Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung JPKK Kampung Naluyan

Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung JPKK Kampung Naluyan JPKK adalah sebuah badan yang ditubuhkan di peringkat kampung sebagai agen kerajaan dalam usaha-usaha untuk membangun masyarakat desa dan seterusnya negara.

πŸ—“16 November 2021 (SELASA) Jelajah UPPM N35 Sindumin bersama pengerusi dan setiausaha JPKK Mukim Mesapol dibawah seliaan...
01/12/2021

πŸ—“16 November 2021 (SELASA)

Jelajah UPPM N35 Sindumin bersama pengerusi dan setiausaha JPKK Mukim Mesapol dibawah seliaan Pemaju Mukim En Zainol & En Redzuan.

Turut hadir Tuan Sani Bin Miasin selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), En Ismail bin Jumat (Wakil ketua anak negeri mukim mesapol), En Ahmad Gapor (Ketua Kampung Mesapol), Cik Nurasyikin (Penyelia Kemajuan Masyarakat), Puan Yanti (Pemaju Masyarakat), En Lee Chun Min (Pemaju Mukim Melamam), En Lasau (Pemaju Mukim Sindumin)

Jelajah ini adalah untuk menjelaskan tentang penyediaan data-data yang diperlukan agar profil-profil kampung yang sedia ada dapat diselaraskan dan ditambah baik agar mendapat kualiti profil Kampung yang berkualiti. Bukan Itu sahaja, jelajah ini juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan respon daripada semua JPKK yang telah dilantik berkenaan dengan penyelarasan susunan profil Kampung dimana ada beberapa cadangan yang perlu ditambah baik dalam panduan susunan profail Kampung N35 Sindumin.




πŸ—“23 November 2021 (SELASA)Sistem perparitan di kampung luagan yang sebelum ini gagal berfungsi dengan baik telah dinaik ...
01/12/2021

πŸ—“23 November 2021 (SELASA)

Sistem perparitan di kampung luagan yang sebelum ini gagal berfungsi dengan baik telah dinaik taraf. Masalah air hujan yang bertakung yang tidak mengalir di aliran parit kini telah berfungsi dengan baik.

Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Beaufort dan Sipitang kerana telah mengambil tindakan dengan segera.

Ucapan terima kasih juga kepada Tuan PPM, Tuan Cdo, Pemaju Mukim dan Pemaju Masyarakat kerana telah banyak membantu serta menyuarakan masalah ini ke pihak atasan khususnya.




πŸ—“16 November 2021 (SELASA)Sistem perparitan di kampung lalang yang sebelum ini gagal berfungsi dengan baik telah dinaik ...
16/11/2021

πŸ—“16 November 2021 (SELASA)

Sistem perparitan di kampung lalang yang sebelum ini gagal berfungsi dengan baik telah dinaik taraf. Masalah air hujan yang bertakung yang tidak mengalir di aliran parit kini telah berfungsi dengan baik.

Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Beaufort dan Sipitang kerana telah mengambil tindakan dengan segera.

Ucapan terima kasih juga kepada Tuan PPM,P. Mukim dan P. Masyarakat kerana telah banyak membantu serta menyuarakan masalah ini ke pihak atasan khusunya.




πŸ—“22 Julai 2021 (KHAMIS)Hari Raya Aidiladha Kampung Naluyan yang disambut dengan norma baharu merupakan perkara baru dala...
02/11/2021

πŸ—“22 Julai 2021 (KHAMIS)

Hari Raya Aidiladha Kampung Naluyan yang disambut dengan norma baharu merupakan perkara baru dalam kehidupan kiniπŸŒŸπŸŽ‰.

Akan tetapi, Hari Raya Korban tetap diraikan dan disambut baik oleh penduduk Kg Naluyan. Haiwan korban tahun ini ialah seekor sapi dan seekor kerbauπŸ‚πŸƒ.

Gotong royong dari penduduk Kg Naluyan yang telah memiliki dua dos vaksin (Lengkap) sahaja yang boleh turut serta dalam ibadah korban yang dilakukan di Surau Kg Naluyan. Pengagihan daging korban selesai petang setelah diagih sama rata kepada 98 rumah yang beragama islamπŸ˜πŸŒ™.





πŸ—“2 Julai 2021 (JUMAAT)Selesai meletakkan papan tanda bagi persempadanan pentadbiran di antara Kg Naluyan dengan Kg Lubok...
02/11/2021

πŸ—“2 Julai 2021 (JUMAAT)

Selesai meletakkan papan tanda bagi persempadanan pentadbiran di antara Kg Naluyan dengan Kg Lubok Darat↔️ .

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK BELIA yg terlibat dan JPKK kerana bersama-sama bergotong royong memasang papan tanda persempadananπŸ’ͺ.

Tujuan meletakkan papan tanda persempadanan pentadbiran ini ialah tidak lain dan tidak bukan bagi memudahkan JPKK baharu dan kelak mengetahui kawasan pentadbirannya.

Terima kasih kepada pihak pemaju yang sudi memberikan sumbangan ini kepada Kampung Naluyan.




πŸ—“19 Jun 2021 (SABTU)Hasil sumbangan dari penduduk Kampung Naluyan untuk kegunaan JPKK bagi memudahkan urusan yang meliba...
02/11/2021

πŸ—“19 Jun 2021 (SABTU)

Hasil sumbangan dari penduduk Kampung Naluyan untuk kegunaan JPKK bagi memudahkan urusan yang melibatkan kampung. Diantaranya ialah vase keselamatan, makanan & minuman, walkie talkie, face mask, hand sanitizer dan banyak lagi.

Termasuk tali dan banner peringatan untuk didirikan d tepi jalan Kg Naluyan bagi menasihati penduduk kampung dalam mengekang penularan Covid-19 yang melanda kini. Ribuan terima kasih diucapkan sekali lagi kepada penderma.



πŸ—“9 Jun 2021 (RABU)Rondaan malam dari Kampung Naluyan hingga ke Kampung Lubok Darat yang dianggotai oleh Koperal Razif,Ke...
02/11/2021

πŸ—“9 Jun 2021 (RABU)

Rondaan malam dari Kampung Naluyan hingga ke Kampung Lubok Darat yang dianggotai oleh Koperal Razif,Ketua Kg Naluyan, Ketua Kg Lubuk Darat, JPKK Kg Naluyan, JPKK Kg Lubok Darat.

Dalam hal ini, rondaan ini bertujuan meninjau keadaan Kampung pada waktu malam khususnya dalam aspek keselamatan.



πŸ—“3 Jun 2021 (KHAMIS)Sekatan jalan di Kampung Naluyan Jalan Luagan yang dianggotai oleh JPKK Kg Naluyan,Ketua Balai Polis...
02/11/2021

πŸ—“3 Jun 2021 (KHAMIS)

Sekatan jalan di Kampung Naluyan Jalan Luagan yang dianggotai oleh JPKK Kg Naluyan,Ketua Balai Polis Mesapol dan Kesihatan Sipitang. Bagi mengekang orang luar melalui jalan tikus yang bertujuan untuk mengelak dari sekatan jalan raya yang berhadapan dengan Sekolah Agama Negeri Kg Naluyan.



πŸ—“30 Mei 2021 (AHAD)Bersama sama Ketua Balai Polis Mesapol iaitu Koperal Razif, Ketua Kampung dan JPKK Kampung Naluyan be...
02/11/2021

πŸ—“30 Mei 2021 (AHAD)

Bersama sama Ketua Balai Polis Mesapol iaitu Koperal Razif, Ketua Kampung dan JPKK Kampung Naluyan bekerjasama serta berganding bahu membuat sekatan jalan yang sering dilalui secara rahsia oleh orang luar bagi mengelak daripada sekatan jalan raya.Atau lebih dikenali sebagai jalan tikusπŸ­πŸ•³ .

Sekatan dijalankan di antara jalan Luagan dan jalan Kibit. Ia merupakan usaha untuk mengurangkan kadar jangkitan atau kluster baharu daripada orang luar yang sering keluar masuk di Kampung Naluyan atau Daerah Sipitang. Seperti yang kita sedia maklum jumlah Positif Covid-19 kini meningkat dengan mendadakπŸ¨πŸš¨πŸš”. Semoga hasil usaha ini akan menjadikan Daerah Sipitang kembali menjadi Zon Hijauβœ….



πŸ—“24 Mei 2021 (ISNIN)Tahniah diucapkan kepada Firman Bin Riduan kerana telah memenangi Pertandingan Mencipta Logo Kelab B...
02/11/2021

πŸ—“24 Mei 2021 (ISNIN)

Tahniah diucapkan kepada Firman Bin Riduan kerana telah memenangi Pertandingan Mencipta Logo Kelab Belia Kampung Naluyan (KBKN) πŸ†πŸŽπŸ”–.

Secara rasminya, logo yang beliau cipta akan menjadi Logo Rasmi Kelab Belia Kampung Naluyan (KBKN) πŸ“ŒπŸŽ€ Tahniah dan Syabas diucapkan kepada beliau πŸ‘.



πŸ—“23 Mei 2021 (AHAD)Sesi penilaian juri dari rumah ke rumah. Tahniah diucapakan kepada para peserta yang mengambil tempat...
02/11/2021

πŸ—“23 Mei 2021 (AHAD)

Sesi penilaian juri dari rumah ke rumah. Tahniah diucapakan kepada para peserta yang mengambil tempat dalam Pertandingan Bunga Keladi Tertutup Kampung Naluyan πŸͺ΄ Tidak lupa juga kepada para juri yang arif lagi bijaksana dalam menilai setiap pemarkahan bunga keladi yang dipertandingkan πŸͺ΄πŸ†.

β€œANDA SEMUA JUARA”



πŸ—“23 Mei 2021 (AHAD)Hasil daripada pengiraan markah 23 peserta daripada juri Pertandingan Bunga Keladi Tertutup Kg Naluya...
02/11/2021

πŸ—“23 Mei 2021 (AHAD)

Hasil daripada pengiraan markah 23 peserta daripada juri Pertandingan Bunga Keladi Tertutup Kg Naluyan iaitu En. Rahim Bin Idris,En. Mokhsin Bin Lajim dan Puan Linah Binti Kolong. Pemarkahan adalah dari sudut Kecantikan , Kesuburan & Kekemasan Bunga Keladi tersebut.

Tempat Pertama πŸ₯‡ :
Norsiah Binti Ali (81%)

Tempat Kedua πŸ₯ˆ:
Siti Aimah Binti Tandok (79%)

Tempat Ketiga πŸ₯‰:
Rossiah Binti Aladdin (77.5%)

Saguhati πŸ…:
Asjali Bin Asli (76%)

Saguhati πŸ…:
Hajah Timbang @ Sharifah Binti Haji Salad (72%)

β€˜ANDA SEMUA JUARA’



Address

Sipitang
89850

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung JPKK Kampung Naluyan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung JPKK Kampung Naluyan:

Share