Pejabat Zon 2 , JBPM Sarawak

Pejabat Zon 2 , JBPM Sarawak Pejabat Zon 2 Samarahan, JBPM Sarawak

πŸ”₯ PROGRAM HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN 2026 πŸ”₯πŸš’ Tingkatkan Kemahiran, Lindungi Nyawa!Jangan lepaskan peluang menyertai Program...
13/06/2026

πŸ”₯ PROGRAM HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN 2026 πŸ”₯

πŸš’ Tingkatkan Kemahiran, Lindungi Nyawa!
Jangan lepaskan peluang menyertai Program Hub Kemahiran Kebombaan anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak. Program ini direka khas untuk pemilik premis, pengurus bangunan, pegawai keselamatan, kontraktor keselamatan kebakaran serta warga industri yang ingin meningkatkan tahap pengetahuan dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan kebakaran.

βœ… Pendedahan kepada undang-undang dan keperluan keselamatan kebakaran terkini
βœ… Latihan praktikal penggunaan alat pemadam api
βœ… Simulasi kebakaran dan pemindahan bangunan
βœ… Pengendalian sistem panel kebakaran
βœ… Perkongsian ilmu daripada pegawai bomba berpengalaman
βœ… Sijil penyertaan disediakan

πŸ“… Tarikh: 6 Julai 2026 (Isnin)
πŸ•– Masa: 7.00 pagi – 5.30 petang
πŸ“ Tempat: Pusat Konvensyen CIDB Sarawak (CCCS)

🎯 Kemahiran Dikuasai, Nyawa Dilindungi
Daftar sekarang dan jadilah individu yang lebih bersedia dalam menghadapi sebarang kecemasan kebakaran. Keselamatan bukan pilihan, tetapi tanggungjawab bersama.
πŸš’πŸ”₯

Selamat Hari Gawai 2026Gayu Guru Gerai NyamaiSemoga sambutan Hari Gawai tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan...
02/06/2026

Selamat Hari Gawai 2026
Gayu Guru Gerai Nyamai
Semoga sambutan Hari Gawai tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan keberkatan kepada anda sekeluarga. Raikan perayaan dengan penuh kesyukuran, eratkan silaturahim dan hargai setiap detik bersama insan tersayang.

Di sebalik kemeriahan perayaan, sentiasalah mengutamakan keselamatan. Berwaspada ketika menggunakan peralatan elektrik, dapur memasak dan sumber api bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Raikan dengan gembira, utamakan keselamatan.
Gayu Guru Gerai Nyamai!

Ikhlas Daripada
Zon 2, Sarawak

Selamat Hari Raya Aidiladha
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA DAN BISER'E GAWAI BAHAGIAN SERIAN TAHUN 2026Serian, 25 Mei 2025PPgB Muhammad Imran bin Moh...
25/05/2026

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA DAN BISER'E GAWAI BAHAGIAN SERIAN TAHUN 2026

Serian, 25 Mei 2025

PPgB Muhammad Imran bin Mohamad Sabri, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Siburan hadir ke Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Biser'e Gawai Bahagian Serian Tahun 2026 yang telah diadakan di Petronas Gedong pada petang tadi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Maclaine @ Martin Ben, Timbalan Menteri Industri Makanan Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN N.22 Kedup dan Puan Caroline Cleophas Joseph, Risiden Bahagian Serian.

Kempen yang saban tahun diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dan keselamatan kepada semua penguna jalan raya khususnya kepada pemandu kenderaan tentang pentingnya pemanduan dalam keadaan selamat dan mematuhi undang-undang jalan raya semasa musim perayaan.

PEMERIKSAAN DAN NAZIRAN BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN IBU PEJABAT KE CAWANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN PEJABAT ZON SAMARAH...
18/05/2026

PEMERIKSAAN DAN NAZIRAN BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN IBU PEJABAT KE CAWANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN PEJABAT ZON SAMARAHAN

Samarahan, 18 Mei 2026

Pejabat Zon Samarahan telah menerima kunjungan pemeriksaan dan naziran daripada pegawai Bahagian Keselamatan Kebakaran Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menilai aspek pengurusan, pematuhan prosedur serta tahap kesiapsiagaan operasi di zon berkenaan.

Delegasi pemeriksaan diketuai oleh PgKB I Ahmad Murad bin Sa’at dan PgKB I Farid Asyhadi bin Assa’ad daripada Bahagian Keselamatan Kebakaran Ibu Pejabat JBPM bersama PgKB I Ahmad Nizam bin Sapaiee, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Sarawak.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh PgKB II Gawai anak John, Ketua Zon Samarahan.
Pemeriksaan dan naziran ini bertujuan memastikan setiap aspek pentadbiran, dokumentasi serta pengurusan keselamatan kebakaran di peringkat zon sentiasa berada pada tahap yang terbaik selaras dengan garis panduan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh jabatan.

Program seumpama ini juga menjadi platform bagi memperkukuhkan koordinasi serta perkongsian pandangan antara pihak ibu pejabat dan zon dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan JBPM kepada masyarakat.

Tahniah diucapkan kepadaPBT II Nurzainuldin bin Marzukie daripada BBP Siburan dan PBT II Shaiful Ismail bin Othman darip...
17/05/2026

Tahniah diucapkan kepada

PBT II Nurzainuldin bin Marzukie daripada BBP Siburan dan PBT II Shaiful Ismail bin Othman daripada BBP Siburan atas kenaikan pangkat ke PBT II.

Selamat Hari Guru 2026
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026

KEBAKARAN RUMAH DI KOTA PADAWANKuching, 15 Mei 2026Sebuah rumah setingkat struktur kekal mengalami kebakaran melibatkan ...
15/05/2026

KEBAKARAN RUMAH DI KOTA PADAWAN

Kuching, 15 Mei 2026

Sebuah rumah setingkat struktur kekal mengalami kebakaran melibatkan tiga buah rumah di 540 Jalan Kota Padawan, Taman Indah Landeh, Sarawak. Kebakaran dilaporkan berlaku di bahagian dapur rumah sebelum merebak ke rumah berhampiran.

Pasukan dari BBP Siburan dengan bantuan BBP Batu Lintang telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman kebakaran. Pasukan bomba bertindak menggunakan dua aliran dua nozel daripada sumber air terbuka serta satu aliran salur bantu mula bagi mengawal dan memadam kebakaran daripada terus merebak.

Anggaran kemusnahan melibatkan rumah pertama terbakar sebanyak 40 peratus berkeluasan 10 x 20 kaki persegi, rumah kedua terbakar sebanyak 20 peratus berkeluasan 10 x 20 kaki persegi manakala rumah ketiga terbakar sebanyak 10 peratus dengan keluasan yang sama.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Operasi diketuai oleh PBK II TBK I Mohamad Azman Bin Sulaiman selaku Komander Operasi manakala Pegawai Kanan di Lokasi ialah PPgB Mohamad Imran Bin Mohamad Sabri, Ketua Balai BBP Siburan.

Seramai 18 orang anggota terlibat dalam operasi bersama kekuatan jentera terdiri daripada 1x CFRT, 1x FRT dan 2x EMRS.

Pemantaun Tanah Runtuh
14/05/2026

Pemantaun Tanah Runtuh

Memastikan kesiapsiagaan dalam tahap optimum
14/05/2026

Memastikan kesiapsiagaan dalam tahap optimum

Address

Siburan
Siburan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6082864546

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Zon 2 , JBPM Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Zon 2 , JBPM Sarawak:

Share