Social Takaful Fund

Social Takaful Fund Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Social Takaful Fund, Social service, ISLAMIC BUSINESS SCHOOL (IBS) Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah Darul Aman, Sintok.

PERBINCANGAN KERJASAMA STF IBS DAN RAKAN INDUSTRI Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB Universiti U...
03/03/2026

PERBINCANGAN KERJASAMA STF IBS DAN RAKAN INDUSTRI

Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan pertemuan bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Wilayah Utara dan Bank Rakyat Wilayah Utara di Alor Setar pada 3 Mac 2026 bagi membincangkan kerjasama strategik dalam penganjuran program berteraskan literasi kewangan.

Pertemuan yang turut disertai oleh Dr Fikriyah Abdullah, Pengarah CDGEC UUM ini bersetuju untuk Social Takaful Fund dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meneroka kerjasama dalam program “School of Hard Knock”, Hari Celik Kewangan, Program Komuniti serta Podcast Perancangan Persaraan yang akan diadakan sepanjang tahun 2026. Manakala Bank Rakyat menyatakan komitmen dari segi pengurusan pelaburan serta penganjuran bersama aktiviti komuniti yang memfokus kepada aspek literasi kewangan yang memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.




19/02/2026

Salam Ramadhan 1447 H

Tahniah kepada Prof. Dr. Selamah Maamor, Pengerusi Jawatankuasa Endowmen Social Takaful Fund atas pelantikan semula seba...
04/02/2026

Tahniah kepada Prof. Dr. Selamah Maamor, Pengerusi Jawatankuasa Endowmen Social Takaful Fund atas pelantikan semula sebagai Dekan Islamic Business School - IBS UUM COB UUM. Semoga Allah SWT memberkati amanah yang dipikul dalam memacu kecemerlangan Dana Sosial Takaful & IBS UUM.

Forum Kewangan Islam dan Pengurusan Halal 2025Social Takaful Fund dan Islamic Business School - IBS UUM COB telah mengan...
23/12/2025

Forum Kewangan Islam dan Pengurusan Halal 2025

Social Takaful Fund dan Islamic Business School - IBS UUM COB telah menganjurkan Forum Kewangan Islam dan Pengurusan Halal 2025 di FELCRA Lubuk Sireh Perlis pada 20 Disember 2025.

Forum yang melibatkan 3 pihak : institusi kerajaan, swasta dan NGO ini membincangkan aspek perancangan kewangan dan kesejahteraan komuniti kepada 100 peserta FELCRA dan warga UUM. Ahli panel terdiri dari En Mohd Noor (Pengurus Cawangan RHB Bank), PM Dr Mohd Zakhiri (NGO Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Kubang Pasu) serta dikendalikan oleh Dr Mohamad Yazid (Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM).

Semoga usaha ini memberi kesedaran kepada semua terutama komuniti yang terpinggir dari arus semasa dalam mendapatkan pendedahan kepada perancangan kewangan dan isu sosial terkini.


Karnival Kewangan Islam dan Pengurusan Halal 2025 @ Lubuk Sireh PerlisLiterasi kewangan merupakan asas kemahiran yang pe...
21/12/2025

Karnival Kewangan Islam dan Pengurusan Halal 2025 @ Lubuk Sireh Perlis

Literasi kewangan merupakan asas kemahiran yang perlu dimiliki supaya seseorang bijak mengurus kewangan serta mampu meningkatkan kekayaan dan ekonomi diri dan keluarga. Sehubungan itu Social Takaful Fund dan Islamic Business School - IBS UUM COB menganjurkan Karnival Kewangan Islam dan Pengurusan Halal 2025 di FELCRA Lubuk Sireh Perlis pada 20 November 2025.

Program yang dirasmikan oleh Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin Pengerusi Lembaga Pengarah FWD Takaful merangkap Prof Adjung IBS UUM dihadiri oleh 400 peserta yang terdiri dari warga FELCRA Lubuk Sireh dan pelajar serta staf UUM. Karnival ini menghimpunkan 12 agensi dalam memberi kesedaran kewangan seperti simpanan, pelaburan, takaful dan persaraan. Dana Sosial Takaful tampil sebagai penganjur utama karnival ini di samping mengadakan permainan interaktif kewangan kepada peserta karnival.

Pelbagai pameran serta taklimat diadakan dengan penyertaan dari agensi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, ASNB, YAPEIM , PTPTN, RHB Bank, RHB Investment Bank dan YAWATIM. Ia turut disertai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Jualan Rahmah & Pameran), Kementerian Kesihatan (Pemeriksaan Kesihatan), Jabatan Agama Islam Perlis (Pameran Halal) serta CelcomDigi (Promosi Simkad) dalam karnival ini. Menerusi program ini juga kesedaran literasi kewangan dapat disebarluaskan ke FELCRA dan peserta dapat mengambil manfaat dari penglibatan pelbagai agensi yang berkaitan dengan perancangan kewangan.



11/12/2025

Lensa program Hari Terbuka Panel Penasihat Klinik Changlun pada 11 Disember 2025. Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB sebagai rakan pempamer bagi sampaikan mesej kesedaran kewangan menerusi pemainan & kuiz kewangan.


Kempen Kesedaran Kewangan @ Hari Terbuka Panel Penasihat Klinik ChanglunSocial Takaful Fund Islamic Business School - IB...
11/12/2025

Kempen Kesedaran Kewangan @ Hari Terbuka Panel Penasihat Klinik Changlun

Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB menyertai program komuniti Hari Terbuka Panel Penasihat Klinik Changlun yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Changlun pada 11 Disember 2025 di Klinik Kesihatan Changlun Kedah. Pelbagai aktiviti seperti ceramah, pameran, jualan, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain diadakan dalam memberi kesedaran kepada pengunjung mengenai kepentingan penjagaan kesihatan & perancangan kewangan. Dana Sosial Takaful menyampaikan mesej kesedaran kewangan menerusi permainan interaktif & kuiz kewangan.

Program yang turut disertai agensi seperti AADK, TH, Prudential Takaful, SSPN, LZNK, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Muzium Pengurusan UUM, Majlis Professor UUM dan lain-lain menyantuni hampir 400 pengunjung di hari terbuka ini.


Bengkel Kreatif Canva : Perkasa Kemahiran DigitalKemahiran digital menjadi antara kemahiran yang perlu dikuasai bagi mem...
04/12/2025

Bengkel Kreatif Canva : Perkasa Kemahiran Digital

Kemahiran digital menjadi antara kemahiran yang perlu dikuasai bagi memastikan kandungan media yang ingin disampaikan menarik dan mencapai matlamatnya. Sehubungan itu Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB menganjurkan Bengkel Kreatif Canva pada 4 Disember 2025 untuk pelajar dan staf di Bilik Latihan FWD Takaful Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM.

Bengkel disampaikan oleh En Muhammad Nazmi, Staf IBS UUM yang berpengalaman luas dalam menghasilkan kandungan media menerusi aplikasi Canva. Seramai 25 peserta hadir dalam bengkel yang memfokus kepada teknik asas Canva serta penciptaan kandungan media seperti poster, video dan lain-lain lagi. Program ini memberi nilai tambah kepada peserta dalam melaksanakan tugasan yang melibatkan kandungan media pada masa hadapan.


04/12/2025

Lensa video program Bengkel Perancangan Persaraan KWSP @ UUM pada 2 Disember 2025 di DKG7/3 UUM kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB


16/11/2025

Dana Takaful Sosial IBS telah menerima Lawatan Audit Kewangan dari Auditor Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 13 November 2025. Alhamdulillah hasil dapatan audit STF didapati patuh pada peraturan kewangan yang ditetapkan. Tahniah semoga kepatuhan ini diteruskan dari masa ke semasa!!👏👍

Program Subsidi Takaful : Kerjasama Strategik MTA & Dana Sosial TakafulMalaysian Takaful Assocation (MTA) dengan kerjasa...
15/11/2025

Program Subsidi Takaful : Kerjasama Strategik MTA & Dana Sosial Takaful

Malaysian Takaful Assocation (MTA) dengan kerjasama Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB mengadakan kempen kesedaran perancangan takaful sempena Karnival Celik Kewangan Pulau Pinang 2025 anjuran Bank Negara Malaysia pada 14-16 November 2025.

Program yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan dihadiri Gabenor Bank Negara Malaysia ini menghimpunkan pelbagai institusi kewangan di Malaysia bagi mendedahkan masyarakat mengenai literasi kewangan menerusi penganjuran program ceramah, pameran, kuiz dan lain-lain lagi. Social Takaful Fund diwakili pelajar dan pensyarah bersama MTA bekerjasama dalam mempromosikan Program Baucer Perlindungan Tenang 3.0 (PTV) kepada golongan sasaran. Inisatif PTV oleh kerajaan Malaysia ini menyediakan subsidi RM30 kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menerusi produk mikrotakaful yang bermula dari RM10,000 perlindungan dengan sumbangan serendah RM50 setahun.

Semoga kerjasama strategik ini dapat meningkatkan kesedaran kepentingan takaful dalam memastikan kesejahteraan sosial dan kewangan masyarakat.





Address

ISLAMIC BUSINESS SCHOOL (IBS) Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah Darul Aman
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Social Takaful Fund posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category