Angkatan Pertahanan Awam Seberang Perai Selatan- SPS

Angkatan Pertahanan Awam Seberang Perai Selatan- SPS Angkatan Pertahanan Awam SPS
J385 Jalan Besar Sungai Bakap,
14200 Sungai Bakap,
Pulau Pinang.

KURSUS LANJUTAN PERTAHANAN AWAM SIRI 1/2026 (9 DAN10 MEI 2026)
13/05/2026

KURSUS LANJUTAN PERTAHANAN AWAM SIRI 1/2026 (9 DAN10 MEI 2026)

08/05/2026



KENYATAAN MEDIA - SAMBUTAN HUTPA 74 : APM UMUM PELANCARAN “APM MASA HADAPAN”

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini secara rasmi telah melancarkan “APM Masa Hadapan” bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam Kali Ke-74 (HUTPA 74). Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Wakil Rasmi YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bertempat di Dewan Tun Perak, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Kajang, Selangor.

Pelancaran APM Masa Hadapan adalah sebuah kerangka bagi hala tuju APM ke arah kewujudan 100 tahun menjelang 2052 yang berpandukan Pelan Strategik APM 2026-2030. Oleh itu, terdapat lima (5) teras utama yang menjadi tunjang dalam menyokong keperluan APM Masa Hadapan.

1. Pemerkasaan Modal Insan.
2. Pemodenan Aset dan Logistik.
3. Pembangunan Pusat dan Markas Operasi.
4. Pengukuhan Profesionalisme dan Integriti.
5. Tadbir Urus dan Pendigitalan APM.

Selain itu, pelancaran APM Masa Hadapan ini merupakan transformasi APM dalam memperkukuh keupayaan organisasi agar lebih berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa depan, selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan global.

Majlis Sambutan HUTPA 74 merupakan acara tahunan yang dianjurkan untuk memperingati hari ulang tahun penubuhan. APM merupakan agensi yang telah wujud sejak sebelum merdeka iaitu seawal tahun 1952, keberadaan APM selama tujuh dekad di Malaysia telah meletakkan pasukan ini sebagai antara komponen penting dalam agenda pengurusan bencana negara.

Majlis ini juga turut menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan warga APM dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat. Seramai 283 orang warga APM telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan atas kecemerlangan serta dedikasi sepanjang menjalankan tugas. Sambutan ini turut diserikan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Himpunan Pertahanan Awam (HiPA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang telah diadakan pada 5 Mei 2026 (Selasa).

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
6 MEI 2026

Zahid Hamidi
Mustapha Sakmud
Jabatan Perdana Menteri














**

08/05/2026



YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seluruh warga kerja APM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya buat semua warga kerja Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Tanggal 8 Mei setiap tahun merupakan hari memperingati keberanian, keprihatinan dan dedikasi jutaan sukarelawan yang sentiasa berada di sisi kemanusiaan.

Bertemakan tahun ini, "United in Humanity", mengingatkan kita bahawa dalam apa jua keadaan, bencana, konflik atau kesusahan, tugas mereka adalah untuk sentiasa berdiri bersama rakyat Malaysia yang memerlukan dengan penuh rasa empati dan keikhlasan.

Teruskan berbakti dan menyebar kasih kepada semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

"UNITED IN HUMANITY"

Jabatan Perdana Menteri
Malaysian Red Crescent














**

08/05/2026
05/05/2026


APM KOTA BHARU

JADI DIRI TERBAIK,
BERKHIDMAT DENGAN PENUH SEMANGAT!

Kita bukan sekadar menjalankan tugas dan tanggungjawab,
tetapi memikul amanah serta membawa kebanggaan.

✨ “Setiap usaha kita, menyelamatkan nyawa dan melindungi masa depan.”

Nilai yang membentuk kita:
🔹 Ikhlas – Berkhidmat tanpa mengharap balasan
🔹 Berani – Takut itu biasa, keberanian adalah pilihan
🔹 Disiplin – Disiplin hari ini, kekuatan esok
🔹 Kerjasama – Bersama kita kuat, bersatu kita hebat
🔹 Komited – Fokus pada matlamat, jangan mudah mengalah

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan













29/04/2026
Angkatan Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Selatan akan mengadakan Kursus Asas Pertahanan Awam pada 2 dan 3 Mei 2026...
29/04/2026

Angkatan Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Selatan akan mengadakan Kursus Asas Pertahanan Awam pada 2 dan 3 Mei 2026 ini.

Mari sertai kami.


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang


29/04/2026


Kejayaan dalam organisasi bukan datang dengan sendiri — ia dibina melalui disiplin, komitmen, integriti dan semangat kerjasama.

Setiap individu memainkan peranan penting dalam membentuk pasukan yang cemerlang. Apabila kita mengenali potensi diri, bersikap positif, melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta beretika, maka kejayaan organisasi akan menjadi kenyataan.

Sebagai warga Pertahanan Awam, kita bukan sekadar berkhidmat — kita membawa amanah untuk menjadi insan yang bermanfaat kepada masyarakat.

Terus melangkah dengan semangat:
SIAP • SEDIA • SENTIASA

`Berkhidmat untuk rakyat dan siap sedia menyahut cabaran Dekad Platinum.”













28/04/2026

Address

J385 Jalan Besar Sungai Bakap
Sungai Bakap
14200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Seberang Perai Selatan- SPS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam Seberang Perai Selatan- SPS:

Share