Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim

Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim Daerah Muallim Perak Darul Ridzuan telah diwartakan pada tahun 2015 {Sebelumnya adalah Daerah Kecil Slim).

Pusat pentadbiran utama daerah iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Muallim terletak di Bandar Slim River.

DIRGAHAYU TUANKU
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

HEBAHAN PENGAPLIKASIAN SISTEM EP KERJA (S3PK) DALAM URUSAN PEROLEHAN DAN PEMANTAUAN KERJAPengaplikasian Sistem EP Kerja ...
01/06/2026

HEBAHAN PENGAPLIKASIAN SISTEM EP KERJA (S3PK) DALAM URUSAN PEROLEHAN DAN PEMANTAUAN KERJA

Pengaplikasian Sistem EP Kerja (S3PK) dalam semua urusan perolehan dan pemantauan kerja di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah Muallim telah diguna pakai sepenuhnya termasuk modul penilaian kontraktor dan pemantauan kemajuan kerja.

Hal ini adalah seiring aspirasi Negeri Perak sejak dikuatkuasakan penggunaan Sistem S3PK bagi urusan perolehan Kerajaan Negeri Perak pada 7 Februari 2022.

Justeru itu, semua pihak terlibat dimohon untuk meningkatkan tahap kepekaan dan kefahaman berkaitan fungsi serta modul sistem berkenaan.

Solat Sunat Aidil Adha serta penyempurnaan watikah penyerahan dan penyembelihan lembu korban kurniaan Duli Yang Maha Mul...
27/05/2026

Solat Sunat Aidil Adha serta penyempurnaan watikah penyerahan dan penyembelihan lembu korban kurniaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan kepada Daerah Muallim.

Majlis disempurnakan YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safry Kamal Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim di Masjid At-Taqwa, Felda Gunung Besout 5, Sungkai.

Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Munir Bin Ishak, Pegawai Daerah Muallim, YB ADUN Slim, Pegawai Khas YAB Menteri Besar (DUN Slim) serta ketua-ketua jabatan Daerah Muallim iaitu Pegawai Tadbir Agama Daerah, Ketua Polis Daerah dan Pegawai Kesihatan Daerah.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan ukhuwah terus mekar dalam kehidupan kita.

26/05/2026

๐—”๐—ฑ๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด, ๐—”๐—ฑ๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐——๐—ถ๐˜๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด

Ada masa dalam hidup ini, kita perlukan seseorang untuk membantu kita โ€” bukan kerana kita lemah, tetapi kerana kita manusia. Setiap daripada kita ada saat diuji, ada masa terjatuh, ada ketika perjalanan terasa terlalu berat untuk dipikul seorang diri. Bantuan yang datang bukan tanda kegagalan, sebaliknya tanda bahawa kehidupan ini memang dibina atas nilai saling menyokong, saling menguatkan dan saling menjaga. Dalam dunia yang semakin pantas dan mencabar, keberanian untuk menerima bantuan juga adalah satu bentuk kekuatan.

Nilai integriti mengajar kita untuk jujur dengan keadaan diri, tidak berpura-pura kuat ketika sebenarnya kita memerlukan sokongan. Integriti bukan hanya tentang tidak melakukan kesalahan, tetapi juga tentang keikhlasan, amanah dan tanggungjawab terhadap diri sendiri serta orang sekeliling. Orang yang berintegriti tidak mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain, sebaliknya hadir untuk membantu dengan niat yang bersih. Begitu juga orang yang menerima bantuan, dia menghargai pertolongan itu dengan rasa syukur, hormat dan kesedaran untuk bangkit semula.

Dalam kehidupan, kita semua bergilir peranan โ€” hari ini kita dibantu, esok mungkin kita p**a membantu. Itulah indahnya nilai kemanusiaan. Bantuan yang kecil boleh menjadi harapan besar kepada seseorang yang sedang bergelut. Maka, jangan malu untuk meminta pertolongan apabila perlu, dan jangan berat tangan untuk membantu apabila mampu. Kerana akhirnya, kekuatan sebenar bukan terletak pada kemampuan berdiri seorang diri sepanjang masa, tetapi pada kejujuran hati untuk menerima, memberi dan terus melangkah dengan penuh integriti.

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Kementerian Komunikasi
Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam




๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™Ikhlas daripadaTuan Haji Ahmad Munir bin IshakPegawai Daerah Muallimserta seluruh...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™

Ikhlas daripada
Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak
Pegawai Daerah Muallim

serta seluruh warga kerja
Pejabat Daerah dan Tanah Muallim

Semoga Aidiladha yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat semua.
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan ukhuwah terus mekar dalam kehidupan kita.

๐Ÿ•Œ Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir dan Batin.

Akhir sebuah penantian yang penuh debar, doa dan harapanโ€ฆPenemuan jasad yang ditemui di lokasi pencarian akhirnya disahk...
26/05/2026

Akhir sebuah penantian yang penuh debar, doa dan harapanโ€ฆ

Penemuan jasad yang ditemui di lokasi pencarian akhirnya disahkan sebagai Allahyarhamah Adik Izzati Humaira oleh pihak keluarga di Hospital Kuala Kubu Baru.
Jenazah Allahyarhamah kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi tujuan bedah siasat (post mortem).

Perginya seorang anak kecil ini begitu meruntun hati ramai pihak. Seluruh perjalanan pencarian telah menyatukan keluarga, sahabat, masyarakat serta pelbagai agensi dalam satu doa dan harapan yang sama. Namun Allah SWT lebih menyayanginya.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan doa buat Allahyarhamah Adik Izzati Humaira agar rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan insan beriman dan diberi ketenangan di sisi-Nya. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan hati yang reda dalam mendepani ujian yang amat berat ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dizahirkan kepada semua petugas agensi penyelamat dari Hulu Selangor dan Muallim, pasukan keselamatan, sukarelawan, sahabat handai, kepimpinan komuniti serta seluruh rakyat yang hadir membantu, mendoakan dan bersama-sama dalam usaha pencarian ini sejak hari pertama.
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Adik Izzati Humaira. ๐Ÿค

Dengan penuh dukacita, dimaklumkan bahawa pencarian adik Izzati telah berakhir apabila satu jasad dipercayai sebagai adi...
26/05/2026

Dengan penuh dukacita, dimaklumkan bahawa pencarian adik Izzati telah berakhir apabila satu jasad dipercayai sebagai adik Izzati ditemukan di sekitar kawasan pencarian di Bukit Changkat Asa.

Ybrs Tuan Haji Ahmad Munir Bin Ishak, Pegawai Daerah Muallim turut berada di lokasi bersama agensi keselamatan, pihak keluarga serta sahabat handai bagi mengikuti perkembangan semasa dan memberikan sokongan kepada keluarga terlibat.
Ketika ini, urusan sedang dijalankan di Hospital Kuala Kubu Baru bagi tujuan pengecaman oleh pihak keluarga.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua jabatan, agensi keselamatan, pasukan penyelamat serta orang awam yang bersama-sama membantu sepanjang operasi pencarian dijalankan. Jasa dan keprihatinan semua amat dihargai.

Sama-sama kita menghadiahkan doa dan Al-Fatihah, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini. ๐Ÿค

25.5.2026 | Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Muallim Bil. 5/2026 telah dipengerusikan oleh Ybrs...
25/05/2026

25.5.2026 | Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Muallim Bil. 5/2026 telah dipengerusikan oleh Ybrs Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Pegawai Daerah Muallim.

25 Mei 2026 | MuallimYbrs Tuan Haji Ahmad Munir Bin Ishak, Pegawai Daerah Muallim hadir menyantuni keluarga mangsa serta...
25/05/2026

25 Mei 2026 | Muallim

Ybrs Tuan Haji Ahmad Munir Bin Ishak, Pegawai Daerah Muallim hadir menyantuni keluarga mangsa serta petugas yang terlibat dalam usaha pencarian adik Nur Izzati di lokasi kejadian seorang remaja yang dipercayai hilang.

Kehadiran beliau bersama pihak keselamatan, agensi berkaitan serta kepimpinan setempat dilihat sebagai tanda sokongan moral dan kebersamaan buat keluarga yang sedang melalui ujian berat ini.

Dalam kesempatan tersebut, Ybrs Tuan Pegawai Daerah turut menzahirkan penghargaan kepada semua petugas keselamatan, sukarelawan serta penduduk kampung yang bersama-sama bertungkus lumus membantu operasi pencarian sejak awal kejadian.

Semoga segala usaha dipermudahkan dan adik Nur Izzati segera ditemui dalam keadaan selamat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

25 Mei 2026 | Muallim StreetYbrs Tuan Haji Ahmad Munir Bin Ishak, Pegawai Daerah Muallim hari ini telah mengunjungi prog...
25/05/2026

25 Mei 2026 | Muallim Street

Ybrs Tuan Haji Ahmad Munir Bin Ishak, Pegawai Daerah Muallim hari ini telah mengunjungi program Muallim Street yang berlangsung meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat di daerah ini.

Kehadiran beliau menunjukkan sokongan berterusan pihak pentadbiran Daerah Muallim terhadap penganjuran program berkonsepkan santai dan mesra rakyat di samping membuka ruang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk serta perkhidmatan masing-masing.

Selain meninjau gerai-gerai jualan dan aktiviti komuniti, beliau turut beramah mesra bersama para peniaga serta pengunjung yang hadir memeriahkan program pada malam ini.

Program Muallim Street juga merupakan antara inisiatif pentadbiran daerah dalam membantu meringankan beban ekonomi rakyat dengan menyediakan platform perniagaan kepada peniaga kecil, peserta Sejati MADANI serta usahawan NCER bagi menambah pendapatan dan memperluaskan jaringan perniagaan mereka.

Usaha seperti ini diharap mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi komuniti setempat selain memperkukuhkan hubungan antara masyarakat dan agensi kerajaan demi pembangunan daerah Muallim yang lebih progresif dan sejahtera.

Address

Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim
Slim River
35800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054528014

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim:

Share