23/04/2026
Program Jom Baca Untuk 10 Minit Bersama Tabika KEMAS NKRA Padang Benta, Tabika KEMAS Bangunan Khas RPA Simpang Empat, Tabika KEMAS Bangunan Khas PKM Simpang Empat & Tabika KEMAS Jawi 100. Aktiviti yang diadakan ialah membaca, bercerita Kisah Taman Bunga Ibu, mewarna serta membuat Kad Pop Up Kitaran Hidup Rama - rama.
Terima kasih kepada cikgu, pembantu serta murid dari Tabika KEMAS atas kerjasama untuk menjayakan Program Jom Baca ini. Semoga usaha yang kecil ini memberi impak yang besar suatu hari nanti.
" Membaca Menggembirakan , Membaca Membina Bangsa ".