AMOSH Official

AMOSH Official Assistant Medical Officer Sibu Hospital Official Pages

Coming soon!Jawatankuasa Rekreasi, Sosial dan Sukan AMOSH bersama Kelab Muzik Hospital Sibu akan mengadakan edisi ke dua...
17/07/2026

Coming soon!

Jawatankuasa Rekreasi, Sosial dan Sukan AMOSH bersama Kelab Muzik Hospital Sibu akan mengadakan edisi ke dua Karnival KMHS, bersama-sama kita meriahkan!

BENGKEL LITERASI DIGITAL KREATIFPersatuan AMOSH akan mengadakan satu bengkel untuk kakitangan Hospital Sibu dan kluster....
15/06/2026

BENGKEL LITERASI DIGITAL KREATIF

Persatuan AMOSH akan mengadakan satu bengkel untuk kakitangan Hospital Sibu dan kluster. Daftar sekarang kerana penyertaan terhad kepada 30 orang sahaja!

Sila scan QR code untuk daftar.

✨ Lawatan Muhibbah “AMOSH Prihatin” ✨Satu kunjungan kasih dan tanda kebersamaan telah diadakan ke rumah Penyelia Unit He...
22/05/2026

✨ Lawatan Muhibbah “AMOSH Prihatin” ✨

Satu kunjungan kasih dan tanda kebersamaan telah diadakan ke rumah Penyelia Unit Hemodialisis Hospital Sibu, PPP Jrillus Bin Ligong.

Mewakili pihak Pengarah Hospital Sibu, Mr Tiong Hwa Nguong (Ketua Penolong Pengarah Pengurusan), diiringi Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sibu, Encik John Douglas Gudam bersama ketua-ketua unit dan rakan-rakan PPP.

Semoga lawatan ini dapat memberi semangat dan kekuatan buat Cif Jrillus.

🤍 Kami mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang cepat, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa berada dalam lindungan Tuhan.



22 MAY 2026

Admin:snh

01/04/2026
16/03/2026
SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2026, PERINGKAT HOSPITAL SIBU"Memacu Permodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesi...
11/03/2026

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2026, PERINGKAT HOSPITAL SIBU
"Memacu Permodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan"

Anjuran : AMOSH
Bilik Mesyuarat, Blok B, Hospital Sibu
🗓️ 10 Mac 2026 (Selasa)

Aktiviti:
✅ CME Teknikal: Basic Echo & Pain Free
✅ Majlis Sambutan Rasmi
✅ Flag Off: Jelajah Kasih Madani (AMOSH Prihatin) ke Unit Hemodialisis, KK Selangau

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program dan aktiviti ini. Selamat Hari PPP 2026 kepada seluruh PPP Malaysia.

Admin : AR

Photo Credit : PPP Frederick

Pengarah Hospital Sibu, Dr Nanthakumar a/l Thirunavukkarasu mewakili Cardiac Unit, Hospital Sibu merakamkan setinggi-tin...
05/03/2026

Pengarah Hospital Sibu, Dr Nanthakumar a/l Thirunavukkarasu mewakili Cardiac Unit, Hospital Sibu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ta Ann Holdings Berhad atas sumbangan sebuah mesin USG Siemens Maple kepada unit kami.

Sumbangan ini amat bermakna dalam memperkukuhkan perkhidmatan Echocardiogram bagi pesakit yang meliputi zon tengah Sarawak. Dengan adanya mesin ini, kualiti pemeriksaan jantung dapat dipertingkatkan seterusnya membantu dalam diagnosis dan rawatan yang lebih tepat serta efisien.

Selain itu, sumbangan ini juga secara langsung memperkasa bidang tugas Penolong Pegawai Perubatan di Cardiac Unit Hospital Sibu dalam memberikan perkhidmatan yang lebih profesional, kompeten dan berkualiti tinggi kepada komuniti.

Semoga sumbangan murni ini menjadi asbab kebaikan berterusan dan memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.

Terima kasih.

Admin:snh

https://www.facebook.com/share/p/1HocfjmJdF/?mibextid=wwXIfr

📢 JOM HADIR: SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2026! 🩺Panggilan buat semua warga Hospital Sibu! Ayuh raikan hari istimewa...
04/03/2026

📢 JOM HADIR: SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2026! 🩺
Panggilan buat semua warga Hospital Sibu! Ayuh raikan hari istimewa kita sambil menimba ilmu dalam majlis sambutan peringkat hospital tahun ini.

📍 Di mana? Bilik Mesyuarat, Blok B, Hospital Sibu
🗓️ Bila? 10 Mac 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 8:00 Pagi – 12:00 Tengahari

Antara pengisian menarik:
✅ CME Teknikal: Basic Echo & Pain Free ( 2 MyCPD Point)
✅ Majlis Sambutan Rasmi
✅ Flag Off: Jelajah Kasih Madani (AMOSH Prihatin)

"Memacu Permodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan"

Jumpa anda di sana! Let’s make this celebration memorable! ✊✨

🚑 PANGGILAN AMOSH PRIHATIN : JELAJAH KASIH MADANI 2026 🚑Salam rakan-rakan seperjuangan! Sempena sambutan Hari Pembantu P...
04/03/2026

🚑 PANGGILAN AMOSH PRIHATIN : JELAJAH KASIH MADANI 2026 🚑
Salam rakan-rakan seperjuangan! Sempena sambutan Hari Pembantu Perubatan 2026, AMOSH akan mengadakan aktiviti turun padang yang penuh bermakna. Inilah masanya untuk kita zahirkan semangat keprihatinan kepada komuniti!

Kami amat mengalu-alukan penyertaan daripada semua Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sibu yang mempunyai kelapangan masa dan semangat untuk berbakti.

📍 Butiran Aktiviti
Destinasi: Unit Hemodialisis, KK Selangau.

Tarikh: 10 Mac 2026 (Selasa).

🕒 Info Pergerakan (Flag Off)
Jangan terlepas! Kita akan bergerak secara konvoi dari Hospital Sibu.
Tempat Berkumpul: Pekarangan Parking Blok B, Hospital Sibu.
Masa Berkumpul: 1.00 Petang.
Pakaian: Baju Seragam Rasmi PPP (longsleeve + Tie)
"Satu langkah kita, seribu senyuman buat mereka."
Ayuh, kita penuhkan ruang parking Blok B dengan semangat merah-putih AMOSH! Kehadiran anda bukan sahaja memeriahkan suasana, malah membawa impak besar kepada pesakit di Selangau. Sebarang pertanyaan sila hubungi PPP George Gabriel - 0146229247

Salam takziah kepada keluarga Kak Diana. Seorang PPK yang cukup berdedikasi dan peramah dalam menjalankan tugas sebagai ...
03/12/2025

Salam takziah kepada keluarga Kak Diana. Seorang PPK yang cukup berdedikasi dan peramah dalam menjalankan tugas sebagai PPK di Hospital Sibu dan pernah menabur bakti menjadi barisan hadapan Covid 19 di PKRC Sibu. Semoga keluarganya bertabah di dalam menempuhi ujian ini.

Address

Hospital Sibu
Sibu
96000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMOSH Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AMOSH Official:

Shortcuts

Share