Pangkalan Udara Wilayah Tengah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Pangkalan Udara Wilayah Tengah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Page rasmi PUWT diwujudkan bagi berkongsi segala perlaksanaan Latihan, Operasi & program pangkalan.

21/08/2026
21/08/2026

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 69. MERDEKA!

27/04/2026
KDPB SULTAN PAHANG SAKSIKAN KEBERANIAN PESERTA KURSUS ASAS PAYUNG TERJUNKUANTAN, 8 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Bagi...
08/04/2026

KDPB SULTAN PAHANG SAKSIKAN KEBERANIAN PESERTA KURSUS ASAS PAYUNG TERJUN

KUANTAN, 8 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan fasa kedua Kursus Asas Payung Terjun Static Ram Air Siri 1/2026 yang berlangsung di Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.

Keberangkatan Paduka Baginda merupakan satu manifestasi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pemantapan latihan taktikal yang menuntut tahap disiplin serta ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa. Dalam sesi tersebut, kesemua peserta kursus membuktikan kecemerlangan apabila berjaya menyempurnakan tiga terjunan dengan jayanya, sekali gus mempamerkan tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

Kehadiran Paduka Baginda ternyata menyuntik semangat baharu kepada para peserta melalui kata-kata perangsang dan nasihat yang diberikan sepanjang sesi berlangsung. Suasana latihan tersebut turut mencerminkan sinergi yang erat antara agensi keselamatan negara dalam memperkasakan keupayaan operasi di ruang angkasa.

Turut mengiringi Paduka Baginda ialah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi Haji Mustapha TUDM; Pengelola Bijaya Diraja KDPB Sultan Pahang, Mej Jen Dato' Mohamed Zahari Haji Yahya TUDM dan Komander Pangkalan Udara Kuantan, Kol Baharin Mohamad TUDM.

Hadir sama dalam acara tersebut adalah Pemangku Pengarah Bahagian Udara JBPM, PPjB Muhammad Saiful Nizam Bin Samsudin, Pengarah JBPM Negeri Pahang, YS PKPjB Mohd Razam Bin Taja Rahim, bersama anak-anak kapal BMB 01.

MISI MEDEVAC: PEMINDAHAN PESAKIT DARI HTAR KLANG KE HOSPITAL TANAH MERAH4 APRIL 2026 (SABTU) – Satu misi pemindahan pesa...
04/04/2026

MISI MEDEVAC: PEMINDAHAN PESAKIT DARI HTAR KLANG KE HOSPITAL TANAH MERAH

4 APRIL 2026 (SABTU) – Satu misi pemindahan pesakit (MEDEVAC) telah berjaya dilaksanakan melibatkan seorang pesakit dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang ke Hospital Tanah Merah (HTM).

Seramai 9 orang anak kapal yang diketuai kapten pesawat TPgB II Hasrizal bersama TPgB II Faizal berlepas dari Subang dengan pesawat Mi-17-IV bagi menjayakan misi tersebut.

Ringkasan Misi:
• Pesakit: Anggota JBPM Selangor.
• Tujuan: Rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTM.
• Logistik: Menggunakan helikopter dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM.
• Laluan: Berlepas dari PUWT dan mendarat dengan selamat di padang HTM, Kelantan.

Kejayaan misi ini adalah hasil kerjasama erat pelbagai pihak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada:
• Kru BMB 01 Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM
• JBPM Tanah Merah & Machang
• Pasukan Perubatan HTAR, Klang
• Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah
• Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tanah Merah
• Warga HTM (Pihak Pengurusan, Jabatan Anestesiologi & Unit Rawatan Rapi)

Komitmen padu semua pihak memastikan urusan pemindahan pesakit yang merupakan anggota JBPM hari ini berjalan lancar demi kesejahteraan pesakit.
Semoga pesakit diberikan kesembuhan segera. Amin.



#Готовспасти







28/02/2026

Satu lagi misi MEDEVAC berjaya dilaksanakan oleh Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM semalam (28.02.2026).
Kali ini, 'Abang Long' MI-17-IV (BOMBA 01) terbang ke Kampung Dakoh, Gua Musang, Kelantan bagi menyelamatkan seorang pesakit yang mengalami patah kaki dan tidak dapat bergerak. Dengan koordinasi mantap antara anak kapal, PASKUB, KKM, dan JAKOA, pesakit berjaya dibawa keluar menggunakan stretcher dan dihantar terus untuk rawatan lanjut.
Tahniah komander pesawat PKPgB Amir Fitri, dan seluruh pasukan! Jarak dan lokasi bukan penghalang untuk kami berkhidmat.

27/12/2025

Dimaklumkan bahawa Pasukan Smoke Jumpers Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mencatat kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Payung Terjun – Skydive Challenge Melaka 2025.

Kejayaan ini adalah hasil komitmen, disiplin serta tahap profesionalisme tinggi yang ditunjukkan oleh anggota pasukan dalam setiap cabaran yang disertai.

Ia turut mencerminkan keupayaan dan kesiapsiagaan JBPM dalam bidang kepakaran khusus berimpak tinggi.

Pencapaian ini menjadi hadiah tahun baharu yang amat bermakna buat JBPM, sekali gus membakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan Smoke Jumpers JBPM.

Address

Pangkalan Udara Wilayah Tengah, Jalan Lapangan Terbang Subang
Subang Jaya
47200

Telephone

+60378472644

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pangkalan Udara Wilayah Tengah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pangkalan Udara Wilayah Tengah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:

Shortcuts

Share