01/06/2026
2 HARI LAGI !!!
2ND POLYCC MALAYSIA CIVIL DEFENCE ANNUAL CAMP AND COMMISSIONING (MalCiDAC) TAHUN 2026
Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Merlimau Melaka (PMM) telah dilantik sebagai urus setia pengelola bagi penganjuran program peringkat kebangsaan iaitu 2nd POLYCC Malaysia Civil Defence Annual Camp and Commissioning (MalCiDAC) Tahun 2026.
Untuk makluman, program ini melibatkan penyertaan kontinjen Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) dari Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara dan akan berlangsung pada :-
🗓️ 02 hingga 06 Jun 2026 (Selasa hingga Sabtu)
📍 Politeknik Merlimau, Melaka
Program ini merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Program ini diselaraskan oleh Bahagian Kurikulum JPPKK dengan sokongan Sekretariat Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC).
Penganjuran program ini bertujuan memperkasa semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar serta membentuk jati diri, disiplin dan pendedahan asas berkaitan ilmu pertahanan awam.
Program ini merupakan program rintis pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Peringkat JPPKK yang bertujuan melahirkan generasi muda yang bersedia dalam mempertahankan keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.
Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA
Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka
PISPA Politeknik Malaysia
Politeknik Merlimau - PMM
**