Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Sik

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Sik Unit Promosi Pergigian Daerah S*k bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mulut dan pergigian kepada masyarakat setempat.

🚫 KATAKAN TIDAK KEPADA PENGAMAL PERGIGIAN HARAM!Lindungi diri dan keluarga dengan mendapatkan rawatan hanya daripada pen...
14/06/2026

🚫 KATAKAN TIDAK KEPADA PENGAMAL PERGIGIAN HARAM!

Lindungi diri dan keluarga dengan mendapatkan rawatan hanya daripada pengamal pergigian yang berdaftar.

💡 Sebelum mendapatkan rawatan, semak terlebih dahulu kelayakan pengamal dan pastikan klinik mempunyai lesen yang sah.

Jangan ambil risiko. Pilih rawatan yang selamat daripada pengamal pergigian yang bertualiah




*k

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERINGKAT KLINIK PERGIGIAN JENIANGPada 13 Jun 2026, Klinik Pergigian Jeniang telah melaksanakan P...
13/06/2026

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERINGKAT KLINIK PERGIGIAN JENIANG

Pada 13 Jun 2026, Klinik Pergigian Jeniang telah melaksanakan Program Kampung Angkat bertempat di Klinik Kesihatan Teloi Timur.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian serta memberi peluang kepada penduduk setempat mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pemeriksaan pergigian, rawatan tampalan, pendidikan kesihatan pergigian serta lawatan dari rumah ke rumah bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan pergigian kepada penduduk yang tidak dapat hadir ke lokasi program.

Program ini turut menjadi platform untuk mendekatkan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada komuniti setempat serta mengeratkan hubungan antara warga kesihatan dan masyarakat.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. Diharapkan usaha murni ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan seterusnya melahirkan komuniti yang lebih sihat.




Seminar Kesihatan Pergigian Untuk Guru-Guru Tadika Peringkat Daerah S*k Tahun 2026Tarikh: 4 Jun 2026 (Khamis)Masa: 8:00 ...
13/06/2026

Seminar Kesihatan Pergigian Untuk Guru-Guru Tadika Peringkat Daerah S*k Tahun 2026

Tarikh: 4 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 8:00 pagi - 3:30 petang
Tempat: Dewan Seri Enggang, Hospital S*k

Aktiviti:
1. Ceramah Kesihatan Pergigian
2. Permainan Interaktif

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru Tabika Kemas Daerah S*k yang menyertai Seminar Kesihatan Pergigian Peringkat Daerah S*k Tahun 2026. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam membentuk amalan memberus gigi yang betul serta membudayakan penjagaan kesihatan mulut sejak usia awal.

Mulut Sihat, Senyuman Ceria, Anak-Anak Gembira! 😃🪥

Pada 14 Mei 2026, Daerah S*k telah menjalanlan satu program lawatan pergigian di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Al...
17/05/2026

Pada 14 Mei 2026, Daerah S*k telah menjalanlan satu program lawatan pergigian di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Al -Jannah, Teloi Timur. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti cermah pergigian, pameran, Latihan Memberus Gigi (LMG), pertandingan mewarna, pemeriksaan dan rawatan pergigian.

Sejuta perhargaan diucapkan buat warga PDK AL-Jannah serta para penjaga yang hadir serta atas kerjasama yang baik. Diharapkan usaha ini memanfaatkan para pelatih kearah kesihatan mulut yang baik. Kami turut berharap dapat meneruskan kerjasama yang baik ini pada masa yang akan datang.

Sempena World No To***co Day, marilah kita bersama-sama melindungi kesihatan mulut dan tubuh badan dengan menjauhi pengg...
13/05/2026

Sempena World No To***co Day, marilah kita bersama-sama melindungi kesihatan mulut dan tubuh badan dengan menjauhi penggunaan tembakau. Penggunaan tembakau boleh menyebabkan gigi menjadi kekuningan, nafas berbau, penyakit gusi, serta kanser mulut. Pilihlah kehidupan yang lebih sihat demi diri sendiri dan insan tersayang — setiap hari tanpa tembakau/rokok/vape adalah langkah ke arah senyuman yang lebih sihat dan bermakna. 🦷✨

🦷 Jaga Periodontium, Kekalkan Senyuman Sihat! ✨Periodontium ialah tisu yang menyokong gigi seperti gusi, tulang dan liga...
13/05/2026

🦷 Jaga Periodontium, Kekalkan Senyuman Sihat! ✨

Periodontium ialah tisu yang menyokong gigi seperti gusi, tulang dan ligamen periodontal. Penjagaan yang baik membantu mencegah masalah gusi berdarah, gigi longgar dan kehilangan gigi.

✅ Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
✅ Gunakan floss untuk membersihkan celah gigi
✅ Kurangkan makanan dan minuman manis
✅ Elakkan merokok
✅ Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala

💡 Gusi sihat, gigi kuat, senyuman lebih yakin!

Sambutan Kempen 6020 Bersama Anggota Batalion Kem GubirPeringkat Daerah S*k Tahun 2026✨Alhamdulillah, pada 30 April 2026...
30/04/2026

Sambutan Kempen 6020 Bersama Anggota Batalion Kem Gubir
Peringkat Daerah S*k Tahun 2026✨

Alhamdulillah, pada 30 April 2026 yang lalu, Sambutan Kempen 6020 telah berjaya dilaksanakan bersama anggota Batalion Kem Gubir bagi peringkat pergigian Daerah S*k.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan anggota pertahanan Malaysia mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut, khususnya dalam usaha mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli pada usia 60 tahun🦷

Pelaksanaan program telah diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik, antaranya:
🗣️ Ceramah dan Kuiz Pergigian
🖥️ Pameran serta Pertunjukan Multimedia
🎯 Permainan Interaktif
🦷 Pemeriksaan Gigi dan Saringan Kanser Mulut
💉 Rawatan pergigian

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Batalion Kem Gubir atas kesudian bekerjasama serta sokongan padu dalam menjayakan Kempen 6020 ini.

Semoga usaha murni ini dapat terus mempertingkatkan kesedaran serta kualiti kesihatan pergigian dalam kalangan masyarakat.

🤝

*k

28/04/2026

Kempen 6020

Apa itu Kempen 6020?

🦷 Kempen 6020 KKM merupakan inisiatif dibawah Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan mendidik masyarakat untuk mengekalkan sekurang kurangnya 20 batang gigi asli yang berfungsi apabila mencapai usia 60 tahun.

🪥 Oleh itu, penjagaan kesihatan pergigian perlu lah diamalkan bermula sejak awal usia lagi

💡 Ayuh ikuti langkah-langkah penjagaan kesihatan pergigian dengan betul supaya kesihatan mulut dapat dioptimum sehingga menjelang usia emas

Karies botol susu ialah kerosakan gigi yang berlaku kepada kanak-kanak akibat penyusuan, terutamanya apabila bayi kerap ...
15/04/2026

Karies botol susu ialah kerosakan gigi yang berlaku kepada kanak-kanak akibat penyusuan, terutamanya apabila bayi kerap tidur dengan botol susu. Gigi anak akan menjadi coklat atau hitam dan mudah rosak, bermula dengan gigi hadapan.
Ayuh, lindungi si manja anda dari karies botol susu! Mencegah lebih baik daripada merawat.

🦷 Ambil 1 minit setiap bulan untuk periksa mulut anda!Kanser mulut boleh berlaku tanpa rasa sakit pada peringkat awal. N...
15/02/2026

🦷 Ambil 1 minit setiap bulan untuk periksa mulut anda!

Kanser mulut boleh berlaku tanpa rasa sakit pada peringkat awal. Namun, jika dikesan awal, peluang rawatan dan pemulihan adalah sangat tinggi.

Lakukan Pemeriksaan Mulut Kendiri (MSE) setiap bulan di rumah menggunakan cermin dan cahaya terang.

⚠️ Segera jumpa doktor gigi jika terdapat:
• Ulser tidak sembuh melebihi 2 minggu
• Tompok putih atau merah dalam mulut
• Mudah berdarah
• Sukar menelan atau membuka mulut
• Benjolan di leher

💡 Ingat! Kanser mulut boleh dirawat jika dikesan awal.
Jangan tunggu sakit baru nak periksa.

Address

S*k
08200

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6044692814

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Sik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share