Guru Agama Dakwah Daerah Muallim

Guru Agama Dakwah Daerah Muallim Media Dakwah (SAHABAT DAKWAH MUALLIM)

24/08/2026
26/07/2026

Santuni peniaga² non Muslim di sekitar Proton City Tanjung Malim

Hari ini kita amalkan pendekatan mesra dengan menyantuni peniaga-peniaga non-Muslim di sekitar Proton City. Apabila kita berurus niaga dengan jujur, melemparkan senyuman, menyapa dengan penuh hormat, dan mendoakan kesejahteraan mereka, secara tidak langsung kita sedang mempamerkan keindahan keperibadian seorang Muslim.

Langkah kecil yang boleh kita buat:
🔹 Senyum & Bertegur Sapa: Sapaan mesra merapatkan jurang dan membina kemesraan.
🔹 Saling Menghormati: Tunjukkan akhlak terpuji dalam setiap urusan jual beli.
🔹 Sebarkan Kebaikan: Tunjukkan bahawa Islam itu membawa rahmat untuk seluruh alam (Rahmatan lil 'Alamin).

Hubungan baik yang terjalin hari ini mungkin menjadi jambatan pintu hidayah pada masa akan datang.

16/07/2026

Setiap anak adalah anugerah, dan mereka juga berhak mendapat bimbingan agama yang terbaik. Alhamdulillah, Bimbingan Ibadah Istimewa khusus untuk anak-anak OKU di PDK FELDA GUNUNG BESOUT 4.

Program ini dibimbing oleh Guru Agama Dakwah Daerah Muallim. Kami fokus untuk memberikan pendedahan asas ibadah, cara solat, dan wuduk dengan kaedah yang mudah difahami oleh anak-anak syurga ini.

Seronok melihat kesungguhan mereka belajar berwuduk dan solat. Terima kasih kepada guru-guru PDK FELDA GUNUNG BESOUT 4 yang sangat sabar dan penyayang dalam mendidik anak-anak syurga ini. Semoga usaha kerdil ini membuka ruang untuk mereka lebih dekat dengan Pencipta. Amin.



16/07/2026
PROGRAM JATI (JALINAN, AMAL, TOLONG MENOLONG DAN IHSAN) PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI ...
12/06/2026

PROGRAM JATI (JALINAN, AMAL, TOLONG MENOLONG DAN IHSAN) PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran PROGRAM JATI 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Masjid Kuala Slim. Program sehari ini padat dengan pengisian yang menyentuh jiwa dan membina sahsiah diri para pelatih Perintah Khidmat Masyarakat (PKM).

✨ Sesi Pagi: Slot Sentuhan Ihsan, Bakti Jiwa yang memfokuskan kepada jati diri pelatih.

✨ Sesi Petang (Slot 2):
Ceramah yang membawakan tajuk Ibrah Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, slot ini di sampaikan oleh Imam Daerah Pejabat Agama Islam Daerah Muallim Ustaz Luqman Hafiz Bin Samsudin mengupas tentang kefahaman pengorbanan ibu bapa dalam konteks hukuman Perintah Khidmat Masyarakat oleh Pelatih PKM.

✨ Sesi Petang (Slot 2):
Program disusuli dengan Slot Pengurusan Jenazah oleh Guru Agama Dakwah Daerah Muallim. Satu perkongsian penting untuk memberi kefahaman mengenai pengurusan jenazah ibu bapa serta amalan yang perlu dilakukan oleh seorang anak setelah ibu bapa meninggal dunia.

Semoga segala ilmu, ibrah, dan kesedaran yang diperoleh sepanjang program ini menjadi titik tolak perubahan yang positif dan bekalan buat para pelatih di dunia mahupun di akhirat. Insya-Allah.

Hijrah Kasih: Menyantuni Permata Hati PDK Slim River Sempena menyambut bulan penuh keberkatan, Maal Hijrah, Guru Agama D...
09/06/2026

Hijrah Kasih: Menyantuni Permata Hati PDK Slim River

Sempena menyambut bulan penuh keberkatan, Maal Hijrah, Guru Agama Dakwah Muallim telah berkesempatan menyantuni anak-anak istimewa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Slim River.

Melihat senyuman dan tawa riang mereka benar-benar memberi makna besar buat kami. Hijrah bukan sekadar berubahnya tahun, tetapi bagaimana kita mengalirkan kasih sayang dan membina ukhuwah sesama insan, tanpa mengira latar belakang.

Terima kasih cikgu² PDK Slim River atas sambutan yang sangat baik. Semoga azam tahun baru Islam ini membawa lebih banyak sinar kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua.

Address

Slim River

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Guru Agama Dakwah Daerah Muallim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category