Pejabat Kesihatan Daerah Sik - #maipakatsihat

Pejabat Kesihatan Daerah Sik - #maipakatsihat Ini adalah laman rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Sik.

15/09/2026
🌟 SIHAT ITU SAYA 🌿πŸ’ͺPejabat Kesihatan S*k dan Unit Promosi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dengan kerjasama Sekolah Kebang...
15/09/2026

🌟 SIHAT ITU SAYA 🌿πŸ’ͺ

Pejabat Kesihatan S*k dan Unit Promosi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Jeneri telah mengadakan Program Sihat itu saya Bersama Kelab Doktor Muda bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2026! (BMSS)😍

πŸ“… Tarikh: 15 September 2026 (selasa)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Terbuka SK Jeneri

Pelbagai aktiviti menarik dari lori WOW (Jkn Kedah) dan dari Pejabat Kesihatan S*kπŸ’₯
✨ Aktiviti sihat antaranya pertandingan lompat tali
✨ Kerjasama antara unit dan badan uniform sekolah
✨ Peluang untuk murid Kelab Doktor Muda dan rakan sebaya tunjuk bakat & semangat sihat!
✨ Pameran kesihatan dan pencegahan

Program ini berlangsung dengan jayanya demi gaya hidup sihat dan ceria! 🌈
*k

15/09/2026

π€πŒπ€π‹π€π ππ„π‘π‡π„ππ“πˆ πŒπ„π‘πŽπŠπŽπŠ

1) Sibukkan diri sendiri dengan aktiviti harian.
2) Minum air masak dan elakkan minuman berkafein⁠.
3) Menjauhkan diri dengan orang yang sedang merokok.
4) ⁠Mengelakkan diri daripada suasana yang mendorong kepada merokok.
5) Membasuh tangan selalu.
6) Mandi dengan kerap.
7) Meditasi atau bersukan.

Berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah, tetapi kita boleh mengubahnya jika dilakukan dengan langkah yang betul dan sokongan berterusan.

Jom sama-sama kita bina kehidupan yang lebih sihat dan bebas daripada asap rokok!





11/09/2026

🦟 π‰π”πŒπ€π€π“ ππ€πŠπ€π“ 𝐏𝐔𝐋𝐔𝐍 ππ„π‘π’πˆπ‡ π‘π”πŒπ€π‡! 🧹🏑

Alang-alang cuti hari Jumaat ni, jom pakat luang sikit masa untuk bersihkan kawasan dalam dan luar rumah.

🎯 Misi kita hari ini: Cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes sebelum ia membiak dan membawa risiko Demam Denggi kepada keluarga kita.

Tak pasti nak mula periksa di mana? Jangan risau!

πŸ“² Gunakan Borang Pemeriksaan Digital Tempat Pembiakan Aedes untuk memudahkan pemeriksaan kendiri di rumah.

πŸ‘‰ Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah:
https://bit.ly/senaraisemakdigitaltempatpembiakanaedes

⚠️ Ingat! Demam denggi bukan sekadar demam biasa. Ia boleh mengakibatkan komplikasi serius dan mengancam nyawa.

πŸ’ͺ 10 minit seminggu, rumah bersih, keluarga lebih selamat.

Jom pakat pulun bersih rumah, hapuskan nyamuk Aedes, cegah Demam Denggi!



πŸ“’ BENGKEL PENGURUSAN KESIAPSIAGAAN DAN RESPON KESIHATAN AWAM PERINGKAT PKD S*K 2026Alhamdulillah, telah berlangsung Beng...
10/09/2026

πŸ“’ BENGKEL PENGURUSAN KESIAPSIAGAAN DAN RESPON KESIHATAN AWAM PERINGKAT PKD S*K 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Pengurusan Kesiapsiagaan dan Respon Kesihatan Awam Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah S*k 2026 pada hari ini, 10 September 2026, bertempat di The Jerai Hill Resort.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan keupayaan anggota dalam aspek kesiapsiagaan serta pengurusan dan respon terhadap kejadian kesihatan awam, di samping memperkukuhkan koordinasi dan tindakan bersepadu di peringkat daerah.

Antara pengisian bengkel adalah:
πŸ”Ή SOP CPRC dan Pengurusan Bilik Gerakan (IMS)
πŸ”Ή Garis Panduan RAT dan RRT
πŸ”Ή Tabletop Pengurusan Bencana Banjir
πŸ”Ή Taklimat Pelaporan Banjir
πŸ”Ή After Action Review (AAR) dan rumusan

Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat memperkukuhkan lagi kesiapsiagaan PKD S*k dalam menghadapi sebarang kejadian kesihatan awam serta memastikan tindakan yang pantas, tersusun dan berkesan demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

*k

09/09/2026

Bagi mengurangkan pendedahan kepada kualiti udara yang tidak sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar orang ramai mempraktikkan 7 langkah pencegahan utama berikut:

1. Kekalkan Hidrasi Tubuh: Pastikan anda meminum air kosong secukupnya, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi kelancaran sistem badan.
2. Hadkan Aktiviti Luar: Kurangkan keberadaan dan aktiviti fizikal di luar rumah atau kawasan terbuka buat masa ini.
3. Gunakan Pelitup Muka Spesifik: Pemakaian penutup muka jenis N95 atau P100 adalah amat digalakkan sekiranya urusan di luar tidak dapat dielakkan.
4. Jaga Kebersihan Diri: Segera bersihkan tangan dan muka menggunakan sabun dan air bersih setiap kali selesai melakukan urusan di luar.
5. Kawal Kualiti Udara Dalaman: Pastikan persekitaran di dalam rumah sentiasa bersih. Penggunaan alat pendingin hawa dan penapis udara adalah amat disarankan.
6. Elakkan Pencemaran Tambahan: Hentikan sebarang sumber pencemaran udara di dalam kediaman, terutamanya amalan merokok yang membahayakan kesihatan paru-paru seisi keluarga.
7. Aktifkan Kitaran Udara Dalaman Kenderaan: Ketika memandu, gunakan pendingin hawa dan pastikan fungsi kitaran udara dalaman (recirculation mode) diaktifkan bagi menghalang asap dari luar menyerap masuk.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami sebarang gejala seperti batuk berterusan, tekak perit, mata pedih, atau sesak nafas, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran. Kesihatan anda adalah keutamaan.

09/09/2026

Address

Kuarters Pengarah Hospital, Jalan Hospital, Sik Darul Aman
Sik
08200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044600601

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Sik - #maipakatsihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Sik - #maipakatsihat:

Shortcuts

Share