12/08/2026
SALAM TAKZIAH
Jemaah Nazir Cawangan Sibu merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang.
Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saat dukacita ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Daripada:
Jemaah Nazir Cawangan Sibu
Bismillahirrahmanirrahim.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali.
Dengan rasa penuh dukacita, adalah dimaklumkan bahawa Cikgu Yakup bin Jai, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Meradong telah meninggal dunia pada hari Rabu, 12 Ogos 2026 bersamaan 28 Safar 1448H,
Jabatan ini kehilangan seorang pegawai yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasan dan amanah dalam meningkatkan martabat pendidikan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kami juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat sukar ini.
Al-Fatihah.