16/05/2026
KUALA LUMPUR, 15 Mei 2026 β Tahniah diucapkan kepada Hazbullah Hazman, Pengurus Lot 5 Barbershop turut merupakan pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Tahun 4, atas pencalonan beliau dalam Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT) 2026 yang berlangsung di Grand Ballroom, Hilton Kuala Lumpur, semalam.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datoβ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah UTMXCITE, Prof. Madya Dr. Syed Norris Hikmi bin Syed Abdullah, sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap pencapaian pelajar UTM dalam bidang keusahawanan.
Hazbullah telah tercalon dalam tiga kategori iaitu:
1) Perusahaan Pelajar Terbaik
2) Projek Keusahawanan Sosial Terbaik
3) Platform Digital Pelajar Terbaik
Pencalonan ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan serta mencerminkan komitmen dan usaha berterusan pelajar UTM dalam bidang keusahawanan dan inovasi.
Tahniah diucapkan atas pencapaian ini dan semoga terus maju jaya dalam mengharumkan nama Universiti Teknologi Malaysia di peringkat yang lebih tinggi.