Pasukan Panji Hitam Ufuk Timur

Pasukan Panji Hitam Ufuk Timur “Akan senantiasa ada satu kelompok dari umatku yang berperang di atas urusan Allah. Mereka mengalahkan musuh-musuh mereka.

Orang-orang yang memusuhi mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya kepada mereka sampai datangnya kiamat,"

15/10/2023

SURAH AL ISRAA

وَقَضَيۡنَاۤ اِلٰى بَنِىۡۤ اِسۡرَاۤءِيۡلَ فِى الۡكِتٰبِ لَـتُفۡسِدُنَّ فِى الۡاَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوًّا كَبِيۡرًا
4. Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

فَاِذَا جَآءَ وَعۡدُ اُوۡلٰٮهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡكُمۡ عِبَادًا لَّنَاۤ اُولِىۡ بَاۡسٍ شَدِيۡدٍ فَجَاسُوۡا خِلٰلَ الدِّيَارِ ‌ؕ وَكَانَ وَعۡدًا مَّفۡعُوۡلًا
5. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

ثُمَّ رَدَدۡنَا لَـكُمُ الۡكَرَّةَ عَلَيۡهِمۡ وَاَمۡدَدۡنٰـكُمۡ بِاَمۡوَالٍ وَّبَنِيۡنَ وَجَعَلۡنٰكُمۡ اَكۡثَرَ نَفِيۡرًا
6. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

اِنۡ اَحۡسَنۡتُمۡ اَحۡسَنۡتُمۡ لِاَنۡفُسِكُمۡ‌ۖوَاِنۡ اَسَاۡتُمۡ فَلَهَا ‌ؕ فَاِذَا جَآءَ وَعۡدُ الۡاٰخِرَةِ لِيَسُـوْۤءُو ا وُجُوۡهَكُمۡ وَلِيَدۡخُلُوا الۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوۡهُ اَوَّلَ مَرَّةٍ وَّلِيُتَبِّرُوۡا مَا عَلَوۡا تَتۡبِيۡرًا‏
7. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

عَسٰى رَبُّكُمۡ اَنۡ يَّرۡحَمَكُمۡ‌ ۚ وَاِنۡ عُدْتُّمۡ عُدۡنَا‌ۘ وَجَعَلۡنَا جَهَنَّمَ لِلۡكٰفِرِيۡنَ حَصِيۡرًا‏
8. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami p**a akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat

اِنَّ هٰذَا الۡقُرۡاٰنَ يَهۡدِىۡ لِلَّتِىۡ هِىَ اَقۡوَمُ وَ يُبَشِّرُ الۡمُؤۡمِنِيۡنَ الَّذِيۡنَ يَعۡمَلُوۡنَ الصّٰلِحٰتِ اَنَّ لَهُمۡ اَجۡرًا كَبِيۡرًا ۙ‏.
9. Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

16/12/2021
06/10/2021

Alhamdulillah sticker dah siap dipasang..

24/05/2021

Bersiap sedia benteng pertahanan malaysia....

02/03/2021

ASSALAMMUALAIKUM WBT

SELAMAT MALAM WAHAI DUNIA

02/03/2021

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
وَبَرَكَاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

4. Bencana dalam agama itu ada tiga iaitu faqih(orang yang pandai dalam hal agama) yang curang, imam yang menyimpang(dari kebenaran) dan mujahid yang bodoh.

Faqih ertinya orang yang bijak pandai dalam hal keagamaan.Jikalau orang sedemikian mahu membuat kecurangan lalu berani memberi fatwa yang bertentangan dengan agama, ayat² Allah swt diputar belitkan, yang haram menjadi halal, halal menjadi haram, maka di saat itulah agama sudah dianggap menemui bencana yang besar disebabkan kecurangan seorang faqih akan di ikuti umatnya.Jadi kecuali dirinya sendiri sudah sesat juga menyesatkan semua pengikutnya.

Bencana agama kedua ialah apabila imam sudah menyimpang dari kebenaran, seperi tidak berlaku adil, menganiya dll.Imam dimaksudkan adalah sesiapa yang mempunyai kuasa memimpin seperti kepala pemimpin, raja,ketua keluarga,guru terhadap muridnya dll.

Bencana agama ketiga ialah jikalau seseorang yang mengatakan dirinya sebagai mujahid atau yang sudah merasa pandai dalam menentikan hal hukum agama dengan ijtihad atau daya upanya sendiri sedangkan dia manusia bodoh dalam hal agama.

Semoga kita dihindarkan oleh Allah swt daripada termasuk dalam tiga golongan di atas.

Subhanallah
Walhamdulilah
Allah hu Akbar






السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُDoa Pagi Isninبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم...
02/03/2021

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Doa Pagi Isnin
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram...
Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..

Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq.

Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`MU.

Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.
Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.

Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU.

Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

01/03/2021

AKHIR ZAMAN​

“(Jarak) antara diutusnya aku dengan hari kiamat seperti ini.”

KIAMAT​
“Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang…”

AKHIRAT​
“…di akhirat ada azab yang berat, dan keampunan besar serta keredaan dari Allah.”

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)…

----------------------------🕋 🕋 🕋 🕋 🕋------------------------------

🕌AKHIR ZAMAN🕌

Ulama Penyelamat Manusia Daripada Kesesatan
Peranan Ulama dalam ummah adalah sebagai pemberi petunjuk kebenaran daripada kesesatan dan penyelewengan. Para ulama memiliki kedudukan yang tersendiri dalam kalangan manusia.

Manusia Semakin Sibuk, Masa Semakin Singkat
“Tidak akan datang kiamat sehingga… zaman semakin berdekatan.”
Oleh Penulis Akhir Zaman
Antara tanda akhir zaman adalah masa semakin singkat. Singkatnya masa ini menurut ulama ialah sedikitnya keberkatan pada masa. Masa juga boleh menjadi sia-sia apabila manusia terlalu sibuk dengan perkara-perkara yang kurang bermanfaat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW:

“Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam dan sejam terasa hanya sekejap.”
Dalam surah al-Asr (103:1), Allah SWT bersumpah dengan masa kerana masa menjadi perkara utama bagi manusia yang perlu dijaga. Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni menerangkan bahawa masa antara penyebab kepada kebahagian manusia atau kebinasaannya dalam kehidupan.
Ini kerana dinyatakan dalam surah al-Asr (103:2-3) bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat ialah iman, amal yang soleh, saling berpesan dengan kebenaran dan berpegang dengan kesabaran.

Allah SWT berfirman,

“Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka p**a berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Terdapat lima fasa masa yang dilalui dalam kehidupan setiap manusia, iaitu;

Fasa Belum Wujud
Firman Allah dalam Surah al-Insaan (76:1) yang bermaksud: “Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?”

Fasa Dalam Kandungan
Firman Allah dalam Surah az-Zumar (39:6) yang bermaksud: “Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana…”

Fasa Kehidupan Dunia
Firman Allah dalam Surah al-Nahl (16:78) yang bermaksud: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu (pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.”

Fasa Alam Barzakh
Firman Allah dalam Surah al-Mu’minuun (23:100) yang bermaksud: “…sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).”

Fasa Kehidupan Akhirat
Firman Allah dalam Surah al-Mu’minuun (23:16) yang bermaksud: “Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.”





#🇲🇾🕋🕋🕋🕋🕋🕋🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🕌🕌🕌🕌🇲🇾🕋🕋🕋

Inilah lelaki yang mengaku, dia adalah Tuhan. ALLAH swt membakarnya hidup-hidup di Laut.Namanya Firwayun. Sesiapa yang b...
01/03/2021

Inilah lelaki yang mengaku, dia adalah Tuhan. ALLAH swt membakarnya hidup-hidup di Laut.
Namanya Firwayun. Sesiapa yang berani menuntut ALLAH (God ).
ALLAH akan buat seperti itu.

Allah berfirman:
فَٱلْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ ءَايَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ ٱلنَّاسِ عَنْ ءَايَٰتِنَا لَغَٰلف

"Hari ini Kami akan menyelamatkan kamu di dalam tubuh, supaya engkau menjadi tanda bagi orang-orang yang mengejar engkau! Tetapi sesungguhnya, banyak di antara manusia yang tidak memperhatikan Tanda-tanda Kami!"
(Surah Yunus 10:93)

🇲🇾🕋🕌🇲🇾
01/03/2021

🇲🇾🕋🕌🇲🇾

Address

Sri Menanti
71550

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Panji Hitam Ufuk Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category