Polis Daerah Muallim

Polis Daerah Muallim Ibu Pejabat Polis Daerah
Tanjong Malim

05-4526999
05-4528222

[email protected]

DAULAT TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawa...
01/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT dalam memayungi negara dan rakyat jelata.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada
YDH Supt Khalid bin Mohamad
Ketua Polis Daerah Muallim

mewakili seluruh warga kerja
Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim





🌾🌿 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2026 🌿🌾YDH SUPT Khalid bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Muallim serta ...
31/05/2026

🌾🌿 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2026 🌿🌾

YDH SUPT Khalid bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Muallim serta seluruh warga IPD Muallim mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan (30–31 Mei 2026) dan Hari Gawai (1–2 Jun 2026) kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikannya.

Semoga perayaan yang penuh bermakna ini membawa kegembiraan, kedamaian dan kesejahteraan kepada semua. Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati serta memperkukuhkan keharmonian dalam masyarakat majmuk demi kemakmuran negara tercinta.

"Kaamatan Montok Toinsanan"
"Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua"

Semoga sambutan ini diraikan dengan penuh kesyukuran, kemeriahan dan kebersamaan bersama keluarga serta insan tersayang.

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"

Ikhlas daripada
YDH SUPT KHALID BIN MOHAMAD
KETUA POLIS DAERAH MUALLIM
MEWAKILI SELURUH WARGA IPD MUALLIM

🪷 Selamat Menyambut Hari WesakWarga IPD Muallim mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Bud...
31/05/2026

🪷 Selamat Menyambut Hari Wesak

Warga IPD Muallim mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha. Semoga sambutan ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan keharmonian kepada semua.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

Ikhlas daripada YDH SUPT Khalid bin Mohamad dan seluruh warga IPD Muallim.

29/05/2026

Tipu Pelaburan Tidak Wujud‼️‼️‼️‼️‼️

✅Untung cepat yang dijanji scammer, rugi besar yang menanti mangsa‼️‼️‼️‼️‼️

✅Orang bijak semak dahulu, orang tamak percaya membuta tuli‼️‼️‼️

Fikir dahulu sebelum melabur‼️‼️‼️‼️

PROGRAM IBADAH KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2026M / 1447H IPD MUALLIMProgram Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidil...
28/05/2026

PROGRAM IBADAH KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2026M / 1447H IPD MUALLIM

Program Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidiladha 2026M / 1447H anjuran Surau Al-Falah IPD Muallim telah diadakan pada 28 Mei 2026 (Khamis) bermula jam 0730 hrs di Perkarangan Rumah PERKEP, IPD Muallim. Program ini telah berlangsung dengan penuh meriah, teratur serta mendapat sambutan yang amat baik daripada warga IPD Muallim dan keluarga.

Turut hadir memeriahkan program ialah YDH Supt. Khalid bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Muallim, YDH DSP Suhaimi bin Muhamad, Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, YDH ASP Zulkifli bin Ramli selaku Pengerusi Surau Al-Falah IPD Muallim serta YBhg En. Muhammad Hasnol bin Mustafa, Pengurus Sosioekonomi YaPEIM Perak bersama Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan keluarga warga IPD Muallim.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program antaranya pendaftaran peserta korban dan urusetia, sesi bergambar bersama tetamu jemputan dan wakil YaPEIM, taklimat penugasan ibadah korban, penyembelihan serta melapah lembu korban dan kambing sumbangan, agihan daging korban kepada balu, anak yatim dan asnaf, gotong-royong memasak serta jamuan makan tengah hari.

Sebanyak 4 ekor lembu korban melibatkan 28 bahagian peserta korban berjaya dilaksanakan selain 2 ekor kambing sumbangan. Agihan daging korban kepada golongan balu, anak yatim dan asnaf turut dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam dan penghayatan ibadah korban dalam kalangan warga IPD Muallim, malah berjaya memupuk semangat ukhuwah, kerjasama dan kebersamaan antara warga pasukan serta masyarakat setempat. Selain itu, program ini turut menjadi platform mengimarahkan Surau Al-Falah sebagai pusat pembangunan rohani dan kemasyarakatan warga IPD Muallim.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar, tersusun dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026MSemoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan serta mengeratkan lagi...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan serta mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.
Hayatilah pengorbanan dengan penuh keinsafan dan semangat kebersamaan demi agama, bangsa dan negara.

“Pengorbanan yang ikhlas melahirkan kekuatan, perpaduan dan keberkatan dalam kehidupan.”

Ikhlas daripada
YDH Supt Khalid bin Mohamad
Ketua Polis Daerah Muallim
serta seluruh warga kerja IPD Muallim.

Salam Aidiladha
Maaf Zahir dan Batin

24/05/2026

Pinjam atau beri Kad ATM milik sendiri kepada orang lain‼️‼️🙏🏻🙏🏻

✅Seksyen 424A

Memiliki atau mengawal akaun bank / instrumen pembayaran milik orang lain tanpa tujuan atau kuasa yang sah.
Contoh: simpan kad ATM atau akaun orang lain untuk tujuan scam.

Hukuman:‼️‼️

Denda RM5,000 – RM50,000
Penjara 6 bulan – 5 tahun
Atau kedua-duanya sekali.

✅Seksyen 424B

Memberi akaun bank atau instrumen pembayaran sendiri kepada orang lain tanpa tujuan sah.
Contoh: sewa akaun bank kepada scammer (“akaun keldai”).

Hukuman:‼️‼️

Denda RM10,000 – RM100,000
Penjara 1 – 7 tahun
Atau kedua-duanya sekali

✅Seksyen 424C

Menggunakan akaun atau instrumen pembayaran untuk transaksi tanpa tujuan sah, sama ada:

akaun sendiri, atau
akaun orang lain.

Contoh: menerima atau memindahkan duit scam.

Hukuman:‼️‼️

Penjara 3 – 10 tahun
Denda RM10,000 – RM150,000
Atau kedua-duanya sekali.

✅Seksyen 424D

Memberi takrif:

“institusi kewangan”
“instrumen pembayaran”

Termasuk bank, bank Islam, kad ATM, kad debit, e-wallet dan instrumen pembayaran lain.






PERJUMPAAN YDH KPD MUALLIM BERSAMA BSPTSatu sesi perjumpaan dan suai kenal antara YDH Supt Khalid Bin Mohamad, Ketua Pol...
20/05/2026

PERJUMPAAN YDH KPD MUALLIM BERSAMA BSPT

Satu sesi perjumpaan dan suai kenal antara YDH Supt Khalid Bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Muallim bersama warga BSPT telah diadakan pada 20 Mei 2026 di Bilik Mesyuarat Utama BSPTD Muallim.

Dalam perjumpaan tersebut, YDH KPD Muallim menyampaikan amanat berkaitan kepentingan integriti, disiplin, profesionalisme, kebajikan anggota serta pematuhan prosedur kerja termasuk pengurusan aset dan pengemaskinian e-SKDD.

Turut ditekankan agar semua warga BSPT menjauhi salah laku, penyalahgunaan kuasa dan aktiviti yang boleh mencemarkan imej pasukan.

Perjumpaan berlangsung dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.

PEMERIKSAAN BALAI DI BAWAH PTKPN A117 PDRM KONTINJEN PERAK TAHUN 2026Pemeriksaan balai di bawah PTKPN A117 PDRM Kontinje...
20/05/2026

PEMERIKSAAN BALAI DI BAWAH PTKPN A117 PDRM KONTINJEN PERAK TAHUN 2026

Pemeriksaan balai di bawah PTKPN A117 PDRM Kontinjen Perak telah dilaksanakan pada 20 Mei 2026 melibatkan Balai Polis Slim River, Slim Village, Tanjong Malim, Behrang Stesen dan Trolak.

Pemeriksaan meliputi aspek kawad, aset kerajaan, bangunan dan sistem keselamatan balai, lokap, kaunter aduan, perjawatan, fail-fail PDRM, buku arahan, fail sektor, senjata api serta kuarters balai.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa penambahbaikan perlu diberi perhatian antaranya pengemaskinian fail dan buku PDRM, kebersihan balai dan kuarters, pengurusan rekod lokap serta cetakan jadual tugas melalui sistem SPBP.

Pemeriksaan ini bertujuan memastikan pengurusan dan proses kerja balai dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan serta memastikan aset dan persekitaran balai berada dalam keadaan baik dan teratur.

Address

Slim

Telephone

05-4528222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Muallim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share