24/05/2026
🕣 Jam : 08:15 pagi
🗓️ Tarikh : 23 Mei 2026
🏫 Tempat : Dewan Kuliah Pusat 7 (DKP 7)
👫🏻 Penglibatan : PKS Semester 4 Kor SISPA UPSI Batch Valor.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada jam 8:15 pagi, 23 Mei 2026, telah berlangsung satu sesi pembelajaran yang melibatkan PKS Semester 4 Kor SISPA UPSI (Batch Valor).
Sesi pada hari ini memberi fokus kepada topik Pembelajaran Pengucapan Awam yang berkesan. Sepanjang sesi berlangsung, PKS telah didedahkan dengan teknik penyampaian ucapan yang betul dan perkara yang perlu dielakkan ketika berucap.
Seterusnya, kelas diteruskan lagi dengan aktiviti pengucapan awam kepada PKS untuk dinilai dari aspek keyakinan diri, kelancaran penyampaian, penggunaan bahasa serta cara penyampaian ucapan di hadapan khalayak.
Kelas pagi ini dikendalikan oleh Lt.M (PA) Noor Aliaa Binti Shaharuddin.
KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM SEMESTER 4 ⚜️VALOR⚜️
SEDIA • PANTAS • BERINTEGRITI
Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak
Naib Canselor UPSI
Pusat Kokurikulum UPSI
TNC HEPA UPSI