Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman

Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman INI ADALAH PAGE RASMI RUMAH KANAK-KANAK DATUK AJIBAH ABOL SRI AMAN. No. Tel. : 083-323602
No. Faks : 083-324042

27/08/2026

KARNIVAL WELLBEST SARAWAK 2026

Jika anda mencari produk makanan dan kraftangan tempatan, perkhidmatan urutan & kecantikan, aktiviti menarik serta pengalaman yang berbeza, semuanya tersedia dalam sebuah ruang yang inklusif, kondusif dan mesra keluarga. 💙🧡

📅 1 – 4 Oktober 2026
📍 MetroCity Event Centre (MCEC), Kuching
🔗 https://www.canvaqr.com/RGPCjqq4N_

🌟 APA YANG MENANTI ANDA?

🛍️ 100 Usahawan Mikro Kebajikan
Dari seluruh Sarawak, menampilkan pelbagai produk makanan, kraftangan, urutan, kecantikan & perkhidmatan dengan tawaran harga menarik.

🎯 20 Aktiviti Keluarga & Inklusif
Aktiviti untuk kanak-kanak, orang kurang upaya & warga emas, cabaran kecergasan, forum, bual bicara serta pelbagai pengisian untuk seisi keluarga.

🎤 Wellbest Concert & Showtime
Nikmati persembahan dan hiburan untuk melengkapkan pengalaman karnival.

🏆 Majlis Anugerah Usahawan Mikro Kebajikan 2026
Meraikan pencapaian serta memberi penghargaan kepada UMK yang telah menunjukkan kecemerlangan.

❄️ Ruang Makan & Pameran Berpenghawa Dingin
Nikmati juadah, terokai produk dan kunjungi ruang pameran dalam suasana yang selesa dan kondusif.

✨ SATU KARNIVAL. 100 USAHAWAN. 20 AKTIVITI. 4 HARI. ✨

👨‍👩‍👧‍👦 Bawa keluarga.
👫 Ajak sahabat.
📅 Rancang kunjungan anda.
💙 Sokong usahawan lokal Sarawak.

Luangkan masa bersama sepanjang 4 hari dan rasai sendiri pengalaman yang ditawarkan, daripada membeli produk tempatan, mencuba perkhidmatan, menyertai aktiviti, menikmati hiburan hinggalah menemukan peluang dan inspirasi baharu.

🎟️ MASUK PERCUMA — TERBUKA KEPADA SEMUA!

Jadikan Karnival Wellbest Sarawak 2026 sebagai antara destinasi anda pada Oktober ini.

Semoga kita semua sentiasa mencintai Rasulullah ﷺ, menghayati sirah perjuangan Baginda serta mencontohi akhlak mulia dan...
25/08/2026

Semoga kita semua sentiasa mencintai Rasulullah ﷺ, menghayati sirah perjuangan Baginda serta mencontohi akhlak mulia dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ 🤍

LAPORAN LATIHAN PENGENDALIAN KES KANAK-KANAKTarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)Masa: 10.00 pagi – 5.00 petangTempat: Rumah Kanak...
19/08/2026

LAPORAN LATIHAN PENGENDALIAN KES KANAK-KANAK

Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching

Satu Latihan Pengendalian Kes Kanak-Kanak telah diadakan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kefahaman kakitangan dalam mengendalikan kes kanak-kanak mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

Latihan ini turut memberi pendedahan kepada peserta berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan kes serta memperkukuhkan kompetensi kakitangan agar dapat melaksanakan tugas dengan lebih profesional, berkesan dan bertanggungjawab.

Terima Kasih juga diucapkan kepada kakitangan RKK TPHN Kuching di ats segala ilmu yang telah diberikan .

Semoga latihan yang diadakan ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan keupayaan kakitangan dalam memastikan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan.

Happy Birthday To YouSambutan Hari Jadi Penghuni Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah AbolSri Aman, 15 Mei 2026 – Rumah Kanak-...
10/08/2026

Happy Birthday To You

Sambutan Hari Jadi Penghuni Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol

Sri Aman, 15 Mei 2026 – Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol telah mengadakan Sambutan Hari Jadi bagi meraikan penghuni yang lahir pada bulan berkenaan dalam suasana yang meriah dan penuh keceriaan.

Pelbagai aktiviti menarik seperti permainan (games), nyanyian dan sesi pemotongan kek telah diadakan bagi memeriahkan sambutan tersebut. Program ini turut dihadiri oleh Puan Pengetua Siti Rohaina Kipli bersama kakitangan institusi.

Sambutan ini bertujuan mengeratkan hubungan antara penghuni dan kakitangan, di samping mewujudkan suasana yang ceria, positif dan penuh kasih sayang dalam kalangan warga Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol.

Objektif Program:

* Meraikan hari jadi penghuni.
* Mengeratkan hubungan silaturahim.
* Mewujudkan suasana yang ceria dan positif.

Sempena cuti umum Hari Sarawak pada 22 Julai 2026 (Rabu), penghuni Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman bersama...
22/07/2026

Sempena cuti umum Hari Sarawak pada 22 Julai 2026 (Rabu), penghuni Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman bersama pegawai pengiring telah mengadakan aktiviti riadah dan berkelah di Sarang Bee.

Pelbagai aktiviti santai telah dijalankan sepanjang program, antaranya mandi-manda, memanggang (barbeku), menikmati hidangan bersama serta aktiviti rekreasi yang dapat mengeratkan hubungan antara penghuni dan warga institusi. Suasana yang ceria dan penuh kegembiraan jelas terpancar apabila para penghuni berpeluang meluangkan masa di luar dalam persekitaran yang nyaman dan menyegarkan.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada penghuni untuk beriadah dan menghilangkan tekanan, malah turut memupuk semangat kerjasama, saling menghormati serta mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni dan pegawai pengiring.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Suhaimi bin Ismail serta seisi keluarga atas kemurahan hati menaja makan malam buat semua penghuni dan pegawai di PastaHolic selepas selesai aktiviti berkelah. Sumbangan dan keprihatinan yang diberikan amat bermakna serta telah menceriakan lagi sambutan Hari Sarawak pada tahun ini.

Ceramah Motivasi: “Disiplin Kunci Kejayaan Sebenar”Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman telah menganjurkan Cera...
21/07/2026

Ceramah Motivasi: “Disiplin Kunci Kejayaan Sebenar”

Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman telah menganjurkan Ceramah Motivasi bertajuk “Disiplin Kunci Kejayaan Sebenar” yang telah disampaikan oleh Encik Auddin Rizal bin Riduan, Pegawai Psikologi PKMB Betong ,
juga bersama Dayang Khadijah Binti Abang Zainal Abidin(PK) dan Dayang Hanna Masitah bt Awang Zambree(Intern)
Program ini disertai oleh 32 orang penghuni institusi.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai perkongsian berkaitan kepentingan disiplin dalam membentuk sahsiah diri, meningkatkan keyakinan serta mencapai kejayaan dalam kehidupan. Penceramah turut mengupas cabaran yang sering dihadapi oleh remaja serta langkah-langkah untuk mengatasinya melalui sikap positif dan disiplin yang konsisten.

Bagi menjadikan sesi lebih interaktif dan menyeronokkan, pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan seperti perbincangan berkumpulan, soal jawab, aktiviti berkaitan pembentukan nilai diri serta permainan motivasi yang berjaya menarik minat dan penglibatan aktif semua peserta. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan diharapkan dapat memberi impak positif dalam membentuk keperibadian penghuni yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan berdaya saing.

Objektif Program

1. Meningkatkan kesedaran penghuni tentang kepentingan disiplin sebagai asas kejayaan dalam kehidupan.
2. Membentuk sahsiah, jati diri dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan penghuni.
3. Meningkatkan motivasi serta keyakinan diri untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan kehidupan.
4. Memupuk nilai-nilai positif seperti kerjasama, hormat-menghormati dan semangat tidak mudah berputus asa.
5. Memberi pendedahan kepada penghuni mengenai kaedah mengurus emosi dan membuat keputusan yang bijak melalui pendekatan psikologi yang positif.

Semoga ilmu, pengalaman dan motivasi yang diperoleh sepanjang program ini dapat dijadikan panduan oleh semua penghuni dalam membentuk peribadi yang berdisiplin, berakhlak mulia serta mampu mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026. Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai. Ikhlas daripada Warga Rumah Kanak-Kanak Datuk...
21/07/2026

Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026. Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai. Ikhlas daripada Warga Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman, Sarawak.

Landskap Ceria, Warga Bahagia: Usaha Mencantikkan Kawasan Institusi.Petang Jumaat yang penuh bermakna, warga kerja  Ruma...
17/07/2026

Landskap Ceria, Warga Bahagia: Usaha Mencantikkan Kawasan Institusi.

Petang Jumaat yang penuh bermakna, warga kerja Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman telah bergotong-royong melaksanakan aktiviti mencantikkan landskap di sekitar kawasan institusi. Aktiviti ini melibatkan kerja-kerja menyediakan medium tanaman, menanam pokok-pokok hiasan serta menyusun semula kawasan landskap agar kelihatan lebih kemas, bersih dan menarik.

Program ini dilaksanakan hasil kerjasama dan komitmen kakitangan yang berganding bahu dalam mewujudkan persekitaran yang lebih hijau, selesa dan kondusif untuk dinikmati oleh penghuni serta warga institusi. Semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan sepanjang aktiviti bukan sahaja mempercepatkan pelaksanaan tugasan, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan.

Usaha menghijaukan kawasan institusi ini merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam memastikan persekitaran Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria dan kondusif. Persekitaran yang indah dan terurus mampu memberikan suasana yang lebih tenang, selesa serta memberi impak positif terhadap kesejahteraan emosi dan perkembangan penghuni.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai tanda komitmen bersama dalam memelihara keindahan institusi, di samping menyemai nilai tanggungjawab, kerjasama dan rasa memiliki terhadap persekitaran yang menjadi rumah kedua kepada para penghuni. Bersama-sama kita menjadikan Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman sebuah institusi yang sentiasa bersih, ceria dan membanggakan.

LAPORAN PROGRAM MINDFULNESS: “THE POWER OF NOW”Tarikh: 11 & 12 Julai 2026 (Sabtu & Ahad)Tempat: Rumah Kanak-Kanak Datuk ...
13/07/2026

LAPORAN PROGRAM MINDFULNESS: “THE POWER OF NOW”

Tarikh: 11 & 12 Julai 2026 (Sabtu & Ahad)
Tempat: Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman
Peserta: Kakitangan dan Penghuni Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman
Penceramah: Puan Tan Mem Syn, Ketua Cawangan Psikologi & Kaunseling, Kuching

Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman telah menganjurkan Program Mindfulness: “The Power of Now” pada 11 dan 12 Julai 2026 yang melibatkan penyertaan kakitangan serta penghuni institusi. Program ini telah disampaikan oleh Puan Tan Mem Syn, Ketua Cawangan Psikologi & Kaunseling, Kuching.

Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan kepada konsep mindfulness, iaitu amalan memberi tumpuan sepenuhnya kepada masa kini dengan lebih tenang, sedar dan positif. Pelbagai aktiviti interaktif, perkongsian ilmu, latihan pernafasan serta sesi refleksi kendiri telah dijalankan bagi membantu peserta memahami cara mengurus tekanan, mengawal emosi dan meningkatkan kesejahteraan mental.

Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mengenali diri dengan lebih mendalam, membina daya tahan emosi serta mengamalkan teknik yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Penglibatan aktif daripada kakitangan dan penghuni sepanjang program menunjukkan komitmen mereka dalam memperkukuhkan kesihatan mental serta mewujudkan suasana institusi yang lebih harmoni, positif dan sejahtera.

Secara keseluruhannya, Program Mindfulness: “The Power of Now” telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharapkan ilmu serta kemahiran yang diperoleh dapat diamalkan secara berterusan bagi meningkatkan kesejahteraan emosi, membentuk pemikiran positif serta mengeratkan hubungan sesama warga Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman.

Objektif Program

1. Meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan amalan mindfulness dalam kehidupan harian.
2. Membantu peserta mengurus tekanan, emosi dan kebimbangan dengan lebih berkesan melalui teknik-teknik yang dipelajari.
3. Memupuk kesejahteraan mental dan emosi dalam kalangan kakitangan serta penghuni institusi.
4. Meningkatkan keyakinan diri, daya tahan emosi dan kemahiran mengawal reaksi terhadap cabaran kehidupan.
5. Mewujudkan persekitaran institusi yang lebih positif, harmoni dan saling menyokong melalui amalan komunikasi dan kesedaran kendiri yang baik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanj...
30/06/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang 11 tahun bertugas di Rumah Kanak Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman.

Selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu kepada:

✨ Encik Mohammad Syahrom bin Saharit
(Penolong Pegawai Penbangunan Masyarakat S5)

Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan sukses dalam menjalankan amanah yang diberikan. 🤝


Address

KM5 Jalan Sabu
Sri Aman
95000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman:

Shortcuts

Share