28/05/2026
⚠️ CEGAH HFMD, LINDUNGI ANAK-ANAK KITA ⚠️
Musim cuti dan ziarah memang seronok bersama keluarga ❤️
Namun jangan lupa sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Antara langkah pencegahan yang penting:
1️⃣ Kerap basuh tangan dengan sabun dan air bersih
2️⃣ Bersihkan permainan serta peralatan anak
3️⃣ Pastikan anak mandi dan menjaga kebersihan diri
4️⃣ Elakkan anak memasukkan objek ke dalam mulut
5️⃣ Bersihkan permukaan rumah seperti meja, lantai dan tombol pintu
6️⃣ Elakkan membawa anak ke tempat sesak jika kurang sihat
🚨 Tanda-tanda HFMD:
1️⃣ Demam
2️⃣ Hilang selera makan
3️⃣ Ruam pada tangan dan kaki
Sekiranya anak menunjukkan simptom, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dan asingkan anak bagi mengelakkan penularan jangkitan.
💙 Terus waspada, jaga kebersihan diri dan persekitaran. Lindungi anak-anak kita bersama.