05/09/2026
🌫️ KENALI TANDA KESAN JEREBU
Jerebu bukan sekadar mengganggu pandangan, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutama mata, hidung, tekak, kulit dan sistem pernafasan.
Antara tanda dan gejala yang boleh berlaku ialah:
👁️ Mata pedih atau berair
👃 Hidung berair dan kerap bersin
🤕 Sakit kepala atau pening
🗣️ Tekak terasa gatal
😷 Batuk
🫁 Sukar bernafas atau sesak nafas
🩹 Kulit terasa gatal
Jika mengalami gejala yang berterusan, hentikan aktiviti di luar bangunan dan dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan.
💙 Lindungi diri, lindungi semua.
Kurangkan aktiviti luar, kekal di dalam bangunan dan gunakan pelitup muka apabila perlu.