11/06/2026
🌌✨ JOM SERTAI PROGRAM CERAPAN BIMA SAKTI: CAMPERVAN X STARGAZER 2026! ✨🌌
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Majlis Daerah S*k dengan kerjasama Sahabat Langit Utara serta rakan strategik menjemput orang ramai untuk menyertai Program Cerapan Bima Sakti: Campervan X Stargazer 2026 yang akan berlangsung seperti berikut:
📅 Tarikh: 20 – 21 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)
📍 Lokasi: Dataran Ikan Sebarau, Tasik Beris, S*k, Kedah
🌠 Antara aktiviti menarik yang disediakan: 🎨 Aktiviti melukis bertemakan alam semesta
🚐 Perhimpunan komuniti campervan
🕌 Solat berjemaah & tazkirah “Alam Semesta dan Manusia”
🔭 Cerapan Planet Zuhrah, Musytari dan Bulan
🌌 Cerapan Bima Sakti (Milky Way)
📸 Sesi Astrofotografi bersama En. Dahlan Ahmad
💬 Sembang santai “Bintang di Sebalik Cahaya: Kepentingan Memelihara Langit Gelap”
🌅 Cerapan matahari terbit di Tasik Beris
Program ini merupakan peluang terbaik untuk mendekati keindahan alam ciptaan Allah SWT, mempelajari ilmu astronomi serta menikmati pengalaman berkhemah dan berkomuniti dalam suasana yang santai dan harmoni.
📢 Penyertaan adalah terbuka kepada semua.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan keindahan Bima Sakti dan langit malam Tasik Beris yang memukau!
⭐ "Dari Bumi Kita Menatap Langit, Dari Langit Kita Mengenal Kebesaran Pencipta."
*k *k *k