Polis IPD Padawan

Polis IPD Padawan BILIK GERAKAN IPD PADAWAN : 082-862233

LAWATAN KEBAJIKAN PEGAWAI RENDAH POLIS JSJK IPK SARAWAKKuching, 14 September 2026 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (J...
14/09/2026

LAWATAN KEBAJIKAN PEGAWAI RENDAH POLIS JSJK IPK SARAWAK

Kuching, 14 September 2026 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas mendiang KPL/D RF/174171 Danny Martin anak Jemay, warga BSJKD IPD Padawan yang telah meninggal dunia pada 12 September 2026.

Lawatan tersebut diketuai oleh ACP Maria anak Rasid, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, bersama DSP Undi anak Dian, ASP Rommy, Insp Amirah Atiqah binti Jamaluddin, Insp Johari bin Mudin, SM/D Kasuma binti Ahmat, Sjn/D James Jeo Awat, Sjn/D Sandra binti Saimi, Kpl/D Micheal anak David Ngalai, Kpl/D Arowin anak Ulin dan Kpl/D Chung Chai Ai.

Dalam kesempatan tersebut, ACP Maria anak Rasid turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada isteri mendiang sebagai tanda keprihatinan serta sokongan daripada warga JSJK Sarawak.

Didoakan agar seluruh ahli keluarga mendiang tabah atas pemergian mendiang.

Salam Takziah.

“Prihatin, Kebersamaan dan Semangat Kekeluargaan”





TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARAYDH P/Supt Barry Anak William, Ketua Polis Daerah Padawan, be...
14/09/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

YDH P/Supt Barry Anak William, Ketua Polis Daerah Padawan, bersama YDH Dr. Daram Anak Ruer, Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan serta seluruh warga PDRM IPD Padawan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, pengalaman, integriti dan dedikasi YDH DIG Dato’ Sri dalam perkhidmatan kepolisan.

Semoga dengan pengalaman serta kepimpinan yang dimiliki, YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid terus membawa PDRM ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi, di samping memperkukuh kepercayaan masyarakat dan memastikan keamanan serta keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

Polis Sarawak
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARAPolis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak merakamkan set...
14/09/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, pengalaman, integriti dan dedikasi YDH DIG Dato’ Sri dalam perkhidmatan kepolisan.

YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sarawak, bersama YDH DCP Saifullizan bin Ishak, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak serta seluruh warga PDRM Kontinjen Sarawak mendoakan agar YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab baharu ini.

Semoga YDH DIG Dato’ Sri terus menerajui kepimpinan PDRM dengan penuh iltizam demi kedaulatan undang-undang, keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

KENYATAAN MEDIA  PELANTIKAN YBHG. DATO’ SRI ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID SEBAGAI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA PUTRAJAYA, 14...
14/09/2026

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN YBHG. DATO’ SRI ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID SEBAGAI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

PUTRAJAYA, 14 September 2026 - Adalah dimaklumkan bahawa seperti yang termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat YAB Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan YBhg. Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa mulai 9 September 2026.

KPD PADAWAN TURUT MEMBERI PENGHORMATAN MENYAMBUT KEPULANGAN JENAZAH MENDIANG SN DEBRA MOSET13 September 2026 | Kampung S...
13/09/2026

KPD PADAWAN TURUT MEMBERI PENGHORMATAN MENYAMBUT KEPULANGAN JENAZAH MENDIANG SN DEBRA MOSET

13 September 2026 | Kampung Semadang, Puncak Borneo

YDH Tuan KPD Padawan, P/Supt Barry Anak William bersama anggota IPD Padawan, turut meluangkan masa hadir menyambut ketibaan jenazah mendiang SN Debra Moset di kediaman keluarga mendiang di Kampung Semadang, Puncak Borneo.

Ketibaan jenazah mendiang diiringi oleh kenderaan MPV IPD Padawan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) ke kediaman keluarga di Kampung Semadang, Jalan Puncak Borneo. Dengan pengiringan anggota polis, serta kawalan lalu lintas sepanjang perjalanan untuk memastikan pergerakan dan ketibaan jenazah berjalan lancar, selamat serta teratur.

Turut hadir YB Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, YB Datuk Dr. Jerip Susil dan YB Datuk Henry Harry Jinep hadir bersama memberi penghormatan kepada mendiang.

Warga IPD Padawan mengucapkan Salam Takziah buat seluruh keluarga mendiang. 🕊️

MAJLIS PENYERAHAN PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU KELAS B2 TAHUN 2026 ANJURAN DUN N.14 BATU KAWA13 September 2026 (Ahad) |...
13/09/2026

MAJLIS PENYERAHAN PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU KELAS B2 TAHUN 2026 ANJURAN DUN N.14 BATU KAWA

13 September 2026 (Ahad) | Dewan SM Min Lit, Batu Kawa

PDRM IPD Padawan yang diketuai oleh YDH P/Supt Barry Anak William, Ketua Polis Daerah Padawan bersama AMANITA IPD Padawan telah menyertai Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 Tahun 2026 anjuran DUN N.14 Batu Kawa.

Program turut dihadiri YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

Penglibatan PDRM merangkumi ceramah keselamatan jalan raya serta pameran Trafik, Komersil, Narkotik dan Amanita bagi memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan keselamatan, pematuhan undang-undang serta peranan PDRM dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat.

Program berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada komuniti setempat.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” 👮‍♂️🤝

LAWATAN KEBAJIKAN YDH KPD PADAWAN KEPADA WARIS MENDIANG KPL/D DANNY MARTIN ANAK JEMAT12 September 2026 (Sabtu) – YDH Tua...
12/09/2026

LAWATAN KEBAJIKAN YDH KPD PADAWAN KEPADA WARIS MENDIANG KPL/D DANNY MARTIN ANAK JEMAT

12 September 2026 (Sabtu) – YDH Tuan KPD Padawan, P/Supt Barry Anak William bersama Insp Mohd Hisyam, wakil KBSJKD dan anggota BSJKD IPD Padawan telah mengadakan lawatan kebajikan ke kediaman waris mendiang Kpl/D RF/174171 Danny Martin Anak Jemat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Padawan.

Mendiang Kpl/D Danny Martin telah dimasukkan ke wad ICU HUS pada 27.08.2026 dan telah disahkan meninggal dunia pada 12 September 2026, jam 0718 hrs di Hospital Umum Sarawak.

Lawatan ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan moral PDRM kepada keluarga mendiang dalam menghadapi saat dukacita. YDH Tuan KPD Padawan turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada waris mendiang, manakala bantuan logistik turut disediakan oleh pihak IPD Padawan.

Seluruh warga IPD Padawan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Semoga keluarga mendiang terus diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Salam takziah buat seluruh keluarga mendiang. 🕊️
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak

BERITA KEMATIAN PEGAWAI RENDAH POLIS BSJKD IPD PADAWAN.Dimaklumkan bahawa Kpl/D  174171 Danny Martin Anak Jemat yang ber...
12/09/2026

BERITA KEMATIAN PEGAWAI RENDAH POLIS BSJKD IPD PADAWAN.

Dimaklumkan bahawa Kpl/D 174171 Danny Martin Anak Jemat yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJKD), IPD Padawan telah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada 12 Sept 2026 jam 07.18 pagi tadi.

YDH P/SUPT Barry Anak William, Ketua Polis Daerah Padawan bersama YDH DSP Dr. Daram Anak Ruer, Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan serta seluruh warga IPD Padawan mengucapkan salam takziah buat keluarga mendiang.

Didoakan agar seluruh ahli keluarga mendiang tabah atas pemergian mendiang.

Salam Takziah.

SIARAN MEDIA KPD PADAWAN - HEBAHAN ORANG HILANG (OH)
11/09/2026

SIARAN MEDIA KPD PADAWAN - HEBAHAN ORANG HILANG (OH)

🕌 PROGRAM PENGIMARAHAN SURAU BAITUL IMAN IPD PADAWAN📅 11 September 2026 (Jumaat)📍 Surau Baitul Iman, IPD PadawanProgram ...
11/09/2026

🕌 PROGRAM PENGIMARAHAN SURAU BAITUL IMAN IPD PADAWAN

📅 11 September 2026 (Jumaat)
📍 Surau Baitul Iman, IPD Padawan

Program pengimarahan surau telah dilaksanakan dengan pengisian Solat Sunat Dhuha, bacaan Surah Al-Kahfi, Surah Al-Waqiah, Surah Yassin serta doa yang dipimpin oleh pegawai agama IPD Padawan.
Program disertai warga IPD Padawan dan telah berlangsung dengan lancar.

Semoga program sebegini dapat terus menyemarakkan penghayatan agama serta membentuk warga kerja yang lebih berdisiplin, berintegriti dan sejahtera. 🤲

Address

Batu 18 Jalan Kuching Serian
Siburan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis IPD Padawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis IPD Padawan:

Shortcuts

Share