01/06/2026
Hari Isnin ada kenduri? π
Selagi masih musim cuti sekolah, nampaknya jemputan kenduri masih bertali arus. Hari isnin pun tetap meriah dengan pelbagai majlis yang perlu dipenuhi.
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri 3 majlis kenduri di Kg Sungai Petai, Banggol Nering dan Masjid Al-Wusta Batu 8.
Musim cuti sekolah memang meriah. Dari satu kenduri ke satu kenduri, bukan sahaja dapat bertemu sahabat lama dan penduduk setempat, malah dapat menikmati pelbagai juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Kalau ikutkan hati, semua nak rasa, tapi kena ingat masih ada lagi destinasi selepas ini! π