Majlis Daerah Simunjan

Majlis Daerah Simunjan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Daerah Simunjan, Government Official, Lot 805, Gunong Ngeli New Service Centre, Simunjan.

Majlis Daerah Simunjan (MDS) merupakan pihak berkuasa tempatan yang komited dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti dan pembangunan mampan kepada komuniti setempat.

13/06/2026

PROGRAM NITI DAUN GAWAI DAYAK DAERAH SIMUNJAN 2026

13 Jun 2026 | Dewan Mesra Simunjan

Majlis Daerah Simunjan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu, peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Niti Daun Gawai Dayak Daerah Simunjan 2026 yang telah berlangsung dengan meriah di Dewan Mesra Simunjan.

Program ini menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta memelihara warisan dan budaya masyarakat Dayak yang kaya dengan nilai tradisi. Pelbagai aktiviti dan persembahan kebudayaan telah memeriahkan sambutan serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Daerah Simunjan.

β€œGayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua.”

LAWATAN PEMANTAUAN PENGISIAN LAPHI & LAEVSIπŸ“… 11 Jun 2026Majlis Daerah Simunjan telah menerima lawatan pemantauan berkait...
12/06/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PENGISIAN LAPHI & LAEVSI

πŸ“… 11 Jun 2026

Majlis Daerah Simunjan telah menerima lawatan pemantauan berkaitan pengisian LAPHI dan LAEVSI bagi memastikan proses pelaporan, pengemaskinian data serta pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Lawatan ini turut menjadi platform perbincangan serta perkongsian pandangan bagi memperkukuhkan pengurusan data dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan sesi pemantauan ini.

PEMERIKSAAN AUDIT, INSPEKTORAT DAN INTEGRITI 2026Majlis Daerah Simunjan telah menerima kunjungan bagi Pemeriksaan Audit ...
12/06/2026

PEMERIKSAAN AUDIT, INSPEKTORAT DAN INTEGRITI 2026

Majlis Daerah Simunjan telah menerima kunjungan bagi Pemeriksaan Audit dan Inspektorat Tahun 2026 serta Pemeriksaan Unit Integriti PBT yang telah berlangsung dari 8 hingga 12 Jun 2026.

Pemeriksaan ini bertujuan menilai tahap pematuhan, kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan, tadbir urus organisasi serta pengukuhan budaya integriti dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab Majlis.

Majlis Daerah Simunjan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan pemeriksa atas segala teguran, pandangan dan cadangan penambahbaikan yang diberikan.

Semoga hasil pemeriksaan ini dapat membantu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan, ketelusan serta kecemerlangan pengurusan organisasi demi kesejahteraan masyarakat Simunjan.

πŸ“’ KENYATAAN SEBUTHARGA MAJLIS DAERAH SIMUNJANMajlis Daerah Simunjan mempelawa kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berd...
09/06/2026

πŸ“’ KENYATAAN SEBUTHARGA MAJLIS DAERAH SIMUNJAN

Majlis Daerah Simunjan mempelawa kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan PKK, SPKK, UPKJ dan CIDB yang masih sah untuk menyertai sebutharga bagi beberapa projek naik taraf dan kerja pembaikan sistem perparitan di kawasan Simunjan.

Projek yang ditawarkan:

βœ… Naik Taraf Sistem Perparitan di Lorong Utama Skim Penempatan Semula Hijrah, Simunjan
βœ… Naik Taraf Sistem Perparitan di Lorong 7 Skim Penempatan Semula Hijrah, Simunjan
βœ… Naik Taraf Sistem Perparitan di Lorong 6 Skim Penempatan Semula Hijrah, Simunjan
βœ… Kerja-Kerja Pembaikan Sistem Perparitan Kampung Sageng Hulu, Simunjan

πŸ“ Dokumen sebutharga boleh diperoleh di Bahagian Kejuruteraan, Majlis Daerah Simunjan dengan bayaran RM50.00 bagi setiap dokumen.

πŸ“… Tarikh akhir penghantaran sebutharga: 15 Jun 2026 (Isnin) πŸ•› Sebelum jam 12.00 tengah hari
Kontraktor yang berminat hendaklah memastikan semua syarat dan dokumen yang ditetapkan dipatuhi sebelum mengemukakan tawaran.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Kejuruteraan, Majlis Daerah Simunjan.

🌾 SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK 2026 🌾Gayu Guru, Gerai Nyamai!Sempena sambutan Hari Gawai Dayak, kami mengucapkan s...
31/05/2026

🌾 SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK 2026 🌾

Gayu Guru, Gerai Nyamai!

Sempena sambutan Hari Gawai Dayak, kami mengucapkan selamat menyambut Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak khususnya warga Simunjan dan seluruh rakyat Sarawak.

Semoga perayaan yang diraikan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, kesihatan yang baik serta memperkukuhkan semangat perpaduan, keharmonian dan muafakat dalam kalangan masyarakat.

Marilah kita bersama-sama mensyukuri hasil usaha dan rezeki yang dikurniakan serta terus memelihara warisan budaya yang menjadi kebanggaan negeri Sarawak.

Daripada: Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Kaunselor dan Warga Kerja Majlis Daerah Simunjan

✨ Gayu Guru, Gerai Nyamai, Senang Lantang Nguan Menua ✨

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H kepada seluruh umat Islam.Semoga ibadah korban...
26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H kepada seluruh umat Islam.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan pada tahun ini diterima Allah SWT serta menjadi lambang keikhlasan, pengorbanan dan kesatuan dalam kehidupan kita semua.

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kedamaian dan kebahagiaan buat anda sekeluarga.

Setulus ikhlas daripada

Pemangku Setiausaha
Majlis Daerah Simunjan
serta
Warga Majlis Daerah Simunjan

πŸ“’ HEBAHAN KAUNTER BERGERAK MAJLIS DAERAH SIMUNJAN πŸ“’Majlis Daerah Simunjan akan mengadakan Kaunter Bergerak bagi memudahk...
23/05/2026

πŸ“’ HEBAHAN KAUNTER BERGERAK MAJLIS DAERAH SIMUNJAN πŸ“’

Majlis Daerah Simunjan akan mengadakan Kaunter Bergerak bagi memudahkan urusan penduduk setempat.

πŸ—“ Tarikh & Masa:
πŸ“ SABTU
πŸ•— 8.00 Pagi – 5.00 Petang
πŸ“ AHAD
πŸ•— 8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

πŸ“Œ Tempat:
SK SUNGAI APIN

Antara perkhidmatan yang disediakan:
βœ… Kaunter Percukaian
βœ… Kaunter Aduan Awam
βœ… Kaunter Permohonan PPKB
βœ… Kaunter Kesihatan

Orang ramai dijemput hadir bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.

β€œPerkhidmatan Lebih Dekat, Komuniti Lebih Sejahtera”

πŸ“’ HEBAHAN LANJUTAN MASA IKLAN KEKOSONGANMajlis Daerah Simunjan ingin memaklumkan bahawa tempoh permohonan bagi kekosonga...
20/05/2026

πŸ“’ HEBAHAN LANJUTAN MASA IKLAN KEKOSONGAN

Majlis Daerah Simunjan ingin memaklumkan bahawa tempoh permohonan bagi kekosongan tapak niaga di Pasar Tamu @ Boiler Market Simunjan, Gunong Ngeli New Service Centre telah dilanjutkan sekali lagi.

πŸ—“οΈ Tarikh tutup baharu permohonan adalah pada 15 Jun 2026 (Isnin).

Kepada penduduk Daerah Simunjan yang berminat dan masih belum menghantar permohonan, anda masih berpeluang untuk memohon bagi kategori berikut:

βœ… Pasar Basah – 24 Unit
βœ… Pasar Sayur – 31 Unit

πŸ“Œ Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Perlesenan Majlis Daerah Simunjan pada waktu pejabat.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:

☎️ 082-805377
πŸ“§ [email protected]

πŸ“’ NOTIS PEMBERITAHUAN CUKAI TAKSIRAN 2026 πŸ“’Majlis Daerah Simunjan telah mengeluarkan Notis Peringatan Pertama Tahun 2026...
12/05/2026

πŸ“’ NOTIS PEMBERITAHUAN CUKAI TAKSIRAN 2026 πŸ“’

Majlis Daerah Simunjan telah mengeluarkan Notis Peringatan Pertama Tahun 2026 bagi pegangan yang mempunyai tunggakan Cukai Taksiran di Daerah Gedong.

πŸ’³ Bayaran boleh dilakukan melalui:

🏒 Kaunter Majlis Daerah Simunjan
atau
🏦 Pindahan wang ke akaun berikut:
RHB Bank
No. Akaun: 26126200002881
Majlis Daerah Simunjan

πŸ“Œ Peringatan:
Sila pastikan nombor rujukan seperti No. Ward File atau nama pemilik pegangan diisi pada ruangan reference number semasa membuat pembayaran bagi memudahkan proses semakan dan pengesahan bayaran.

πŸ“§ Sebarang pertanyaan, semakan tunggakan atau penghantaran bukti bayaran boleh dibuat melalui:

Email: [email protected]
WhatsApp: 016-7044494

Kerjasama dan tindakan segera daripada pihak tuan/puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

SANTUBONG, SARAWAK – Kelab Sukan Elektronik Majlis Daerah Simunjan dengan kerjasama Majlis Daerah Simunjan dan Majlis Da...
04/05/2026

SANTUBONG, SARAWAK – Kelab Sukan Elektronik Majlis Daerah Simunjan dengan kerjasama Majlis Daerah Simunjan dan Majlis Daerah Serian telah menghantar seramai 14 wakil termasuk pengurus pasukan, Encik Marlon Dass anak Noel bagi menyertai Karnival Esport MAKSAK Sarawak 2026 yang berlangsung di Centex Santubong pada 1 hingga 3 Mei 2026.

Penyertaan ini menunjukkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkasa pembangunan sukan elektronik dalam kalangan penjawat awam di peringkat negeri, di samping mengasah bakat serta semangat berpasukan dalam kalangan peserta.

Sepanjang karnival tersebut, kontinjen berjaya mencatat beberapa pencapaian membanggakan dalam pelbagai acara yang dipertandingkan:

Bagi acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), pasukan berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik (Top 8) yang diwakili oleh Encik Muadzam bin Razali, Encik Faziman bin Ibrahim, Encik Roma anak Ogos, Encik Mohd Syahlan bin Samsudin, Encik Jeremy Glenowen anak Rahnie serta Encik Frankent Walter anak Sebie.

Bagi acara Tekken, Encik Desmond Yeo Khang Ming dan Encik Muhd Amirul Zaki bin Hamzah menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Dalam acara FIFA, Encik Haji Mohd Azwan bin Juperi mara sehingga ke peringkat suku akhir, manakala Encik Rudison anak Sering dan Encik Abang Ramzie bin Ena masing-masing menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Dalam acara Gran Turismo 7 (Time Attack Open Single), Encik Haji Mohd Azwan bin Juperi berjaya menduduki tempat keenam, manakala Encik Rudison anak Sering menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Sementara itu, bagi acara Nintendo Switch Badminton (Wanita Solo), Cik Sofia binti Sebli berjaya meraih tempat ketiga, satu pencapaian yang membanggakan bagi kontinjen.

Cik Sofia binti Sebli sekali lagi mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Encik Haji Mohd Azwan bin Juperi dalam acara Nintendo Switch Volleyball (Mixed) dan berjaya meraih tempat kedua.

Bagi acara PUBG Mobile, pasukan yang diwakili oleh Encik Claudius Ravi a/l Kaniasen, Encik Faziman bin Ibrahim, Encik Roma anak Ogos, Encik Mohd Syahlan bin Samsudin dan Encik Muadzam bin Razali berjaya menamatkan saingan di tempat kelapan.

Untuk keseluruhan pungutan mata, Kelab Sukan Elektronik Majlis Daerah Simunjan berjaya menduduki tempat keempat, satu pencapaian yang amat membanggakan dalam kalangan pasukan yang bertanding.

Secara keseluruhannya, penyertaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Majlis Daerah Simunjan dan Majlis Daerah Serian, malah membuktikan bahawa sukan elektronik mampu menjadi platform kompetitif yang sihat serta berprestij dalam kalangan penjawat awam di Sarawak.

Pihak kelab berharap agar pencapaian ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Kesdar MD Serian

Address

Lot 805, Gunong Ngeli New Service Centre
Simunjan
94800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Simunjan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Simunjan:

Share