Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Sik

Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Sik boleh dm jika ada apa2 maklumat berkaitan kesalahan lalulintas...

Op Selamat 26 - Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada S*K, 20 Mac 2026 - Di hari yang penuh keberkatan, hari Jumaat yang m...
20/03/2026

Op Selamat 26 - Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada

S*K, 20 Mac 2026 - Di hari yang penuh keberkatan, hari Jumaat yang mulia, hari terakhir Ramadhan, semasa menjalankan tugas rondaan Omnipresent Op Selamat 26, anggota bertugas KPL Mohd Faiz bersama KPL Irsyad menemukan sebuah kenderaan yang terkandas di Persimpangan Lampu Isyarat Pekan S*k, Kedah.

Sebagai tindakan awal kedua-dua anggota segera mengawal keselamatan di lokasi tersebut dan membantu pemilik kereta membuat pemeriksaan. KPL Faiz menasihat pemilik supaya tidak meneruskan perjalanan dan sebaiknya menghubungi mekanik.



*KESELAMATAN
*K
*K

Op Selamat 25 - Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada S*K,20 Februari 2026 - Di pagi hari yang penuh keberkatan, hari Juma...
20/02/2026

Op Selamat 25 - Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada

S*K,20 Februari 2026 - Di pagi hari yang penuh keberkatan, hari Jumaat yang mulia, semasa menjalankan tugas rondaan Op Selamat 25 Tahun Baru Cina 2026, anggota bertugas KPL Herman bin Labeni bersama KPL Ahmad Azim Bin Abd Rahim menemukan sebuah kenderaan yang terkandas di persimpangan lampu isyarat batu 8, S*k, Kedah.

Tanpa ragu-ragu, kedua-dua anggota segera mengawal keselamatan lokasi, memastikan pemandu berada dalam keadaan selamat dan membantu mengalihkan kereta tersebut dari laluan beris*ko ke tempat lebih selamat.

"SELAMAT BERSAMA JSPT"

*k
*k



PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA OP SELAMAT 25 SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2026 S*K – Bahagian Siasatan da...
17/02/2026

PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA OP SELAMAT 25 SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2026

S*K – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD S*K, Kedah telah melaksanakan Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Op Selamat 25 Dan Sambutan Tahun Baharu Cina 2026.

Program ini diketuai oleh Insp Mohd Azizi Bin Abd Azman, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah S*k melibatkan 3x anggota dari BSPT dan 4x anggota dari lain-lain bahagian di IPD S*k yang sama-sama menyantuni orang awam serta pengguna jalan raya di sekitar lokasi program.

Pengisian program:

✅ Memberikan nasihat berkaitan keselamatan jalan raya.
✅ Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya.
✅ Memberikan penerangan berkenaan pelaksanaan Op Selamat 25.
✅ Menggalakkan budaya pemanduan berhemah dan bertanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya.

Orang awam turut memberikan kerjasama yang baik serta menunjukkan sokongan terhadap usaha PDRM dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya khususnya sepanjang musim perayaan.

Program berjalan dengan lancar dan keadaan lalu lintas di sekitar kawasan adalah terkawal.

"SELAMAT BERSAMA JSPT"

*k
*k



Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik...
13/02/2026

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melancarkan Op Selamat 25 yang bermula pada 15 hingga 20 Februari 2026.
Dengan jangkaan 3.27 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya, seramai 3,609 petugas dikerahkan untuk memastikan kelancaran trafik. JSPT menekankan tindakan tegas dan saman serta-merta bagi 6 kesalahan utama:
• Memandu melebihi had laju.
• Menggunakan alat komunikasi semasa memandu.
• Memandu di lorong kecemasan.
• Tidak mematuhi lampu isyarat.
• Memotong di garisan berkembar.
• Memotong barisan (Queue Cutting).
Patuhi peraturan demi keselamatan bersama. Selamat Bersama JSPT!
Hashtag:

Road Ban Kenderaan Barangan Sempena Tahun Baharu Cina 2026 Sempena musim perayaan, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MO...
13/02/2026

Road Ban Kenderaan Barangan Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Sempena musim perayaan, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan larangan pemanduan kenderaan barangan bagi memastikan kelancaran trafik serta mengurangkan ris*ko kemalangan jalan raya.

📅 14 & 15 Februari 2026
📅 21 & 22 Februari 2026

Larangan melibatkan beberapa kategori lori berat, treler, lori kontena serta kenderaan pengangkut bahan binaan dan hasil industri mengikut tempoh yang ditetapkan.

Seiring aspirasi Malaysia MADANI, keselamatan jalan raya adalah keutamaan bersama demi kesejahteraan rakyat. Orang ramai disaran merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi peraturan lalu lintas.

Aduan trafik boleh disalurkan melalui Aplikasi MyJPJ atau emel [email protected]





10/02/2026

Salam...

Boleh DM kami sekiranya terdapat apa2 maklumat berkaitan kesalahan lalulintas...

Kerjasama dari pihak semua amatlah diharapkan..
Terima kasih..

Address

Ipd S*k
S*k
08200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Sik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share