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—žπ—˜π—£π—œπ— π—£π—œπ—‘π—”π—‘ 𝗣𝗔π—₯π—§π—œ, π——π—˜π— π—œ π—žπ—˜π—¦π—§π—”π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—π—¨π—”π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 𝗠𝗔𝗦𝗔 π——π—˜π—£π—”π—‘ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menzahirkan sokongan penuh terhadap pendirian dan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berhubung perkembangan politik semasa melibatkan isu penarikan sokongan dan SD di Negeri Sembilan serta kedudukan kerjasama dalam Perikatan Nasional.

Pemuda PAS Selangor berpandangan bahawa kekuatan sesebuah gabungan politik bukan hanya terletak pada bilangan kerusi atau percaturan semasa, tetapi pada kekuatan disiplin, kejelasan hala tuju dan keutuhan kepercayaan antara rakan perjuangan.

Dalam sebuah gabungan besar yang membawa harapan rakyat, setiap tindakan dan keputusan perlu diurus dengan hikmah, kematangan dan semangat tanggungjawab bersama. Sebarang perkara yang boleh mengganggu kestabilan serta keyakinan rakyat terhadap kesatuan pembangkang wajar ditangani secara bijaksana dan berhemah.

Justeru, kenyataan Tuan Guru Presiden PAS agar hubungan serta bentuk kerjasama politik dinilai semula perlu dilihat sebagai satu peringatan penting demi memperkukuhkan kesatuan, memperkemaskan saf perjuangan dan memastikan Perikatan Nasional terus bergerak sebagai sebuah gabungan yang stabil, diyakini dan mempunyai hala tuju yang jelas.

Ketika rakyat sedang dihimpit dengan tekanan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi dan kelemahan pentadbiran kerajaan hari ini, keutamaan semua pihak seharusnya tertumpu kepada usaha membina keyakinan rakyat, memperkukuhkan perpaduan dan menawarkan penyelesaian yang lebih baik untuk masa depan negara.

Pemuda PAS Selangor menyeru seluruh pimpinan, ahli dan anak muda parti agar terus tenang, matang dan berlapang dada dalam menghadapi perkembangan semasa. Berilah kepercayaan kepada kebijaksanaan kepimpinan parti dalam mengurus setiap cabaran dengan penuh hikmah serta pertimbangan yang mendalam.

PAS telah melalui pelbagai ujian politik sepanjang sejarah perjuangannya. Namun kekuatan PAS sentiasa terletak pada kesatuan saf, adab berjemaah dan meletakkan kepentingan Islam, rakyat dan negara mengatasi segala kepentingan lain.

Pemuda PAS Selangor kekal komited untuk terus memperkukuhkan kesatuan perjuangan serta mempertahankan kerjasama strategik dalam Perikatan Nasional demi membina sebuah masa depan negara yang lebih stabil, bermaruah dan diyakini rakyat.

β€œBakti Demi Selangor”

Ustaz Mohamed Sukri Omar
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor



πŸ“’ π—›π—˜π—•π—”π—›π—”π—‘ π—₯π—”π—¦π— π—œ 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠πŸ”₯ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 ππ„πŒπ”πƒπ€ 𝐏𝐀𝐒 πŠπ€π–π€π’π€π π’π”ππ†π€πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-𝟐𝟐 πŸ”₯Dengan penuh hormat d...
23/05/2026

πŸ“’ π—›π—˜π—•π—”π—›π—”π—‘ π—₯π—”π—¦π— π—œ 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠

πŸ”₯ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 ππ„πŒπ”πƒπ€ 𝐏𝐀𝐒 πŠπ€π–π€π’π€π π’π”ππ†π€πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-𝟐𝟐 πŸ”₯

Dengan penuh hormat dan sukacitanya, seluruh ahli serta para perwakilan dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar Kali Ke-22 yang bakal menghimpunkan saf kepimpinan serta anak muda pejuang agama demi memperkukuh gerak kerja jamaah.

πŸ—“ Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ•– Masa: 7.00 Malam
πŸ“ Tempat: Pusat Tarbiyah Darussalam, Simpang 5
πŸŽ™ Dirasmikan Oleh:
Ustaz Dr. Aubidullah Fahim Ibrahim
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

✨ Ayuh hadir membawa semangat perjuangan, fikrah yang segar serta tekad memperkasa peranan pemuda dalam mendepani cabaran ummah dan masyarakat.

🀝 Kehadiran anda amat bermakna dalam mencorak halatuju perjuangan masa hadapan.




KENYATAAN MEDIAKETUA PEMUDA PAS SELANGOR19 MEI 2026 | 2 ZULHIJJAH 1447 HTITAH DYMM SULTAN SELANGOR WAJIB DIHORMATI: DAP ...
19/05/2026

KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMUDA PAS SELANGOR

19 MEI 2026 | 2 ZULHIJJAH 1447 H

TITAH DYMM SULTAN SELANGOR WAJIB DIHORMATI: DAP SINONIM DENGAN KEBIADABAN TERHADAP INSTITUSI DIRAJA, SPEAKER DUN SELANGOR WAJAR LETAK JAWATAN

Kami menjunjung kasih atas kenyataan tegas DYMM Sultan Selangor yang memperingatkan semua pihak tentang pentingnya memahami dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara khususnya soal kesopanan, kesusilaan serta penghormatan terhadap Institusi Raja Berperlembagaan.

Apabila DYMM Tuanku Sultan Selangor sendiri menegur secara terbuka ADN Seri Kembangan dan Ronnie Liu, ia membuktikan bahawa tahap kebiadaban politik yang berlaku sudah melampaui batas.

Lebih mengecewakan, Ronnie Liu masih tergamak mencadangkan agar pengusaha-pengusaha babi mengambil tindakan undang-undang selepas isu ini mendapat perhatian serius Istana Selangor. Kenyataan seperti ini jelas menunjukkan sikap angkuh, mencabar sensitiviti rakyat dan langsung tidak memahami semangat Rukun Negara.

Mereka bercakap tentang demokrasi, tetapi gagal memahami adab terhadap Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang kestabilan negara.

Mereka melaungkan perpaduan, tetapi tindakan dan ucapan mereka berkali-kali menyinggung institusi yang menjadi payung kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Hakikatnya, DAP sinonim dengan budaya politik biadab terhadap institusi diraja.

Rakyat melihat satu demi satu insiden yang memperlihatkan kegagalan pimpinan mereka menghormati adab, tradisi dan semangat Perlembagaan Negara.

Adun Seri Kembangan p**a sepatutnya sedar bahawa sidang Dewan ketika menjunjung titah DYMM Tuanku bukan medan untuk menghidupkan kembali polemik yang telah menimbulkan keresahan rakyat. Wakil rakyat yang matang sepatutnya membawa solusi dan menjaga keharmonian negeri, bukannya mencetuskan provokasi politik murahan.

Dalam masa yang sama, Speaker Dewan Negeri Selangor juga tidak boleh lari daripada tanggungjawab.

Kegagalan beliau mengambil tindakan tegas dan segera terhadap tindakan yang mencetuskan kontroversi ini memperlihatkan kelemahan serius dalam mempertahankan kemuliaan Dewan dan menghormati titah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Justeru, kami menggesa Speaker Dewan Negeri Selangor meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggungjawab atas kegagalan beliau mengawal perjalanan sidang dengan penuh wibawa dan mempertahankan kehormatan institusi negeri.

Rakyat Selangor mahukan politik matang, beradab dan menghormati institusi negara. Bukan politik angkuh yang mencabar sentimen rakyat dan memperlekehkan institusi Raja Berperlembagaan.

Air tenang jangan disangka tiada buaya,
Dalam sungai banyak rahsia,
Setia kepada raja tanda mulia,
Menderhaka rosak bangsa dan negara.

Pucuk pauh ditimpa kedondong,
Jatuh sebiji ke dalam perigi,
Adat Melayu penuh sanjung,
Daulat raja dipelihara sepenuh hati.

β€œDAULAT TUANKU”
β€œTeguh Beragama, Setia Beraja, Cinta Negara”
β€œBakti Demi Selangor”

Ustaz Mohamed Sukri Omar
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor




Address

Simpang 5
Sungai Besar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601135651908

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar:

Share