31/08/2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Sabak Bernam, 31 Ogos 2026 โ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam telah melaksanakan Op Pencegahan Jenayah Ambang Merdeka 2026 di sekitar daerah ini bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara. Operasi ini melibatkan seramai 46 orang anggota, terdiri daripada pegawai kanan dan pegawai rendah polis IPD Sabak Bernam.
Sepanjang operasi yang dijalankan bermula pada 30 Ogos 2026 jam 2200 hrs sehingga 31 Ogos 2026 jam 0300 hrs, pihak polis telah membuat pemeriksaan terhadap 150 individu serta 127 kenderaan. Selain itu, sebanyak (84) saman trafik telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Selain pengeluaran saman, sebanyak (4) buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas pelbagai kesalahan pengubahsuaian ekstrem dan struktur kenderaan yang tidak selamat.
Objektif utama operasi ini adalah untuk memastikan pematuhan undang-undang lalu lintas, mencegah jenayah jalanan, serta mengesan suspek jenayah dan individu yang dikehendaki.
PDRM, khususnya IPD Sabak Bernam sentiasa komited mengekalkan ketenteraman awam melalui usaha pencegahan jenayah agar masyarakat berasa selamat dalam menjalani aktiviti harian.