02/09/2026
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH SIBU BERKAITAN TANGKAPAN DI BAWAH SEKSYEN 39B ADB 1952
Pada 01/09/2026, jam lebih kurang 5.00 petang, pihak Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sibu telah menahan (1) lelaki dan (1) perempuan tempatan berumur 21 tahun bertempat di sebuah rumah di Jalan Gambir, Sibu.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan pihak Polis telah merampas sebanyak 840 papan keranjang timah warna merah/perak, di mana setiap satu papan berisi (10) biji disyaki dadah jenis Erimin 5, jumlah keseluruhan 8,400 biji pil dengan anggaran berat kasar 2,677.46 gram.
Selain itu, turut dirampas (6) bungkusan kertas warna hitam yang di dalamnya terdapat bungkusan kertas warna biru, setiap satu berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Ketamine, anggaran berat kasar 2,891.81 gram. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM412,351.00.
Kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod lampau telah direman selama (5) hari bagi membantu siasatan.
Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952, jika disabitkan kesalahan, mandatori gantung sampai mati atau penjara seumur hidup.
Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, denda tidak lebih RM5,000.00 dan penjara tidak lebih (2) tahun atau kedua-duanya sekali dan pengawasan selama (2) tahun di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Polis Diraja Malaysia, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, akan terus mempertingkatkan tindakan bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
Oleh yang demikian, pihak Polis mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah diminta tampil dan menyalurkan maklumat melalui hotline JSJN:
๐ 012-2087222 โ JSJN Bukit Aman
๐ 017-59292211 โ JSJN Sarawak