Flat Taman Bukit Nibong

Flat Taman Bukit Nibong Apa-apa urusan mengenai flat boleh berhubung terus melalui post atau messenger di FB ini

Sebelum dan selepas kerja-kerja menolak lubang kumbahan yang sering bermasalah. Mesyuarat agung kali ke 2 yang akan diad...
28/04/2026

Sebelum dan selepas kerja-kerja menolak lubang kumbahan yang sering bermasalah.

Mesyuarat agung kali ke 2 yang akan diadakan pada 9 Mei dua (2) minggu lagi akan datang kami akan suarakan isu ini kepada unit pembangunan COB bagi langkah bantuan jalan penyelesaian yang boleh diketengahkan.

Isu ini daripada sejak bangunan ini dibangunkan lagi dan tidak pernah selesai. Betapa serius dan perlu pihak yang terlibat masuk campur dalam urusan menguruskan dan menangani perkara ini.

Diharapkan dalam permohonan KPKT yang akan datang pihak unit COB dapat membantu pihak JMB mendapatkan peruntukan dalam urusan menyelesaikan masalah ini.

21/06/2025







Alhamdulillah pemasangan lampu solar berserta tiang lengkap, di penjuru bahagian depan bangunan. Pemasangan besi anti ge...
21/06/2025

Alhamdulillah pemasangan lampu solar berserta tiang lengkap, di penjuru bahagian depan bangunan. Pemasangan besi anti gerak 5 batang di tempat yang tidak boleh meletakkan kereta.

Telah diperbaharui dengan menggunakan tiang besi berbanding kon. Diharapkan penduduk lebih berdisiplin dan menghormati dengan keadaan setempat.

Dengan sumber yang terhad Insha Allah kami akan cuba melengkapkan apa yang kurang selagi menerima sokongan daripada penduduk setempat

Diharapkan selepas ini, kejadian yang tidak diingini seperti kes kecurian, kacau ganggu penduduk dan lain-lain yang berkaitan, Insha Allah akan lebih terhindar dan lebih aman pada masa akan datang.

Sekian, Terima Kasih.

Sesi penyerahan siap projek tabung penyelenggaraan perumahan Malaysia (TPPM) tahun 2024 bagi projek mengecat bangunan ol...
30/12/2024

Sesi penyerahan siap projek tabung penyelenggaraan perumahan Malaysia (TPPM) tahun 2024 bagi projek mengecat bangunan oleh YBHG. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban kpd JMB Bukit Nibong 😊👍👍👍

Tarikh 30 Oktober 2024
Bertempat di perkarangan flat
Masa 10.30 pagi

Alhamdulillah pada 20hb September 2024 bersamaan hari Jumaat, selesai sudah kerja-kerja mengecat bangunan dilengkapi den...
20/09/2024

Alhamdulillah pada 20hb September 2024 bersamaan hari Jumaat, selesai sudah kerja-kerja mengecat bangunan dilengkapi dengan signage nombor rumah dan susulan nama Blok iaitu A.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Kerja-kerja menyapu sampah di koridor dan dalam sekitar kawasan Flat Taman Bukit Nibong . 2 kali sebulan . Usaha kecil i...
02/09/2024

Kerja-kerja menyapu sampah di koridor dan dalam sekitar kawasan Flat Taman Bukit Nibong . 2 kali sebulan .

Usaha kecil ini hasil dari duit penyelenggaraan yang dibayar oleh setiap penghuni pintu rumah Flat Taman Bukit Nibong.

Untuk makluman segala prasarana dan usaha menaiktaraf seperti servis mainhole yang telah dilakukan beberapa kali sebelum ini, lampu solar yang dipasang di sekitar bangunan, signboard yang digantung. Sampah yang begitu banyak di longgokan corner dan telah di upah oleh orang untuk pembersihan adalah hasil dari duit tabung dana kerajaan Negeri Sembilan dan dana dari pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Seremban untuk menampung serba banyak yang kurang di Flat Taman Bukit Nibong ini.

Jadi segelintir pihak iaitu tuan rumah, harap maklum dan cakna perkara ini. Dana yang dikutip hanyalah RM 20 untuk zaman 2024 ini sangat lah sukar untuk menampung segala macam menutup segala kekurangan di Flat Bukit Nibong.

Sewajarnya tuan rumah yamg mempunyai rumah di sini memberi kerjasama yang laksana untuk menjayakan usaha mencantikkan bangunan Flat Taman Bukit Nibong ini.

Tidak wajar bagi segelintir pihak yang mengacuh dan memperkecilkan dengan wang dana yang diminta hanyalah RM 20 setiap bulan. Untuk menampung mengupah orang menyapu sampah dan juga service mainhole sekali setiap tahun.

Kerja-kerja membuat paip untuk saluran air dari atas bangunan ke bawah. Supaya menjaga dinding yang sudah di cat tidak b...
12/08/2024

Kerja-kerja membuat paip untuk saluran air dari atas bangunan ke bawah. Supaya menjaga dinding yang sudah di cat tidak berlumut dan kotor lagi akibat lelehan air dari bangunan atas.

Tindakan :
Mengupah kontraktor luar membuat paip ke susur ke bawah

Kesimpulan :
Diharapkan masalah lumut di dinding seperti kejadian sebelum ini tiada lagi. Dan tidak berulang lagi.

Mencari supplier yang boleh buat awning disini. Lokasi di Flat Taman Bukit Nibong ...boleh nyatakn quotation dahulu..uku...
08/08/2024

Mencari supplier yang boleh buat awning disini. Lokasi di Flat Taman Bukit Nibong ...boleh nyatakn quotation dahulu..ukuran anggaran 8 kaki..komen di bawah dan tinggalkan num phone pihak kami akan hubungi

90% hampir siap kerja-kerja mengecat bangunan di flat taman bukit nibong sikamat, seremban😊Alhamdulillah setinggi tinggi...
05/08/2024

90% hampir siap kerja-kerja mengecat bangunan di flat taman bukit nibong sikamat, seremban😊
Alhamdulillah setinggi tinggi ucapan terima kasih kpd semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan laksana tugas ini

27/07/2024

Dalam proses kerja-kerja mengecat bangunan 😊

Address

Sikamat
70400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Flat Taman Bukit Nibong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Flat Taman Bukit Nibong:

Share

Category