Majlis Daerah Sipitang

Majlis Daerah Sipitang Selamat datang ke page Rasmi Majlis Daerah Sipitang.

๐Ÿ“ MDS INSPECTION/VISIT FOR PARTIAL CCC FOR MD7 & MD ZETTY ZLNG๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 14 Mei 2026โฐ Masa : 9:30 pagi๐Ÿ“Œ Tempat : JGC Si...
14/05/2026

๐Ÿ“ MDS INSPECTION/VISIT FOR PARTIAL CCC FOR MD7 & MD ZETTY ZLNG

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 14 Mei 2026
โฐ Masa : 9:30 pagi
๐Ÿ“Œ Tempat : JGC Site

Majlis Daerah Sipitang telah mengadakan lawatan tapak (site visit) bagi tujuan pemeriksaan Partial CCC untuk projek MD7 & MD Zetty ZLNG di JGC Site.

Lawatan ini bertujuan memastikan kerja-kerja pembinaan serta kemudahan yang disediakan mematuhi spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan sebelum proses kelulusan diteruskan.

Semoga segala urusan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada pembangunan kawasan serta kesejahteraan masyarakat setempat.





๐ŸŒฟ PROGRAM SLAA (Sabah Landscape Architecture Award) 2026 ๐ŸŒฟMajlis Daerah Sipitang kini dalam proses pelaksanaan cadangan ...
14/05/2026

๐ŸŒฟ PROGRAM SLAA (Sabah Landscape Architecture Award) 2026 ๐ŸŒฟ

Majlis Daerah Sipitang kini dalam proses pelaksanaan cadangan Program SLAA 2026 yang melibatkan usaha menaik taraf serta memperindahkan kawasan Taman Poket Pekan Sipitang demi keselesaan dan kemudahan masyarakat setempat.

Inisiatif ini merupakan salah satu komitmen berterusan dalam mewujudkan persekitaran bandar yang lebih ceria, kondusif dan mesra komuniti, selaras dengan aspirasi pembangunan landskap yang mampan dan berkualiti.

Semoga segala perancangan dan pelaksanaan program ini berjalan lancar serta memberi manfaat kepada seluruh warga Sipitang.






14/05/2026

๐Ÿ”ฅ Selamat Maju Jaya kepada Team Menangah Boys yang diwakili oleh beberapa orang kakitangan Majlis Daerah Sipitang serta seluruh kontinjen yang akan menyertai 11th Sabah FCAS International Dragon Boat Race 2026 yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 Mei 2026 di Likas Bay, Kota Kinabalu ๐Ÿšฃโ€โ™‚๏ธ๐ŸŒŠ

Semoga diberikan kekuatan, semangat berpasukan dan dipermudahkan sepanjang pertandingan. Terus berjuang dengan penuh disiplin, kesungguhan dan semangat kesukanan demi mengharumkan nama pasukan serta organisasi. ๐Ÿ’ช๐Ÿ†

Semoga membawa pulang kejayaan yang membanggakan.
All the best Team Menangah Boys!






๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐˜๐—ฎ: ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถIntegriti yang tinggi merupakan tunjang utama dalam m...
14/05/2026

๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐˜๐—ฎ: ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ

Integriti yang tinggi merupakan tunjang utama dalam membentuk jati diri seorang profesional yang cemerlang dan berwibawa. Walaupun berdepan dengan cabaran intimidasi atau provokasi di persekitaran kerja, keberanian untuk mempertahankan prinsip etika memastikan setiap tindakan kekal selaras dengan nilai murni organisasi. Amalan ini bukan sekadar tentang kepatuhan, malah ia adalah kompas dalaman yang membimbing individu untuk membuat keputusan yang tepat demi menjaga kredibiliti diri dan institusi.

Budaya kerja yang positif dan telus dapat dipupuk apabila nilai akauntabiliti diamalkan secara konsisten oleh semua pihak, termasuk dalam kalangan penjawat awam. Apabila pemimpin menggalakkan komunikasi dua hala yang sihat, kakitangan akan berasa lebih selamat untuk memberikan pandangan yang membina tanpa rasa takut akan tekanan pihak atasan. Persekitaran yang menghargai kejujuran intelektual ini secara tidak langsung menghalang amalan patuh buta (๐˜ฃ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ฐ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ) dan memperkukuh struktur integriti di dalam jabatan atau organisasi.

Sebagai penyelesaian yang berkesan, pemerkasaan warga kerja melalui program pembangunan seperti pensijilan profesional kepimpinan integriti adalah langkah yang sangat strategik. Dengan melengkapkan individu dengan kemahiran membuat keputusan beretika dan menyediakan saluran pelaporan yang telus, organisasi dapat menangani dilema intimidasi dengan lebih profesional. Pendekatan ini memastikan kelestarian integriti menjadi amalan hidup yang berterusan, sekali gus menjamin kecemerlangan organisasi bagi jangka masa panjang.

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Perdana Menteri

๐Ÿ“ข HEBAHAN AWAM ๐Ÿ“ขMajlis Daerah Sipitang akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan Siri 3 seperti ketetapan berikut:๐Ÿ“…...
13/05/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN AWAM ๐Ÿ“ข

Majlis Daerah Sipitang akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan Siri 3 seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
๐Ÿ•ฃ Masa: 8.30 Pagi โ€“ 12.00 Tengahari
๐Ÿ“ Tempat: Tamu Mingguan Pekan Sipitang

Turut diadakan Program Kitar Semula: Pengumpulan dan Jualan Minyak Masak Terpakai bagi menggalakkan amalan kitar semula dan penjagaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat. โ™ป๏ธ

Orang awam adalah dijemput hadir untuk mendapatkan perkhidmatan, menyampaikan aduan serta maklum balas secara terus kepada pihak berkaitan.

AKTIVITI RONDAAN MALAM BERSAMA ANGGOTA PENGUATKUASA MDS DAN RELA SIPITANGTarikh     : 12 Mei 2026 (Selasa)Masa      :   ...
13/05/2026

AKTIVITI RONDAAN MALAM BERSAMA ANGGOTA PENGUATKUASA MDS DAN RELA SIPITANG

Tarikh : 12 Mei 2026 (Selasa)
Masa : 8.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Tamu Pekan Sipitang & sekitar Pekan Sipitang

Tujuan rondaan diadakan adalah bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, selain memantau keadaan kawasan pekan pada waktu malam serta mencegah sebarang aktiviti yang melanggar peraturan.

Anggota yang terlibat dalam rondaan ini ialah seramai 5 orang anggota Penguatkuasa Majlis Daerah Sipitang (MDS) dan 6 orang anggota RELA Sipitang.

PPP

Majlis Daerah Sipitang telah mengadakan Program Pemeriksaan Saluran Darah Secara Percuma menggunakan alat Digitalscope y...
12/05/2026

Majlis Daerah Sipitang telah mengadakan Program Pemeriksaan Saluran Darah Secara Percuma menggunakan alat Digitalscope yang berlangsung di Bilik Mesyuarat MDS.

Program ini mendapat sambutan yang baik daripada kakitangan MDS yang hadir untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara ringkas melalui imbasan pada bahagian jari.

Semoga program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan hidup sihat.




Majlis Daerah Sipitang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penerimaan Geran Landskap Pihak Berkuasa Tempatan Bag...
11/05/2026

Majlis Daerah Sipitang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penerimaan Geran Landskap Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Tahun 2026 sempena Program Jelajah Inisiatif Hijau (I-Hijau) Aspirasi Sabah Maju Jaya yang telah diadakan di Daerah Membakut, Beaufort pada 09 Mei 2026.

Penerimaan geran ini menjadi satu pengiktirafan serta pemangkin kepada usaha berterusan Majlis Daerah Sipitang dalam memperkasakan landskap hijau, memelihara alam sekitar dan meningkatkan kualiti persekitaran demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Semoga inisiatif ini dapat memperkukuhkan komitmen bersama ke arah pembangunan bandar yang lebih lestari, bersih dan hijau selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.






10/05/2026

โ€œSelamat Hari Ibu buat semua insan bergelar ibu.
Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.
Semoga setiap ibu sentiasa diberikan kesihatan, kebahagiaan dan kekuatan dalam mendidik serta membimbing keluarga tercinta.โ€

Ikhlas daripada
Majlis Daerah Sipitang

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Hans Heroldson Lius, kakitangan Majlis Daerah Sipitang, atas pencapaian cemerlang da...
06/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Hans Heroldson Lius, kakitangan Majlis Daerah Sipitang, atas pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Rangkuman Randawi Tavantang Kaamatan Sipitang 2026 yang telah berlangsung pada 3 Mei 2026 (Ahad).

Beliau tampil menyerlah dengan mengenakan pakaian tradisional Murut Tahol, sekali gus berjaya meraih Tempat Kedua serta anugerah Mr Audience Choice.

Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan organisasi, malah mencerminkan komitmen dalam memartabatkan warisan budaya serta semangat kecemerlangan dalam diri setiap warga kerja.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua dan terus mengharumkan nama Majlis Daerah Sipitang pada masa akan datang.







Tolak Rasuah, Utamakan IntegritiRasuah merupakan satu jenayah serius yang mencemarkan integriti, merosakkan kepercayaan ...
05/05/2026

Tolak Rasuah, Utamakan Integriti

Rasuah merupakan satu jenayah serius yang mencemarkan integriti, merosakkan kepercayaan masyarakat serta menjejaskan pembangunan negara.

Semua pihak diingatkan agar sentiasa berpegang kepada prinsip amanah, telus dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Setiap amanah yang diberikan adalah tanggungjawab yang perlu dijaga dengan penuh kejujuran.

Rasuah bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mengkhianati kepercayaan yang diberi. Oleh itu, sebarang bentuk salah laku hendaklah ditolak dan dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Bersama kita pelihara amanah dan kepercayaan demi kesejahteraan masyarakat.













Address

Majlis Daerah Sipitang, Peti Surat 28
Sipitang
89857

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Sipitang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share