Kolej Komuniti Nibong Tebal Official

Kolej Komuniti Nibong Tebal Official Untuk permohonan kemasukan, sila tekan link ini https://linktr.ee/KolejKomunitiNibongTebalPenang

๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก: ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ž๐—˜๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒGrafik visual ini menterjemahkan...
11/09/2026

๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก: ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ž๐—˜๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Grafik visual ini menterjemahkan keindahan keharmonian rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, budaya, dan generasi.

Daripada kemesraan kejiranan, tradisi perayaan, seni warisan, sehinggalah kepada semangat pertahanan negaraโ€”setiap gambar membawa satu mesej penting: perpaduan adalah tiang utama kekuatan negara kita.

Mari hayati setiap helaian mesej kenegaraan ini sempena Sambutan Hari Malaysia 2026. Hayati, kongsi, dan semarakkan rasa cinta akan tanah air!

Hebahan rasmi anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan sokongan Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT).

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ & ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐Š๐Š๐๐“ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) melalui anjuran Jawatan...
11/09/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ & ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐Š๐Š๐๐“ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘

Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) melalui anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) KKNT telah berjaya menganjurkan Majlis Bacaan Yasin bertempat di Bilik Kuliah 6A. Majlis kerohanian ini dihadiri oleh para pensyarah, staf, dan pelajar KKNT bagi memohon keberkahan, ketenangan hati, serta kesejahteraan bersama.

Selesai majlis bacaan Yasin, agenda diteruskan dengan Taklimat dan Perhimpunan Pelajar yang disampaikan oleh Encik Mohd Hafize bin Arifin, Pegawai Pembangunan Pelajar KKNT. Sesi ini memberi penekanan kepada pemantapan disiplin, hal ehwal kebajikan pelajar, serta amalan sahsiah terpuji sepanjang pengajian di kolej.

Penganjuran program ini selari dengan usaha menterjemahkan 13 Iltizam POLYCC 2026, terutamanya:
Iltizam 8 (Polisi "No Student Left Behind"): Memastikan kebajikan, sahsiah, dan pembentukan kendiri pelajar sentiasa diberi perhatian secara inklusif.
Iltizam 9 (Minda Pasukan yang Positif): Memupuk nilai-nilai murni, keharmonian, dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga KKNT.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada JPP KKNT atas penganjuran ini serta seluruh warga kolej yang hadir menjayakan majlis. Semoga usaha ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama warga KKNT.

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Pn. Azawati binti Baharom yang menyambut kelahiran beliau hari ini. Semoga bertambah...
09/09/2026

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Pn. Azawati binti Baharom yang menyambut kelahiran beliau hari ini. Semoga bertambahnya usia membawa lebih banyak keberkatan, kesihatan yang baik, kekuatan dan kegembiraan dalam kehidupan seharian.

Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen, dedikasi dan sumbangan berterusan yang diberikan oleh setiap warga kerja dalam memastikan KKNT terus maju dan cemerlang. Semoga kejayaan dan kebaikan sentiasa mengiringi langkah anda.

๐ŸŽ“ JOM MASUK KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL, PULAU PINANG!๐Ÿ“ข Pengambilan Pelajar Sesi II : 2026 / 2027Jangan lepaskan peluang...
09/09/2026

๐ŸŽ“ JOM MASUK KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL, PULAU PINANG!

๐Ÿ“ข Pengambilan Pelajar Sesi II : 2026 / 2027
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti Nibong Tebal!

๐Ÿ—“ Tarikh Permohonan
28 Ogos 2026 โ€“ 28 September 2026

๐ŸŒ Cara Permohonan
Isi eBorang MyPOLYCC di portal rasmi:
๐Ÿ‘‰ http://ambilan.mypolycc.edu.my
(Sistem Kemasukan Pelajar ke Politeknik & Kolej Komuniti)

๐Ÿ“ฒ Atau Hubungi Kami Terus
Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Nibong Tebal
WhatsApp: Klik Sini (https://wa.me/60194446432?text=sayanaksambungbelajar)
๐Ÿ“ž 019-444 6432

PROGRAM TRANSISI KERJAYA 2026KURSUS ASAS PENGHASILAN ROTI๐Ÿ“… Tarikh: 8 September 2026 (Selasa)๐Ÿ“ Tempat: SMK Sg Acheh, Nibo...
08/09/2026

PROGRAM TRANSISI KERJAYA 2026

KURSUS ASAS PENGHASILAN ROTI

๐Ÿ“… Tarikh: 8 September 2026 (Selasa)
๐Ÿ“ Tempat: SMK Sg Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang

Program ini telah dikendalikan oleh Puan Nur Sabrina binti Che Abd Halim selaku tenaga pengajar dengan dibantu oleh Puan Nurul Syifa binti Md Nasir bersama 2orang pelajar Muhammad Asrul Bin Azmi & Muhammad Amar Bin Suhaimi (SKU2)

Seramai 33 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Sg Acheh telah menyertai kursus ini yang memberi pendedahan berkaitan penghasilan roti yang lembut, gebu bersama inti pedas & manis.

Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kompetensi peserta serta membantu menjana pendapatan para peserta.

Terima kasih atas komitmen dan penyertaan semua peserta. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan harian.




Tahniah dan syabas diucapkan kepada 11 orang pelajar Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) atas penerimaan watikah lantikan...
08/09/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 11 orang pelajar Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) atas penerimaan watikah lantikan sebagai Jawatankuasa SISWA 4B Kolej Komuniti Nibong Tebal sempena Majlis Watikah SISWA 4B Negeri Pulau Pinang 2026 yang berlangsung pada Selasa, 8 September 2026.

Pelantikan ini menjadi platform penting buat pelajar KKNT dalam membentuk kepimpinan, meningkatkan jati diri serta menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Majlis ini turut merangkumi pengisian seperti sesi penerangan SISWA 4B, slot Akademi Kenegaraan Malaysia, bacaan Ikrar Belia 4B serta penyampaian watikah Gerak Remaja 4B Negeri Pulau Pinang dan Watikah SISWA 4B Pulau Pinang.

Penyertaan para pelajar KKNT ini diharapkan dapat menjadi pengalaman berharga dalam membina keyakinan diri, semangat kepimpinan, patriotisme dan kemahiran berorganisasi.

Syabas dan tahniah kepada semua 11 pelajar KKNT!
Teruskan melangkah sebagai generasi muda yang berilmu, berintegriti, berkepimpinan dan berjiwa Malaysia.

Kolej Komuniti Nibong Tebal
Melahirkan Insan Berkemahiran, Berdaya Saing dan Berjiwa Madani.










04/09/2026

10 PERMOHONAN PROGRAM PALING POPULAR PILIHAN PELAJAR DI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ๐Ÿ”ฅ

Terima kasih atas sokongan berterusan dan kepercayaan rakyat Malaysia kepada bidang pengajian berteraskan TVET yang ditawarkan di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC).






02/09/2026

๐ŸŒซ๏ธ KENALI TANDA KESAN JEREBU

Jerebu bukan sekadar mengurangkan jarak penglihatan, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan, khususnya mata, hidung, tekak, kulit dan sistem pernafasan.

Warga Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) adalah dinasihatkan untuk terus mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri. Sekiranya keadaan jerebu tidak mengizinkan, hadkan aktiviti di luar bangunan dan dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya gejala berterusan.

Ayuh, warga POLYCC sama-sama kita cakna, lindungi diri dan kekal sihat! ๐Ÿ’™

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia






PENYERTAAN PELAJAR KKNT KE PROGRAM KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) b...
02/09/2026

PENYERTAAN PELAJAR KKNT KE PROGRAM KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026

Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) berbesar hati mengucapkan tahniah kepada dua orang pelajar KKNT yang telah mewakili kolej dalam Program Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.

๐Ÿ“… Tarikh: 29 Ogos โ€“ 1 September 2026
๐Ÿ“ Tempat: Dโ€™Risa Impiana Resort, Gerik, Perak

๐Ÿ‘ฅ Pelajar yang terlibat:

1. MUHAMMAD NAZRIN BIN MOHD TARMEZY
2. MUHAMMAD NABIL PUTERA BIN AHMAD MAZLAN

Program ini merupakan platform yang sangat baik bagi membentuk jati diri, kepimpinan, semangat kesukarelawanan, daya tahan serta kemahiran insaniah dalam kalangan generasi muda. Penyertaan ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk membina jaringan persahabatan, bekerjasama dalam pasukan serta memperoleh pengalaman baharu melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Muhammad Nazrin dan Muhammad Nabil Putera atas komitmen serta kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang menyertai program ini.

Semoga pengalaman yang diperoleh dapat menjadi inspirasi untuk terus aktif, berkeyakinan dan menyumbang secara positif kepada kolej, komuniti dan negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ช

KKNT | Membina Generasi Berilmu, Berkemahiran dan Berjati Diri





Address

No. 2 Jalan Tasek SS1, Bandar Tasek Mutiara
Simpang Ampat
14120

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045082284

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Nibong Tebal Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share