Klinik Kesihatan Jeniang

Klinik Kesihatan Jeniang Ini adalah laman rasmi Klinik Kesihatan Jeniang, PKD S*k, Kedah.

PROGRAM MOREH MENGIKUT UNIT DI KLINIK KESIHATAN JENIANG SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1447H/ 2026Daripada Zaid bin Khalid, ba...
17/03/2026

PROGRAM MOREH MENGIKUT UNIT DI KLINIK KESIHATAN JENIANG SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1447H/ 2026

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Semoga segala amal ibadah, puasa, dan doa kita diterima oleh Allah SWT, serta dikurniakan keampunan, keberkatan, dan keredhaan-Nya

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA SAMBUTAN AWAL TAHUN 2026, RAMADHAN, PEMBUKAAN BANGUNAN KLINIK DAN MAJLIS PERPISAHAN STAF12....
12/02/2026

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA SAMBUTAN AWAL TAHUN 2026, RAMADHAN, PEMBUKAAN BANGUNAN KLINIK DAN MAJLIS PERPISAHAN STAF

12.2.26

KEM DIABETIS KLINIK KESIHATAN JENIANG 2026Terima kasih kepada semua peserta yang hadir..
08/01/2026

KEM DIABETIS KLINIK KESIHATAN JENIANG 2026

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir..

*SAMBUTAN HARI WARGA EMAS BERSAMA PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN JENIANG* 📍 Lokasi: Dewan KEMAS Bandar Baru Beris Jaya...
01/12/2025

*SAMBUTAN HARI WARGA EMAS BERSAMA PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN JENIANG*

📍 Lokasi: Dewan KEMAS Bandar Baru Beris Jaya

📆 Tarikh: 16 November 2025 (Ahad)

ATURCARA 🔊🔊
📌Chairobic 💃🏿
📌Fun Walk Bersama Komuniti🚶‍♂️🚶‍♂️🚶‍♂️🚶‍♂️
📌Ceramah Kesihatan 🧠🧠🧠👨‍🦳👨‍🦳👨‍🦳
📌Pertandingan mewarna dewasa 🧒🏻👦🏻
📌Pertandingan antara regu -Hiasan pulut kuning/Aneka kerabu👨‍🍳👩‍🍳
📌Sukaneka Dewasa👣
cabutan bertuah 🎁🎁🎁

itu percuma 🥳🥳🥳🥳🥳

❤️ Aktifkan diri anda, raikan *SAMBUTAN HARI WARGA EMAS BERSAMA PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN JENIANG* dalam suasana meriah dan penuh semangat minda sihat

Jutaan terima kasih diucapkan kpd para sponsor hadiah, kedai Sudut Kopi , kedai runcit BAN ENG HUAT pekan jeniang, para penduduk dan komuniti BANDAR BARU BERIS JAYA dan ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jeniang


📌 Pihak klinik memohon semua pesakit demam+batuk/selsema untuk memakai 'mask'(penutup muka) sepanjang berada di kawasan ...
19/10/2025

📌 Pihak klinik memohon semua pesakit demam+batuk/selsema untuk memakai 'mask'(penutup muka) sepanjang berada di kawasan klinik

🚨🚨Influenza A bukan demam biasa.

Ramai masih anggap Influenza A sama macam demam biasa, padahal demam ni boleh jadi serius kalau tidak dirawat dengan betul.

🚨Ini antara gejala influenza A meliputi 👇

- Demam mendadak
- Batuk kering
- Sakit kepala
- Nyeri atau sakit otot dan sendi
- Hidung tersumbat atau berair.

Gejala-gejala ini biasanya muncul dengan cepat, sering kali 24–48 jam setelah terkena virus.

🚨Kos Rawatan Influenza A👇

Ubat utama untuk Influenza dipanggil Oseltamivir 75mg (nama lain: Tamiflu, Fluhalt, Omiflu).
Harga satu course (5 hari) boleh mencecah RM110 – RM150 atau lebih.

Kalau dibandingkan dengan demam biasa,Ubat paracetamol (Avadol) pun baru dalam RM6 Hingga RM10 bergantung kepada kedai, jadi kita boleh nampak beza ketara antara demam biasa dengan Influenza A.

🚨Itu belum termasuk ubat-ubat tambahan lain seperti👇

• Paracetamol
• Ubat batuk
• Ubat selsema
• Ubat muntah / cirit

Bila campur semua, kos rawatan boleh cecah sekitar RM150 – 250 untuk satu kes Influenza.

Setiap ubat perlu diberi ikut arahan, sebab anak mudah muntah bila demam atau tiada selera makan.

🚨Perlu di Ingat👇

• Influenza sangat mudah berjangkit.
• Jangan keluar rumah atau bawa anak ke tempat ramai orang kalau ada simptom seperti: Demam, Batuk, Lemah Badan dan hilang selera makan.

Rawatan awal sangat penting untuk elak komplikasi paru-paru, sawan demam, atau jangkitan lain.

Golongan tertentu berisiko tinggi mendapat komplikasi serius akibat jangkitan virus influenza seperti di bawah..antaranya

👶 Kanak-kanak bawah 5 tahun
🤰 Wanita hamil
👵 Warga emas 65 tahun ke atas
💉 Pesakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma dan lain-lain)
⚖️ Individu obes
🧬 Mereka yang rendah daya tahan badan (kanser, HIV, rawatan kemoterapi dan sebagainya)

Pesanan kepada ibubapa

🚨Kalau anak demam:

1. Terus bawa jumpa doktor untuk pastikan sama ada demam biasa atau Influenza.
2. Hanya bagi ubat paracetamol untuk turunkan suhu.
3. Elakkan ubat dari kumpulan NSAIDs (seperti ibuprofen) sebab boleh berisiko jika anak dijangkiti Influenza.
4. Pantau hidrasi, pastikan anak anda minum air yang cukup.

Semoga semua ibu bapa peka dan berhati-hati.
Influenza ni memang nampak macam demam biasa, tapi kesannya boleh jadi jauh lebih serius.Jangan ambil mudah, jaga diri dan anak-anak ya.Stay Safe & Stay Alert Gaiss❤️👨‍❤️‍👨👩‍❤️‍💋‍👩

BULAN KEMERDEKAAN🇲🇾🇲🇾Perhimpunan sempena Hari Kemerdekaan (31.8.2025) dan Hari Malaysia (16.9.2025) telah diadakan di Kl...
11/09/2025

BULAN KEMERDEKAAN🇲🇾🇲🇾

Perhimpunan sempena Hari Kemerdekaan (31.8.2025) dan Hari Malaysia (16.9.2025) telah diadakan di Klinik Kesihatan Jeniang pada hari Khamis 28.8.2025. Majlis disambut meriah dengan kehadiran Dr Sharul Rizan Ilias, Pegawai Kesihatan Daerah S*k.

Meriah sambutan di tanah bertuah,
Suara bergema laungan merdeka,
Rakyat bersatu tanpa retak,
Negara maju kekal sejahtera.

Sebagai rakyat yang merdeka, menjadi tanggungjawab kita untuk terus mempertahankan kedaulatan negara, mengekalkan perpaduan, dan mengamalkan cara hidup sihat agar kita dapat menyumbang tenaga dan idea demi kemajuan tanah air tercinta.

Marilah kita hayati erti kemerdekaan dengan semangat kebersamaan, menjaga kesihatan jasmani dan rohani, serta berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, aman, dan dihormati.

Selamat Hari Kemerdekaan!🇲🇾🇲🇾

13/08/2025

🌟 Lindungi si manja, cegah sebelum parah! 🌟

Jom sertai Bual Sihat Bersama Pakar : Campak (Measles) pada 14 Ogos 2025, jam 10.30 pagi secara atas talian bersama Dr Abdul Hadi bin Mohd Zuki.

🤔 Nak tahu kenapa imunisasi tambahan campak penting untuk anak-anak?

💡 Dapatkan jawapan terus daripada pakar, mudah difahami & penuh info berguna!

📲 Scan QR & sertai dari rumah.
💖 Kesihatan anak, tanggungjawab kita bersama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bermula 4 Ogos 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan pemberian imu...
10/08/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bermula 4 Ogos 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan pemberian imunisasi tambahan bagi penyakit campak ( Measles Rubella (MR)) serentak di seluruh negara secara percuma kepada semua kanak-kanak yang berumur 6 bulan hingga 59 bulan (kanak-kanak yang lahir dari 1 Ogos 2020 sehingga 31 Januari 2025)

Slot temujanji boleh didapati melalui :
👉 Janji temu melalui aplikasi MySejahtera
👉 Janji temu di klinik kesihatan KKM
👉 Walk in ke klinik kesihatan berdekatan

Bersama kita lindungi anak-anak daripada risiko campak dan rubella. Imunisasi hari ini, perlindungan untuk masa depan. 💪

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 Nombor Bilik Gerakan MR SIA (JKN Kedah):
1️⃣ 04-7741174
2️⃣ 04-7742371

📧 Atau emel kepada: [email protected]

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah


05/06/2025
PEMBANGUNAN KLINIK KESIHATAN JENIANG 2025Pihak klinik ingin memohon maaf di atas ketidak selesaan dan kesulitan yang di ...
25/05/2025

PEMBANGUNAN KLINIK KESIHATAN JENIANG 2025

Pihak klinik ingin memohon maaf di atas ketidak selesaan dan kesulitan yang di alami di atas sebab-sebab projek pembangunan yang telah berjalan bermula 11 Mei 2025

Kami berharap para pengunjung klinik dapat bersabar dan mematuhi peraturan klinik bagi memudahkan proses perjalanan klinik.

Bagi memastikan kelancaran trafik (laluan keluar masuk) ambulans, pihak klinik memohon para pengunjung untuk tidak parkir sembarangan. Parkir boleh dilakukan di kawasan padang yang sedia ada.

Kami sangat berterima kasih dan menghargai kerjasama yang telah diberikan oleh tuan/puan. 🙂🙂🙂

Address

Klinik Kesihatan Jeniang
S*k
08200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 03:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044641200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Jeniang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share