19/05/2026
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Adam Hariz Rosley, pelajar Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) di Department of Chemistry UTM!
[SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEKRETARIAT PELAJAR MYGRAD SESI 2026/2027]
โุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู, ไฝ ๅฅฝ, เฎตเฎฃเฎเฏเฎเฎฎเฏ
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Transformasi Mahasiswa,
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (MPP UTM) Sesi 2025/2026 dengan penuh rasa bangga dan sukacita merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Saudara Muhammad Adam Hariz Bin Rosley atas pelantikan sebagai Sekretariat Pelajar Majlis Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Awam Malaysia (MyGRAD) Sesi 2026/2027.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna dan membanggakan, sekali gus menyerlahkan kecemerlangan, kredibiliti kepimpinan serta potensi besar yang dimiliki oleh beliau dalam mengharumkan nama universiti ke persada yang lebih gemilang.
Sehubungan itu, pihak MPP UTM menzahirkan rasa bangga atas pencapaian ini dan menaruh harapan agar beliau dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme, di samping menjadi inspirasi serta contoh teladan kepada seluruh warga mahasiswa UTM.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan, seterusnya menyemarakkan aspirasi Transformasi Mahasiswa dalam melahirkan generasi yang progresif, berdaya saing dan berimpak tinggi dalam kalangan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026