10/06/2026
MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN UNIVERSITI
Tarikh : 10/6/2026 (Rabu)
Tempat : UTMFleet
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Kenderaan Universiti yang telah disempurnakan oleh Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Binti Mat Darus, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) (TNCA).
Majlis ini melibatkan penyerahan sebanyak 8 buah kenderaan, iaitu 4 buah Van Toyota Hiace yang terdiri daripada 3 buah untuk kegunaan UTMJB dan 1 buah untuk kegunaan UTMKL. Manakala 4 buah Van Daihatsu terdiri daripada 3 buah untuk kegunaan UTMJB dan 1 buah bagi kerja-kerja penyelenggaraan di dalam kampus.Tersedia jgk 1 buah Van Toyota Hiace yang diperuntukkan sebagai kenderaan 'Pool' Universiti .Penyerahan kenderaan ini merupakan komitmen universiti dalam memperkukuh kemudahan logistik dan pengangkutan bagi menyokong kelancaran operasi , meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memenuhi keperluan warga universiti dengan lebih efektif.