Pusat Khidmat Wakil Rakyat P151 Simpang Renggam

Pusat Khidmat Wakil Rakyat P151 Simpang Renggam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat Wakil Rakyat P151 Simpang Renggam, Public & Government Service, No. 21, Jalan Seri Indah, Taman Seri Indah, Simpang Renggam.

09/04/2026
15/02/2026
21/01/2026

KUALA LUMPUR: Ideas from the Opposition that bear merit should be considered, says a government backbencher.

21/01/2026

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI perlu memberi keutamaan memperkemas, mempercepat dan menyempurnakan dasar yang dirangka, berbanding mencipta dasar baharu atau mengubah hala tuju secara mendadak.

21/01/2026
Syukur Alhamdulillah, program ibadah korban diteruskan pada hari raya kedua Aidiladha di Felda Air Hitam, Kampung Sri La...
09/06/2025

Syukur Alhamdulillah, program ibadah korban diteruskan pada hari raya kedua Aidiladha di Felda Air Hitam, Kampung Sri Lalang, Kampung Bukit Batu, Kampung Melayu Bukit Nyamuk dan Taman Sri Mewah 3.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, penduduk setempat, petugas lapangan dan sukarelawan yang telah bersama-sama menjayakan pelaksanaan ini dengan penuh semangat dan kerjasama.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT dan menjadi lambang kesatuan serta kasih sayang dalam komuniti kita.

Program Ibadah Korban Parlimen Simpang Renggam 1446HAlhamdulillah, program ibadah korban telah dijalankan di beberapa ka...
08/06/2025

Program Ibadah Korban Parlimen Simpang Renggam 1446H

Alhamdulillah, program ibadah korban telah dijalankan di beberapa kawasan dalam Parlimen Simpang Renggam, termasuk Kampung Sri Maju Jaya, Kampung Pisang, Felda Layang-Layang, Kampung Haji Noor dan Kampung Paya Palembang.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini daripada penduduk setempat dan petugas sukarelawan. InsyaAllah, program akan diteruskan esok di beberapa lokasi lain p**a.

Semoga ibadah ini diterima Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan serta kekuatan ukhuwah dalam komuniti kita.

Aidiladha adalah tentang cinta, taat dan pengorbanan.. Semoga setiap pengorbanan kita ada makna dan diterima oleh-Nya.Sa...
07/06/2025

Aidiladha adalah tentang cinta, taat dan pengorbanan.. Semoga setiap pengorbanan kita ada makna dan diterima oleh-Nya.

Salam Aidiladha 🌙

Bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi dalam Program Pemerkasaan Masyarakat MADANI KEMAS Negeri Johor 20...
03/06/2025

Bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi dalam Program Pemerkasaan Masyarakat MADANI KEMAS Negeri Johor 2025 yang berlangsung di Dewan Muafakat MDSR.

Program ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak melalui peruntukan RM3.3 juta bagi TABIKA dan TASKA KEMAS serta Program IQFA untuk pendidikan asas agama. Pendekatan baharu ini turut menyaksikan TABIKA KEMAS dijajarkan sebagai feeder kepada Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) dengan penyelarasan kurikulum yang turut merangkumi elemen STEM. Ini adalah satu langkah penting ke arah sistem pendidikan prasekolah yang lebih progresif dan berdaya saing.

Turut meninjau pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Renggam sebagai pusat pembinaan sahsiah dan kepimpinan belia Johor, serta tapak projek Residensi Bangsa Johor di bawah inisiatif Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) untuk manfaat golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

InsyaAllah segala usaha yang digerakkan ini akan terus memperkukuh kesejahteraan rakyat dan membawa manfaat besar buat warga Simpang Renggam dan Johor secara keseluruhannya.

Address

No. 21, Jalan Seri Indah, Taman Seri Indah
Simpang Renggam
86200

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6077559009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Wakil Rakyat P151 Simpang Renggam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Wakil Rakyat P151 Simpang Renggam:

Share