Komuniti Madani Bandar Renggam

Komuniti Madani Bandar Renggam KOMUNITI SUARA MASYARAKAT

NADI Bukit Tongkat hari menjadi lokasi program penerangan yang memberi fokus kepada kesedaran masyarakat dalam menghadap...
14/06/2026

NADI Bukit Tongkat hari menjadi lokasi program penerangan yang memberi fokus kepada kesedaran masyarakat dalam menghadapi cabaran era digital dan kos sara hidup semasa.

Ketua Komuniti MADANI Bandar Renggam, Saudara Sukri bin Zakaria, telah diberikan amanah untuk menyampaikan penerangan berkaitan kepentingan mendapatkan fakta yang sahih sebelum menyebarkan sesuatu maklumat bagi mengelakkan penularan berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.

Selain itu, beliau turut berkongsi panduan kepada peserta mengenai cara menjadi pengguna dan pembeli yang bijak dengan memanfaatkan aplikasi PriceCatcher, iaitu platform yang membantu pengguna membandingkan harga barangan di premis-premis terpilih bagi mendapatkan penjimatan terbaik.

Program tersebut juga menyentuh beberapa isu semasa yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat serta usaha kerajaan dalam memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan.

Turut hadir menjayakan program ini ialah pegawai daripada Jabatan Penerangan Daerah Kluang , yang turut memberikan penerangan dan perkongsian maklumat kepada para peserta.

Semoga program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat agar sentiasa berfikir secara kritis, menyemak kesahihan maklumat serta mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah demi kesejahteraan keluarga dan komuniti.

MyKad 2026 diperkenalkan dengan 53 ciri keselamatan baharu bagi memperkukuh sistem identiti nasional dan menangani pemal...
13/06/2026

MyKad 2026 diperkenalkan dengan 53 ciri keselamatan baharu bagi memperkukuh sistem identiti nasional dan menangani pemalsuan identiti.

Pelaksanaan ini turut membantu mengawal jenayah rentas sempadan, mengurangkan salah guna teknologi digital serta meningkatkan keyakinan terhadap sistem identiti negara.




PROGRAM PENERANGAN ISU SEMASA & KRISIS TENAGA GLOBAL DI NADI TAMAN ILHAM, KLUANGAlhamdulillah, Ketua Komuniti MADANI Ban...
11/06/2026

PROGRAM PENERANGAN ISU SEMASA & KRISIS TENAGA GLOBAL DI NADI TAMAN ILHAM, KLUANG

Alhamdulillah, Ketua Komuniti MADANI Bandar Renggam, Sdr. Sukri bin Zakaria, telah diamanahkan untuk menyampaikan ucapan serta penerangan kepada masyarakat di NADI Taman Ilham, Kluang berkaitan isu-isu semasa negara dan cabaran yang dihadapi dunia akibat krisis tenaga global.

Dalam sesi tersebut, pelbagai perkongsian telah diberikan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia untuk mengamalkan penjimatan tenaga, mengurus perbelanjaan isi rumah dengan lebih berhemah serta memahami usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi global.

Turut hadir menjayakan program ini ialah wakil daripada Jabatan Penerangan Malaysia yang telah memberikan penerangan berkaitan dasar kerajaan serta maklumat sahih bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap isu-isu semasa.

Program seperti ini amat penting dalam memperkukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat, di samping memastikan masyarakat sentiasa mendapat maklumat yang tepat serta mampu memainkan peranan dalam menghadapi cabaran ekonomi dan tenaga yang sedang berlaku di peringkat global.

Semoga usaha penerangan dan pendidikan masyarakat ini dapat melahirkan warga yang lebih berpengetahuan, berdaya tahan dan bersedia bersama-sama membangunkan negara yang lebih maju dan sejahtera.

PROGRAM Sembang Santai Komuniti Jom lepak, sembang-sembang & eratkan silaturahim sesama kita! Tarikh: 14.6.2026 - Ahad  ...
11/06/2026

PROGRAM Sembang Santai Komuniti

Jom lepak, sembang-sembang & eratkan silaturahim sesama kita!

Tarikh: 14.6.2026 - Ahad
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Cabin Abg Topeng
Jamuan: Disediakan! Datang je, perut kenyang hati pun senang.

Terbuka untuk SEMUA warga komuniti. Tak kira tua muda, jom kita borak santai, kongsi cerita & idea sama-sama.

Ada pertanyaan? Call/WhatsApp terus
019-776 2838

Jangan lupa ajak jiran, kawan & family sekali ya! See you there

Sebelum membeli barangan online, pastikan anda lebih berhati-hati 🛒Ikuti tip yang betul bagi mengelakkan diri daripada m...
09/06/2026

Sebelum membeli barangan online, pastikan anda lebih berhati-hati 🛒

Ikuti tip yang betul bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan 💡




PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN SUBSIDI DIALISIS MITRA TAHUN 2026 (AROGYA MADANI)    Permohonan bagi Program Bantuan Subsidi ...
05/06/2026

PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN SUBSIDI DIALISIS MITRA TAHUN 2026 (AROGYA MADANI)

Permohonan bagi Program Bantuan Subsidi Dialisis MITRA 2026 (Arogya MADANI) telah dibuka mulai 5 Jun 2026.

🌐 Permohonan boleh dibuat di pautan seperti berikut : https://forms.gle/rvNPZ1rX4hpzAvVU8

📋 Pautan Garis Panduan Program : https://l1nk.dev/zjz7vj9

📅 Tarikh tutup: 4 Ogos 2026 (Selasa)

Kementerian Sumber Manusia
Malaysia MADANI



Risalah Skim PADURI MADANIMemperkasa usahawan wanita! 👩‍💼 Melalui Belanjawan 2026, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperk...
04/06/2026

Risalah Skim PADURI MADANI

Memperkasa usahawan wanita! 👩‍💼

Melalui Belanjawan 2026, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperkenalkan Skim Paduri Madani—inisiatif pembiayaan RM230 juta khusus untuk melonjakkan golongan B40 di seluruh negara.

Terbuka kepada pemohon disenarai hitam/muflis tanpa memerlukan cagaran, anda boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM30,000 demi mengubah taraf ekonomi dan perniagaan.

📲 Baca di portal DBook Penerangan👇🏻
https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=risalah-skim-paduri-madani

🔗 Laman Rasmi
https://www.penerangan.gov.my/




Elak pelaburan scam — jangan serah wang kepada skim meragukan.Kenali tanda-tandanya lebih awal untuk lindungi kewangan d...
03/06/2026

Elak pelaburan scam — jangan serah wang kepada skim meragukan.

Kenali tanda-tandanya lebih awal untuk lindungi kewangan daripada penipuan.




MADANI Bekerja: 25 – 31 Mei 2026🇲🇾✨Kerajaan MADANI terus memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui penambahbaikan logisti...
01/06/2026

MADANI Bekerja: 25 – 31 Mei 2026

🇲🇾✨Kerajaan MADANI terus memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui penambahbaikan logistik agrikomoditi, bantuan kepada lebih 7,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan, serta mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter.

Baucar Buku RM100 diteruskan, Malaysia kekal sebagai Ekonomi Islam Terbaik Dunia, projek BESS diperluas bagi memperkukuh bekalan tenaga, manakala komitmen terhadap Sabah diperkasa melalui pelaksanaan MA63 dan peningkatan pemberian interim kepada RM1.5 bilion. 💵📈




Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Bagin...
01/06/2026

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Dirgahayu Tuanku.
Allah Selamatkan Sultan.

Address

Simpang Renggam
86200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Madani Bandar Renggam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share