SMK Dato' Zulkifli Muhammad - Rasmi

SMK Dato' Zulkifli Muhammad - Rasmi Laman Yang Menghimpunkan Guru, Bekas Guru, Pelajar dan Bekas Pelajar SMKDZM KHAS UNTUK RAKAN GURU DAN BEKAS GURU SMK DZM SLIM RIVER

Makluman Cuti UmumDimaklumkan bahawa 1 Mei 2026 (Hari Pekerja) merupakan cuti umum.Selamat bercuti dan hargailah setiap ...
01/05/2026

Makluman Cuti Umum

Dimaklumkan bahawa 1 Mei 2026 (Hari Pekerja) merupakan cuti umum.

Selamat bercuti dan hargailah setiap usaha serta pengorbanan dalam pekerjaan. 💼✨


Majlis Persaraan yang penuh makna, menzahirkan penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurah...
24/04/2026

Majlis Persaraan yang penuh makna, menzahirkan penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Puan Arba’ayah binti Adenan dan Puan Roszalina binti Jamil. Semoga segala ilmu dan bakti yang ditinggalkan menjadi kenangan terindah serta inspirasi buat warga sekolah.

Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 25 April 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Simponi Kasih, SMKDZM

“Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung.”


SEMAKAN TAWARAN DAN PERMOHONAN RAYUAN KE TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 TAHUN 2026Tarikh: 24 April 2026 (Jumaat) - 8 Mei 2026...
24/04/2026

SEMAKAN TAWARAN DAN PERMOHONAN RAYUAN KE TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 TAHUN 2026

Tarikh: 24 April 2026 (Jumaat) - 8 Mei 2026 (Jumaat)
Masa: Bermula jam 10 pagi
Link Semakan: sst6.moe.gov.my

Tarikh melapor diri: 8 Jun 2026
Ini bermaksud, STPM 2027 akan bermula persekolahan mulai 8 Jun 2026.

Jika anda tidak dapat tawaran ATAU pelajar SPM 2024 ATAU SPM 2023,
anda boleh membuat rayuan dan semak keputusan di portal yang sama.

Keputusan Rayuan: 22 Mei 2026


Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada para peserta atas pencapaian dalam Pertandingan Mahrajan Adab dan Nilai Peringka...
21/04/2026

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada para peserta atas pencapaian dalam Pertandingan Mahrajan Adab dan Nilai Peringkat Daerah Muallim 2026:

🥈 Syafi Isyraf – Naib Johan (Hafazan)
🏅 Zhafri Irsyad – Tempat Ke-4 (Tilawah)
✍️ Hanis – Penyertaan (Khat)

Permulaan yang baik untuk semua. Teruskan usaha, jadikan pengalaman hari ini sebagai pemangkin untuk kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. 🌟


Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh. Effa Rina binti Mohd Matore atas segala ja...
21/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh. Effa Rina binti Mohd Matore atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum SMK Dato’ Zulkifli Muhammad.

Segala bakti dan dedikasi puan akan sentiasa dikenang. Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam setiap langkah yang mendatang. 🌟


Majlis Perpisahan “Selaut Budi Seribu Memori” menjadi wadah menghargai jasa, menzahirkan penghormatan serta mengabadikan...
21/04/2026

Majlis Perpisahan “Selaut Budi Seribu Memori” menjadi wadah menghargai jasa, menzahirkan penghormatan serta mengabadikan kenangan indah yang tercipta bersama.

Majlis ini akan diadakan pada hari Rabu, 21 April 2026, jam 12.00 tengah hari, bertempat di Dewan Simfoni Kasih, SMKDZM.

Semoga setiap momen yang dilalui terus kekal terpahat sebagai memori yang bermakna sepanjang zaman.


Program New Deal SPM Tahun 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut :Tarikh : 17 April 2026 (Jumaat) Masa : 9.00 pag...
17/04/2026

Program New Deal SPM Tahun 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 17 April 2026 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Simfoni Kasih, SMKDZM

Inisiatif ini menjadi pemangkin semangat kepada calon SPM untuk terus berusaha, berdisiplin dan fokus dalam mencapai kecemerlangan akademik.
“Usaha tidak akan mengkhianati hasil. Teruskan berjuang hingga ke garisan penamat!”


📚✨ Selamat Menduduki PeperiksaanSemoga semua murid Tingkatan 4 & 5 diberikan ketenangan, fokus dan dipermudahkan dalam m...
13/04/2026

📚✨ Selamat Menduduki Peperiksaan

Semoga semua murid Tingkatan 4 & 5 diberikan ketenangan, fokus dan dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan. Usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil.

💪 Lakukan yang terbaik, kejayaan milik anda!


⏳ Countdown Peperiksaan Tingkatan 4 & 5Tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik bermula ...
12/04/2026

⏳ Countdown Peperiksaan Tingkatan 4 & 5

Tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik bermula pada 14 April 2026.

Gunakan masa yang ada untuk ulang kaji, fokus dan buat yang terbaik. Usaha hari ini menentukan kejayaan esok.

💪 Teruskan berusaha, semoga berjaya semua!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ...
12/04/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua guru dan staf SMK Dato’ Zulkifli Muhammad atas komitmen, kerjasama dan semangat kebersamaan yang begitu tinggi dalam menjayakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang di INSTUN.
Kejayaan majlis ini bukan datang daripada usaha individu, tetapi hasil kebersamaan kita sebagai satu pasukan — saling menyokong, saling membantu dan saling melengkapkan antara satu sama lain.
Walaupun majlis dilaksanakan di luar sekolah, namun semangat kebersamaan warga sekolah tetap utuh dan terserlah. Inilah kekuatan sebenar kita.
Tahniah dan syabas kepada semua, khususnya barisan PK Pentadbiran, jawatankuasa pelaksana serta seluruh warga kerja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga semangat kebersamaan ini terus kita kekalkan, kerana dengan kebersamaan, kita mampu mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Bersama kita melakar kejayaan, bersama kita mengangkat kecemerlangan.
Terima kasih.
❤️DZUC

Pn Hjh Sharizan binti Shafie
Pengetua SMKDZM


📢 Makluman Cuti PeristiwaDimaklumkan bahawa Isnin, 13 April 2026 telah diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa sempena Hari...
12/04/2026

📢 Makluman Cuti Peristiwa

Dimaklumkan bahawa Isnin, 13 April 2026 telah diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa sempena Hari Anugerah Cemerlang 2026.

Semoga semua warga sekolah memanfaatkan cuti ini dengan sebaiknya. ✨


Address

SMK DATO' ZULKIFLI MUHAMMAD SLIM RIVER
Slim River
35800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Dato' Zulkifli Muhammad - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category