Taman Botani Johor

Taman Botani Johor Merupakan Projek usahasama kerajaan persekutuan Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Landskap Negara dan Jabatan Landskap Negeri Johor.

20/06/2026
20/06/2026

Orang Muda Johor khususnya di daerah Muar dan kawasan sekitar dipelawa untuk bersama ke Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar petang ini bagi memeriahkan Program Bual Santai Petang DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor Bersama Orang Muda Johor yang akan mengetengahkan aspirasi serta pandangan DYAM Pemangku Sultan Johor mengenai pembangunan dan masa depan generasi muda di negeri ini.

Program ini turut menjadi ruang istimewa buat seluruh anak muda di negeri ini untuk berjumpa, mendengar sendiri perkongsian, inspirasi dan harapan DYAM Pemangku Sultan Johor terhadap peranan Orang Muda Johor dalam memacu kemajuan negeri.

Jom ramai-ramai kita hadir di TMIYC Muar pada jam 5 petang hari ini bagi memeriahkan lagi program ini sebagai tanda sokongan serta menjunjung kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.








01/06/2026
31/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha,Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan silaturahim dala...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha,

Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan kita semua.

Ikhlas daripada,
Pengarah Serta Warga Kerja Taman Botani Johor.

18/05/2026

Rakyat Johor dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat tepat dan sahih berkaitan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 hanya melalui saluran rasmi Kerajaan Johor, jabatan serta agensi berkaitan termasuk platform Media Digital Johor.

Sebarang poster, jadual atau hebahan yang tidak disertakan pengesahan rasmi bukan sahaja berpotensi mengelirukan rakyat tetapi juga boleh menimbulkan kekeliruan berhubung pelaksanaan inisiatif BKJ.

Bagi semakan status, tarikh penyerahan dan maklumat lanjut BKJ, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di https://bkj.johor.gov.my selain mendapatkan pemakluman berkaitan jadual penyerahan mengikut kategori penerima menerusi platform rasmi jabatan dan agensi berkaitan.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa poster berkaitan inisiatif BKJ yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja boleh mengelirukan orang ramai tetapi juga berbentuk sabotaj terhadap usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu Bangsa Johor, khususnya golongan yang memerlukan.

Untuk rekod, BKJ Fasa 4 merupakan inisiatif terkini Kerajaan Johor dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup rakyat menerusi pelbagai bentuk bantuan dan sokongan yang disalurkan secara bersasar kepada golongan yang memerlukan di seluruh negeri ini.

Onn Hafiz Ghazi
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim





13/05/2026

Address

Taman Botani Johor, Lot PTD 8744, Mukim 18
Sri Medan
83400

Opening Hours

Monday 07:00 - 19:00
Tuesday 07:00 - 19:00
Wednesday 07:00 - 19:00
Thursday 07:00 - 19:00
Friday 07:00 - 19:00
Saturday 07:00 - 19:00
Sunday 07:00 - 19:00

Telephone

+6074858101

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taman Botani Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Taman Botani Johor:

Shortcuts

Share