03/06/2026
📚✨ PROGRAM CUTI SEKOLAH PPAS DAERAH SABAK BERNAM✨📚
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai Program Cuti Sekolah di PPAS Daerah Sabak Bernam sepanjang 25–30 Mei 2026. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi mengisi masa cuti dengan aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat.
Program cuti sekolah ini akan diteruskan lagi pada minggu ini. Masih belum terlambat untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan. Mari kita datang beramai-ramai ke PPAS Daerah Sabak Bernam untuk mengisi cuti sekolah dengan aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat! 🥰🎨📖