Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya Sekolah Kluster Kecemerlangan

01/12/2023

01.12.1994
Tarikh pembukaan sekolah
Sk Taman Selesa Jaya

10/09/2017
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat guru-guru, ibu bapa dan murid murid SK Taman Selesa Jaya.
23/06/2017

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat guru-guru, ibu bapa dan murid murid SK Taman Selesa Jaya.

13/02/2017

EGONYA KITA DENGAN ANAK!

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang jemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau p**ak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar p**ak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah p**ang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana p**a dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya p**a sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

* peringatan untuk saya dan sahabat semua.πŸŒΉπŸ’

Tahniah kepada semua Murid-murid Tahun 6 2016, ibu bapa, guru- guru dan pentadbir SK TAMAN SELESA JAYA. KEJAYAAN anda in...
17/11/2016

Tahniah kepada semua Murid-murid Tahun 6 2016, ibu bapa, guru- guru dan pentadbir SK TAMAN SELESA JAYA. KEJAYAAN anda inspirasi kami, 😊😊.

28/10/2016

Kami mengalu-alukan ibu-bapa dan guru-guru untuk berkongsi video ini dengan anak-anak serta murid-murid agar mereka tahu batasan tubuh badan mereka yang boleh dan tidak boleh disentuh oleh orang lain. Video ini juga menerangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh anak-anak sekiranya hak mereka dicabuli. Video yang diilhamkan oleh team MAP ini sangat menarik dan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak seawal umur 4 tahun.

Kami juga menggesa kepada para ibu khususnya untuk tidak mengambil ringan sekiranya anak anda ada mengadu atau bercerita tentang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Jangan biarkan sehingga terlambat! Selamatkan anak-anak kita. Mereka merupakan tanggungjawab dan amanah buat kita.






Mothers Against Po*******hy
https://www.facebook.com/mapikram/

Buat julung kali Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya bersama PPD Johor Bahru menganjurkan Kuiz Matematik di bawah progr...
13/10/2016

Buat julung kali Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya bersama PPD Johor Bahru menganjurkan Kuiz Matematik di bawah program Kluster Kecemerlangan Kebitaraan Matematik. Doakan kejayaan kami.

09/10/2016

SERTAI PERTANDINGAN MEWARNA BERSAMA BANK RAKYAT SK TAMAN SELESA JAYA PADA 12 OKTOBER 2016.
UNTUK MURID PRA SEKOLAH HINGGA TAHUN 6.

HANYA BUKA AKAUN SIMPANAN NURI SERENDAH RM20.00 SAHAJA

πŸ‘‰ DAPATKAN HADIAH MENARIK!!

BUKA AKAUN DI SEKOLAH SK TAMAN SELESA JAYA.

HARI AHAD & RABU ( 09 OKTOBER & 12 OKTOBER)
MASA: 8.30 PAGI - 10.00 PAGI

** IBU BAPA/ PENJAGA DIKEHENDAKI HADIR BERSAMA DOKUMEN:

SALINAN IC/ SURAT BERANAK ANAK
SALINAN IC IUBU BAPA/PENJAGA.

Kursus Kepemimpinan Tahun 6 . 29 september 2016. Tahniah Pemimpin Terbaik😊😊
29/09/2016

Kursus Kepemimpinan Tahun 6 .

29 september 2016. Tahniah Pemimpin Terbaik😊😊

Address

Jalan Silat Cekak 1, Taman Selesa Jaya
Skudai
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share