Pergerakan Pemuda Umno Simpang Renggam

Pergerakan Pemuda Umno Simpang Renggam Menulis Demi Bangsa, Berjuang Untuk Agama Dan Menjadi Tunggak Negara Sejarah Pergerakan Pemuda

Pergerakan Pemuda lahir tiga tahun setelah tertubuhnya UMNO.

Pada mulanya ia dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan penubuhannya berlaku di perhimpunan agung UMNO yang bersidang di Butterworth pada 26 Ogos 1946. Kapten Hussein Onn telah dipilih mengetuainya. Sejak itu lahirlah satu tenaga penggerak dan pendorong yang gigih dalam UMNO dan bertindak sebagai tulang belakang dan sayap kanan kepada seluruh perjuangan UMNO hingga sekarang. Pemuda menjadi pela

por kepada banyak kejayaan yang telah dicapai oleh UMNO dan ramai pemimpin Pemuda kemudiannya mengambil alih tugas-tugas penting dalam kerajaan. Apabila Hussein Onn dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO, Dato Abdul Razak bin Hussein telah dipilih memegang teraju pergerakan Pemuda. Namun Abdul Razak merasakan bahawa lebih wajar baginya melibatkan diri dalam badan induk parti. Persefahaman telah tercapai bagi dia bertukar tempat dengan Sardon Jubir

Perjuangan UMNO pada masa itu ialah membebaskan Negara dari penjajah British dan Pemuda menjadi penggerak penting. Sardon berjaya mengubahkan cogankata UMNO dari HIDUP MELAYU kepada MERDEKA bagi meniupkan bara kemerdekaan ke dalam diri setiap pemuda dan memilih 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan. Selepas 13 tahun, pimpinan Pergerakan Pemuda beralih kepada Senu Abdul Rahman pada 1964. Semangat Pemuda Tahan Lasak dan buku Rovolusi Mental diperkenalkan bagi mengubah pemikiran orang Melayu. Harun Idris mengambil alih pimpinan Pemuda pada 1971 dan dibawahnya Pemuda membawa imej sebagai kumpulan pendesak. Ketika itu Dasar Ekonomi Baru sedang diperkenalkan oleh kerajaan dan Pemuda memainkan peranan penting bagi melaksanakannya. Syed Jaafar Albar muncul sebagai Ketua Pemuda pada 1976 dan berupaya merapatkan semua pengerakan itu kepada parti induk. ‘Singa UMNO’ ini hanya sempat memegang teraju selama enam bulan apabila dia meninggal dunia. Pimpinan Pemuda UMNO jatuh ke tangan Suhaimi Kamaruddin pada 1977 dan beliau cuba menukar slogan perjuangan kepada ‘Pemuda Era Bertindak’. Suhaimi tidak berupaya mempertahankan jawatannya di pemilihan pada 1982. Tempatnya diambil alih oleh Anwar Ibrahim, seorang bekas pemimpin pelajar dan belia yang popular dan berkesan. Di bawah Anwar Pengerakan Pemuda kembali bersemangat dan beliau berjaya membawa pemuda seiring dengan perubahan pemerintahan ke era baru. Beliau menggesa supaya Pemuda menjadi Angkatan Penggerak Zaman dengan mengutarakan agenda membasmi resuah dan kemiskinan serta mempunyai memberi peluang hak bersuara dan menyampaikan kritikan. Anwar tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda pada 1987 sebaliknya bertanding dengan jayanya bagi kerusi Naib Presiden. Gagasan Anwar diteruskan oleh Najib Tun Razak yang juga mengadakan perhubungan rapat dengan semua peringkat kepimpinan dengan menganjurkan kursus ‘Siri Perdana’. Selepas Najib, pimpinan beralih kepada Abdul Rahim Tamby Chik. Belum genap setahun mengetuai Pergerakan Pemuda, Rahim terpaksa berundur buat seketika bagi menyelesaikan masalah peribadinya dan jawatan Ketua telah dipangku oleh Nazri Aziz. Rahim kemudiannya kembali memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Januari 1996.

📢 JOM HADIR KE JUALAN KASIH DUN MACHAP!Pelbagai barangan keperluan harian ditawarkan dengan harga istimewa khas buat mas...
14/05/2026

📢 JOM HADIR KE JUALAN KASIH DUN MACHAP!

Pelbagai barangan keperluan harian ditawarkan dengan harga istimewa khas buat masyarakat sekitar. Jangan lepaskan peluang mendapatkan set kombo pada harga berpatutan demi membantu meringankan beban rakyat.

📍 Lokasi: Perkarangan Pejabat Pusat Khidmat DUN Machap
📅 Tarikh: 16 Mei 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi

✨ Kehadiran YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi pada jam 9.00 pagi.

🔥 Tawaran istimewa 2000 pack combo hanya RM15!
Ayam, telur dan minyak masak dalam satu set penjimatan untuk rakyat Johor.

Jumpa anda di sana!

Jom semak
14/05/2026

Jom semak

Program berkayak anjuran Pemuda Parit Basri bersama Pemuda UMNO Simpang Renggam berlangsung dengan penuh semangat dan uk...
11/05/2026

Program berkayak anjuran Pemuda Parit Basri bersama Pemuda UMNO Simpang Renggam berlangsung dengan penuh semangat dan ukhuwah. Aktiviti santai sebegini bukan sahaja mengeratkan silaturahim sesama anak muda, malah menjadi platform membina semangat kerjasama, disiplin dan gaya hidup sihat dalam kalangan belia.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan dan perpaduan anak muda terus diperkukuhkan demi komuniti yang lebih aktif dan harmoni.






Alhamdulillah, Program Infak Jumaat di Masjid Parit Hassan telah berlangsung dengan lancar hasil usaha Pemuda UMNO Simpa...
08/05/2026

Alhamdulillah, Program Infak Jumaat di Masjid Parit Hassan telah berlangsung dengan lancar hasil usaha Pemuda UMNO Simpang Renggam bersama masyarakat setempat.

Semoga sumbangan dan usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada para jemaah serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam komuniti.

Terima kasih kepada semua pihak yang turut hadir, menyumbang dan membantu menjayakan program ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan setiap amal kebaikan diberkati Allah SWT.






Program Ziarah Kasih Pemuda umno simpang Renggam telah dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti Pemuda ter...
28/04/2026

Program Ziarah Kasih Pemuda umno simpang Renggam telah dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti Pemuda terhadap masyarakat setempat. Ziarah dimulakan dengan menziarahi Saudara Faeiz yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja bagi memberikan sokongan moral serta mendoakan agar beliau segera diberikan kesembuhan. Seterusnya, ziarah turut dilakukan kepada keluarga waris Allahyarham adik Wan Muhammad Hakimie Bin Wan Alik yang telah meninggal dunia secara mengejut di kediamannya, sebagai tanda simpati dan ucapan takziah daripada seluruh warga Pemuda. Selain itu, Saudara Amirul Hisham yang memerlukan bantuan tongkat turut disantuni sebagai usaha membantu meringankan beban beliau. Semoga setiap ziarah ini dapat mengeratkan ukhuwah serta menunjukkan bahawa Pemuda sentiasa bersama rakyat dalam susah dan senang.





Perjumpaan belia di bawah Parlimen Simpang Renggam bersama Pemuda UMNO Simpang Renggam menjadi satu platform penting unt...
28/04/2026

Perjumpaan belia di bawah Parlimen Simpang Renggam bersama Pemuda UMNO Simpang Renggam menjadi satu platform penting untuk mendengar suara anak muda, memahami keperluan mereka serta membincangkan hala tuju masa depan belia setempat. Sesi ini membuka ruang sembang santai dan perkongsian idea demi memastikan golongan muda terus diberi perhatian serta peluang untuk bersama-sama membangunkan masyarakat. Pemuda UMNO Simpang Renggam komited untuk terus mendekati belia, memperkukuhkan perpaduan dan menjadi suara kepada generasi muda demi masa depan yang lebih baik.





Shukur alhamdulillah Perjumpaan antara kakitangan penjara dan belia Kampung Paya bersama Pemuda UMNO Simpang Renggam tel...
16/04/2026

Shukur alhamdulillah Perjumpaan antara kakitangan penjara dan belia Kampung Paya bersama Pemuda UMNO Simpang Renggam telah berlangsung dengan penuh semangat muafakat dan perpaduan. Program ini menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim, selain membuka ruang dialog antara pihak beruniform dan golongan belia setempat.

Melalui sesi perkongsian dan interaksi yang diadakan, pelbagai pandangan serta idea telah diketengahkan demi memperkasakan peranan belia dalam komuniti. Pemuda UMNO Simpang Renggam terus komited memainkan peranan sebagai jambatan penghubung antara agensi dan masyarakat, ke arah membina generasi muda yang lebih berdaya saing, berdisiplin dan berwawasan.

Semoga usaha sebegini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan keharmonian masyarakat di Parlimen Simpang Renggam.





Shukur alhamdulillah majlis sambutan aidilfitri Pemuda UMNO Simpang Renggam bersama komuniti permotoran Layang-Layang be...
14/04/2026

Shukur alhamdulillah majlis sambutan aidilfitri Pemuda UMNO Simpang Renggam bersama komuniti permotoran Layang-Layang berlangsung dengan penuh meriah dalam suasana ukhuwah dan semangat kebersamaan. Program ini bukan sahaja menjadi platform mengeratkan silaturahim antara pemuda dan komuniti setempat, malah membuktikan bahawa Pemuda UMNO sentiasa dekat di hati rakyat tanpa mengira latar belakang.

Kehadiran rakan-rakan komuniti permotoran menyerikan lagi majlis, sekali gus memperkukuh jaringan perpaduan serta semangat anak muda dalam membina masyarakat yang lebih harmoni dan progresif. Semoga program seperti ini terus menjadi jambatan yang menyatukan kita semua demi masa depan yang lebih gemilang.






Sesi sembang santai bersama anak muda di bawah Parlimen Simpang Renggam menjadi satu platform penting untuk mendengar su...
14/04/2026

Sesi sembang santai bersama anak muda di bawah Parlimen Simpang Renggam menjadi satu platform penting untuk mendengar suara generasi muda secara lebih dekat dan terbuka. Dalam suasana santai tetapi penuh makna, pelbagai pandangan, idea serta harapan telah dikongsikan demi memastikan masa depan kawasan ini terus berkembang dengan lebih progresif.

Pendekatan turun padang sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pemimpin dan belia, malah membuka ruang perbincangan dua hala yang lebih jujur dan telus. Anak muda bukan sekadar pelapis kepimpinan, tetapi rakan strategik dalam membina masyarakat yang lebih dinamik, berdaya saing dan bersatu.

Komitmen akan terus diperkukuhkan untuk memastikan suara anak muda di Parlimen Simpang Renggam sentiasa diberi perhatian dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang memberi manfaat kepada semua.






🔥 JOM DAFTAR PEMUDA! 🔥Pemuda UMNO Bahagian Simpang Renggam menyeru seluruh anak muda berumur 17 hingga 39 tahun untuk ba...
09/04/2026

🔥 JOM DAFTAR PEMUDA! 🔥

Pemuda UMNO Bahagian Simpang Renggam menyeru seluruh anak muda berumur 17 hingga 39 tahun untuk bangkit bersama dalam satu saf perjuangan!

Inilah masa kita! Masa untuk anak muda tampil ke hadapan, memperjuangkan nasib rakyat, mempertahankan agama, bangsa dan tanah air tercinta. Jangan hanya jadi pemerhati—jadilah pelakar masa depan!

✅ Pendaftaran PERCUMA
📲 Daftar sekarang & sertai gelombang kebangkitan anak muda Simpang Renggam

AYUH! BERSAMA KITA PERKUKUH PERJUANGAN! 💪🔥

Address

No 21, Jln Sri Mawar, Taman Sri Mawar
Simpang Renggam
86200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6077559009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Pemuda Umno Simpang Renggam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share