Jabatan PASTI Negeri Johor

Jabatan PASTI Negeri Johor Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan organisasi pendidikan prasekolah

12/05/2026
12/05/2026
Penjaring Terbanyak & Pemain Terbaik Kejohanan Bola Sepak PASTI Negeri Johor 2026. Tahniah Affan & PASTI Kawasan Bakri 😍
12/05/2026

Penjaring Terbanyak & Pemain Terbaik Kejohanan Bola Sepak PASTI Negeri Johor 2026. Tahniah Affan & PASTI Kawasan Bakri 😍

Affan the fighter..

Kecil-kecil cili padi.

Walaupun kecil sangat berapi.

Fly high our little fighter.

20 jaringan dalam 9 perlawanan.

Dinobatkan penjaring terbanyak dan pemain terbaik bola sepak PASTI negeri Johor 2026.

Tahniah Affan!

12/05/2026

Tahniah team Bola Sepak Simpang Renggam tempat ke-4 🥰

12/05/2026

Tahun ini rezeki untuk team Bakri bilamana sukan diadakan di Kompleks sukan edu hub Pagoh.

Team supporters dikalangan guru PASTI yang bertugas sebagai ajk pelaksana seramai 15 orang, team pengiring kontijen seramai 15 orang,dan ibu bapa hampir 50 orang.

Kenangan manis apabila tahun ini guru-guru kontijen bertindak sebagai tukang kipas,tukang urut,tukang suap makanan,tukang bawa ke tandas dan tukang sorak menjadikan setiap perlawanan sangat lancar dan santai.

Hari ini guru-guru bertugas diberikan cuti istimewa kerana ramainya telah hilang suara 😆

Tahniah kepada kontijen Bakri.

Tahun depan kita beraksi lagi. 💪💪💪

Terbaik semuanya
12/05/2026

Terbaik semuanya

Alhamdulillah, perjalanan kontigen PASTI Parit Sulong di Kejohanan BSBJ2026 berakhir di peringkat suku akhir.

Rezeki kami hanya sampai di sini, namun semangat juang anak-anak, usaha jurulatih, guru-guru serta sokongan ibubapa amat luar biasa.

Tahniah dan terima kasih buat semua yang bertungkus-lumus dari awal hingga akhir.

Menang kalah adat pertandingan, yang penting anak-anak belajar tentang disiplin, keberanian dan kerja berpasukan.

InsyaAllah kita datang lagi lebih kuat. Hari ini mungkin bukan milik kita, tapi pengalaman ini mahal.

Bola tu bulat, cuma kadang-kadang manusia buat macam final World Cup.

Jumpa lagi BSBJ tahun depan 💪
12/05/2026

Jumpa lagi BSBJ tahun depan 💪

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊 & 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kejohan...
12/05/2026

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊 & 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Negeri Johor 2026 pada 9 & 10 Mei 2026 bertempat di Pusat Futsal, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh dengan penuh semangat kesukanan, ukhuwah dan disiplin dalam kalangan warga PASTI seluruh Johor.

Kejohanan yang menghimpunkan kontinjen daripada seluruh kawasan PASTI Negeri Johor ini menjadi medan terbaik dalam mencungkil bakat, membina keyakinan diri serta memupuk nilai kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan anak-anak PASTI sejak usia muda. Program ini juga menjadi platform penting dalam melahirkan generasi cerdas, cergas dan berakhlak mulia selaras dengan aspirasi pendidikan PASTI.

Sepanjang dua hari kejohanan berlangsung, pelbagai aksi menarik dan kompetitif telah dipamerkan oleh para peserta dalam acara bola sepak dan bola jaring. Sorakan para guru, ibu bapa serta penyokong turut memeriahkan suasana kejohanan sekali gus membuktikan komitmen seluruh warga PASTI dalam menjayakan agenda pembangunan insan melalui sukan.

📌𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍

🏐 BOLA JARING
🥇 Johan : Kulai
🥈 Naib Johan : Bakri
🥉 Ketiga : Pasir Gudang
🏅 Keempat : Pulai

✨ Penjaring Terbanyak :
Nur Aisya Safiyya binti Mohd Fikri (Bakri)

✨ Pemain Terbaik :
Nuur Ayra Batrisha binti Ferdaus (Kulai)

⚽ BOLA SEPAK
🥇 Johan : Bakri
🥈 Naib Johan : Kluang
🥉 Ketiga : Pasir Gudang
🏅 Keempat : Simpang Renggam

✨ Penjaring Terbanyak :
Muhammad Affan bin Yusfi Affandy (Bakri)

✨ Pemain Terbaik :
Muhammad Affan bin Yusfi Affandy (Bakri)

🏆 JUARA KESELURUHAN
🔥 PASTI Kawasan Bakri 🔥

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan serta kepada para pemenang yang berjaya mengharumkan nama kawasan masing-masing. Tidak dilupakan sekalung penghargaan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, guru-guru, sukarelawan, pengadil, petugas dan semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan kejohanan ini berjalan lancar dan teratur.

Semoga Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Negeri Johor terus menjadi acara tahunan yang mampu menyatukan warga PASTI serta melahirkan generasi pewaris ummah yang sihat, aktif dan berkualiti.



10/05/2026

Address

No 17, Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya
Simpang Renggam
86200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6077555198

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan PASTI Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan PASTI Negeri Johor:

Share