Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman

Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 69 TAHUNMalaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiPegawai Pemerintah Batalion 23...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 69 TAHUN

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA Sri Aman, YDH Supt. Frediel anak Nyambong, bersama isteri, YBhg Puan Helena anak Jubing, Pengerusi PERKEP Batalion 23 PGA Sri Aman dengan penuh rasa syukur dan bangga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menzahirkan semangat patriotisme, memperkukuhkan perpaduan dan terus menyokong usaha membangunkan negara tercinta.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ† โšฝ TAHNIAH BATALION 23 PGA JUARA KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KOMANDER BRIGED SARAWAK TAHUN 2026 Setinggi-tinggi tahniah ...
31/08/2026

๐Ÿ† โšฝ TAHNIAH BATALION 23 PGA JUARA KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KOMANDER BRIGED SARAWAK TAHUN 2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan Bola Sepak Batalion 23 PGA Sri Aman atas kejayaan menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Komander Briged Sarawak tahun 2026 dalam penyertaan sulung sejak penubuhan Batalion 23 PGA dengan menewaskan pasukan IP Briged Sarawak 1-0 dalam aksi Perlawanan Akhir di Batalion 12 PGA Miri.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat berpasukan, komitmen, disiplin serta persefahaman yang tinggi dalam kalangan pemain sepanjang kejohanan. Setiap pemain telah memberikan aksi terbaik dan memainkan peranan masing-masing dengan penuh dedikasi sehingga berjaya membawa pulang kejuaraan.

Keputusan perlawanan Batalion 23 PGA sepanjang kejohanan adalah seperti berikut:

Peringkat Kumpulan
โšฝ Batalion 23 3 - 0 Batalion 11
โšฝ Batalion 23 1 - 0 Batalion 12
โšฝ Batalion 23 0 - 0 IP Briged Sarawak
โšฝ Batalion 23 4 - 1 Batalion 10

Perlawanan Akhir
โšฝ Batalion 23 PGA 1 - 0 IP Briged Sarawak

Anugerah Individu:

๐Ÿ† *Pemain Muda Harapan*
Konst Muhammad Danial bin Mohd. Affiz

๐Ÿ† *Pemain Terbaik Kejohanan*
Kpl Denny anak Donal

๐Ÿ† *Penjaga Gol Terbaik*
L/kpl Muhamad Shahdan bin Azhar

๐Ÿ† *Penjaring Terbanyak*
L/kpl Mohamad Hizamin bin Mohamad Amran

Sepanjang kejohanan, pasukan Batalion 23 PGA mempamerkan persembahan yang konsisten dengan mencatat 3 kemenangan, 1 keputusan seri, 8 jaringan gol, 1 bolos dalam peringkat kumpulan, sebelum menamatkan kempen dengan penuh bergaya sebagai juara.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pemain, pegawai pasukan, pihak penganjur serta seluruh penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepada pasukan Bola sepak Batalion 23 PGA.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus menyemarakkan budaya hidup aktif, semangat kesukanan dan nilai kerjasama dalam kalangan warga Batalion 23 PGA.

Syabas dan tahniah, Batalion 23 FT! Terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama Batalion 23 PGA Sri Aman.

๐Ÿ† Piala Komander Briged Sarawak 2026 โ€” Milik Batalion 23 PGA! โšฝ

KOMANDER BRIGED SARAWAK PGA TERIMA ANUGERAH DARJAH MULIA SERI MELAKA (D.M.S.M.) YDH Supt. Frediel anak Nyambong, Pegawai...
24/08/2026

KOMANDER BRIGED SARAWAK PGA TERIMA ANUGERAH DARJAH MULIA SERI MELAKA (D.M.S.M.)

YDH Supt. Frediel anak Nyambong, Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA Sri Aman serta seluruh warga Batalion 23 PGA Sri Aman merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH SAC Datuk Lim Bak Phai, Komander Briged Sarawak PGA, atas penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) yang membawa gelaran โ€œDatukโ€.

Penganugerahan tersebut disampaikan sempena Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, bersempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, pada 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448H.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan. Semoga penganugerahan ini menjadi pengiktirafan atas jasa, kepimpinan dan sumbangan bakti YDH Datuk terus cemerlang dalam memperkukuh keselamatan dalam negeri serta mengekalkan ketenteraman awam demi kesejahteraan negara.

PROGRAM CERAMAH KESIHATAN - ASAS PEMAKANAN SEIMBANG DAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT BATALION 23 PGA SRI AMANSRI AM...
24/08/2026

PROGRAM CERAMAH KESIHATAN - ASAS PEMAKANAN SEIMBANG DAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT BATALION 23 PGA SRI AMAN

SRI AMAN, 24 Ogos 2026 - Bbatalion 23 PGA Sri Aman telah bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman telah menganjurkan Program Ceramah Asas Pemakanan Sihat dan Gaya Hidup Sihat Seimbang bertempat di MES Pegawai Batalion 23 PGA Sri Aman.

Ceramah yang julung kali dilaksanakan ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada warga Batalion 23 PGA mengenai pemakanan sihat dan kepentingannya dalam membimbing untuk memahami konsep pemakanan seimbang serta keperluan nutrien mengikut keperluan tubuh.

Selain itu, ceramah yang disampaikan oleh Puan Joanne Philipus selaku Pegawai Sains Pemakanan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman juga memberi penekanan kepada gaya hidup yang sihat untuk mengurangkan prevalen penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan.

Penceramah turut menegaskan kepada empat prinsip iaitu pemakanan secara seimbang, makan secara berkala, pelbagaikan pilihan makanan dari kumpulan yang sama dan makan mengikut saranan sajian. Konsep Pinggan Sihat telah diketengahkan iaitu suku pinggan dengan sumber protein seperti ayam dan ikan, suku pinggan dengan sumber karbohidrat seperti nasi dan separuh pinggan dengan buah dan sayur.

Di samping itu, penceramah juga memberi pendedahan tentang pengambilan kalori harian yang patut dikira supaya tidak melebihi daripada keperluan badan berdasarkan umur, size badan, ukur lilit pinggang, jantina dan status aktiviti.

Pihak Batalion 23 PGA menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman atas kesudian berkongsi ilmu berkaitan penjagaan pemakanan dan cara hidup sihat.

Jurukamera : Kpl Bismikah

24/08/2026

๐ŸŽ–๏ธ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐ŸŽ–๏ธ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ๐—ฌ๐——๐—› ๐—ฆ๐—”๐—– ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—Ÿ๐—ถ๐—บ ๐—•๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ต๐—ฎ๐—ถ, Komander Briged Sarawak PGA, atas pengurniaan ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ (๐——.๐—ฃ.๐—ฆ.๐— .) yang membawa gelaran ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ.

Pengurniaan ini disempurnakan sempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448H.

Iklas daripada seluruh Warga Briged Sarawak PGA.

Batalion 10 PGA
Batalion 11 PGA Sarawak
Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Miri
Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA PASUKAN BATALION 23 PGA KE KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN BOWLING PIALA KOMANDER BRIGED SARAWAK TAHU...
21/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA PASUKAN BATALION 23 PGA KE KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN BOWLING PIALA KOMANDER BRIGED SARAWAK TAHUN 2026

Sri Aman, 21 Ogos 2026 โ€“ Satu majlis penyerahan rasmi bendera pasukan telah diadakan di lobi bangunan pejabat Batalion 23 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sri Aman bagi meraikan penyertaan pasukan bola sepak dan bowling BN 23 PGA ke Kejohanan Bola Sepak dan Bowling Piala Komander Briged Sarawak Tahun 2026.

Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 26 hingga 28 Ogos 2026, bertempat di Batalion 12 Miri, dan akan disertai oleh semua batalion-batalion di seluruh Briged Sarawak.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA, YDH Supt. Frediel anak Nyambong serta diiringi oleh P/DSP Lawrence Saran, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA dan ASP Awang Saidel bin Awang Abdul Razak, Ajutan Batalion 23 PGA. Pegawai Pemerintah turut menyampaikan kata-kata semangat serta amanat kepada semua ahli pasukan agar dapat mengharumkan nama batalion dengan semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi.

Pasukan BN 23 PGA terdiri daripada gabungan pegawai dan anggota yang aktif dalam aktiviti riadah dan kesukanan. Penyertaan dalam kejohanan ini bukan sahaja bertujuan untuk meraih kejuaraan, malah sebagai platform memperkukuh hubungan silaturahim antara warga PDRM.

YDH Supt. Frediel anak Nyambong dalam ucapannya berharap agar penyertaan pasukan ini akan mencetuskan inspirasi kepada warga batalion untuk terus aktif dalam sukan, selaras dengan gaya hidup sihat dan nilai kerja berpasukan yang sentiasa dititikberatkan dalam pasukan.

Selamat maju jaya dan semoga diberikan kejayaan kepada pasukan Bola Sepak dan Bowling Batalion 23 PGA dalam Kejohanan Piala Komander Briged Sarawak.

PROGRAM ANAK ANGKAT PENGURUSAN KEWANGAN TAHUN 2026 FASA 2 IBU PEJABAT BATALION 23 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) SRI AMANPada ...
21/08/2026

PROGRAM ANAK ANGKAT PENGURUSAN KEWANGAN TAHUN 2026 FASA 2 IBU PEJABAT BATALION 23 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) SRI AMAN

Pada 17 hingga 21 Ogos 2026, telah berlangsung Program Anak Angkat Pengurusan Kewangan (Fasa 2) bertempat di Batalion 23 PGA Sri Aman.

Majlis 'Exit Conference' program tersebut telah dipengerusikan oleh YDH Supt. Frediel anak Nyambong, Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA turut disertai oleh P/DSP Lawrence Saran, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA serta ASP Awang Saidel bin Awang Abdul Razak, Ajutan Batalion 23 PGA bersama Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Batalion 23 PGA. Turut hadir pegawai audit yang menjalankan pemeriksaan iaitu Puan Nor Hashimah binti Osman@Hj Osman, Ketua Seksyen Audit bersama ahli pasukan Encik Hashim bin Abd Rahman dan Puan Nur Ainina bt Mat Arit.

Program diteruskan dengan pembentangan laporan oleh Puan Nor Hashimah binti Osman@Hj Osman, Ketua Seksyan Audit Bahagian Audit Dalam, Kementerian Dalam Negeri. Pembentangan tersebut merangkumi dapatan hasil semakan terhadap kawalan pengurusan, kawalan bajet, kawalan terimaan, kawalan perolehan, kawalan perbelanjaan, pengurusan aset dan stor serta pengurusan kenderaan. Di samping itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi penambahbaikan untuk memperkukuhkan pengurusan dan pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan.

YDH Supt. Frediel anak Nyambong dalam ucapan nya telah menzahirkan penghargaan kepada pasukan audit di atas kerjasama dan komitmen sepanjang program. Beliau turut menegaskan bahawa segala teguran dan pandangan penambahbaikan yang dikemukakan akan diberi perhatian serta tindakan bagi memastikan pengurusan Batalion 23 PGA terus berada pada tahap yang cemerlang.

Majlis telah diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada pegawai audit dan diikuti dengan sesi bergambar sebagai simbolik komitmen tanda penghargaan bersama pihak Batalion 23 PGA dan Pegawai Audit Kementerian Dalam Negeri dalam memperkukuh kolaborasi demi pengurusan yang lebih baik.

Taklimat Persiapan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Siri 2/2026 peringkat Batalion 23 PGA Sri AmanSRI AMA...
19/08/2026

Taklimat Persiapan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Siri 2/2026 peringkat Batalion 23 PGA Sri Aman

SRI AMAN, 19 Ogos 2026 โ€“ Batalion 23 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sri Aman hari ini menganjurkan Taklimat Persiapan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Siri 2/2026 bertempat di MES Pegawai Kanan Batalion 23 PGA.

Taklimat ini melibatkan Pegawai dan Anggota daripada Batalion 23 PGA Sri Aman yang akan terlibat dalam penugasan keselamatan sempena Pilihan Raya Negeri akan datang.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh DSP Jawai anak Francis Kempas (PT D5 - JSJ IPK SARAWAK). Beliau memberikan penekanan khusus terhadap aspek kesiapsiagaan, tatacara penugasan, pengurusan risiko serta pemantapan koordinasi antara pasukan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi tahap kompetensi, kefahaman tugasan serta profesionalisme anggota PDRM, sekaligus memastikan setiap pegawai dan anggota yang ditugaskan berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum.

Batalion 23 PGA komited untuk terus memberikan sokongan penuh kepada pengurusan keselamatan negara, khususnya dalam memastikan proses demokrasi berjalan secara lancar, aman dan teratur.

Jurugambar : Kpl Bismikah

12/08/2026
LAWATAN KERJA KOMANDER BRIGED SARAWAK PGA KE POS F.O.B SAPIT & POS F.O.B SIBAKAR OP TARING BATAS PADAWAN BATALION 23 PGA...
12/08/2026

LAWATAN KERJA KOMANDER BRIGED SARAWAK PGA KE POS F.O.B SAPIT & POS F.O.B SIBAKAR OP TARING BATAS PADAWAN BATALION 23 PGA

Padawan, 11 Ogos 2026 - YDH SAC Lim Bak Phai, Komander Briged Sarawak telah mengadakan lawatan ke Pos F.O.B Sapit dan Pos F.O.B Sibakar Op Taring Batas Padawan Batalion 23 PGA.

Program yang berlangsung pada 11 Ogos 2026 (Selasa) jam 1000 hingga 1530 hrs ini bertujuan bagi meninjau keadaan semasa pos, kesiapsiagaan anggota, kemudahan penempatan serta pelaksanaan tugasan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan.

Lawatan ini telah dihadiri oleh :-

โžก๏ธ โ YDH SAC Lim Bak Phai (Komander Briged Sarawak)
โžก๏ธ Supt Frediel anak Nyambung (PP BN23 PGA Sri Aman )
โžก๏ธ DSP Lawrence Saran (P/PP Bn23 PGA Sri Aman)
โžก๏ธ DSP Khairol Ridzuan bin Ahmad (PTG Briged Sarawak PGA)
โžก๏ธ ASP Awang Rujhan bin Awang Ali (Pegawai Gerakan Briged Sarawak PGA)
โžก๏ธ ASP Abdul Halim bin Idrus (Pegawai Gerakan Bn23 PGA Sri Aman)
โžก๏ธ ASP Paul Marcos anak Aeron - (PP Medan Sektor B. Pos Komtak Tebedu Bn23 PGA Sri Aman)
โžก๏ธ Insp. Asiqa Shafiq (Pegawai Risik Bn23 PGA Sri Aman )
โžก๏ธ PRP daripada Bn23 PGA Sri Aman lain yang bersama dalam lawatan YDH Komander Briged Sarawak PGA

Sepanjang lawatan berlangsung taklimat berkenaan dengan penugasan, kemudahan pos, kawasan rondaan dan keadaan masyarakat setempat telah disampaikan oleh ASP Paul Marcos anak Aeron selaku Pegawai Medan Sektor B, OP Taring Batas/Awas. YDH Tuan Komander telah meninjau keadaan keseluruhan kawasan pos termasuk aspek kesiapsiagaan anggota, kebersihan dan kekemasan pos, kemudahan penempatan, keselamatan kawasan serta keperluan logistik.

Lawatan ini turut memberi peluang kepada YDH Tuan Komander untuk berinteraksi secara langsung dengan anggota yang bertugas serta mendapatkan gambaran berkaitan situasi dan keperluan operasi di lapangan. Di samping itu, YDH Tuan Komander menekankan supaya semua anggota sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan melaksanakan tugas dengan penuh disiplin serta mematuhi segala arahan dan prosedur operasi yang telah ditetapkan.

Selain itu, aspek penyelenggaraan kemudahan pos dan kebajikan anggota turut diberi perhatian bagi memastikan anggota dapat melaksanakan tugasan dengan lebih selesa, berkesan dan berterusan. Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan semangat berpasukan, disiplin, komunikasi yang berkesan serta kebajikan anggota dalam memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Dalam lawatan ini Ydh Tuan Komander juga turut memeriksa kebolehfungsian Set telekomunikasi yang dibekalkan di Pos FOB Sapit. Lawatan ini juga dilihat dapat meningkatkan motivasi anggota serta menunjukkan keprihatinan pihak atasan terhadap aspek kesiapsiagaan, keselamatan, kebajikan dan keperluan logistik anggota yang sedang melaksanakan tugas di kawasan operasi.

Ydh Tuan Komander juga sempat beramah mesra dengan penduduk kampung berhampiran dan berkunjung ke Rumah panjang Annah Rais untuk melihat sendiri norma budaya,adat resam dan kehidupan masyarakat setempat.

Lawatan YDH Tuan Komander ke FOB Sapit dan FOB Sibakar telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Segala arahan dan penekanan yang disampaikan akan dijadikan panduan dalam meningkatkan kecekapan pengurusan pos, kesiapsiagaan anggota serta keberkesanan pelaksanaan tugas di kawasan tanggungjawab.

Jurugambar : KPL BISMIKAH (media 23)

Briged Sarawak PGA Batalion 10 PGA Batalion 11 PGA Sarawak Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Miri Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

Address

Sri Aman

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category