Majlis Tindakan Pengguna Negara - MTPN Cawangan Sibu

Majlis Tindakan Pengguna Negara - MTPN Cawangan Sibu 国家消费人行动议会
MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA (MTPN)
Sarawak, Cawangan Sibu

是一个主要维护消费者权益而成立的议会。
is a council established mainly to protect consumer rights.

merupakan majlis yang ditubuhkan untuk melindungi hak pengguna.

Terima kasih kepada Scooter Attack Customs Sarawak di atas sokongan & kerjasama untuk Konvoi Skuter Merdeka 🇲🇾 !
22/08/2026

Terima kasih kepada Scooter Attack Customs Sarawak di atas sokongan & kerjasama untuk Konvoi Skuter Merdeka 🇲🇾 !

🇲🇾𝗜𝗡𝗦𝗣𝗜𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔 & 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 🇲🇾Jom raikan semangat patriotik bersama-sama! ❤️💙🇲🇾📅 22 Ogos 2026 (Sabtu)⏰ 6.30...
20/08/2026

🇲🇾𝗜𝗡𝗦𝗣𝗜𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔 & 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 🇲🇾

Jom raikan semangat patriotik bersama-sama! ❤️💙🇲🇾

📅 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 6.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Sibu Heritage Centre, Sibu

Sertai kami dalam Program Inspirasi Merdeka & Hari Malaysia 2026 yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga! 🎉

✨ Antara aktiviti menarik:
🎶 Senamrobik Patriotik
🏍️ Skuter Gathering & Konvoi Merdeka
🇲🇾 Edaran Jalur Gemilang
🏕️ Pameran Agensi
🎨 Pertandingan Mewarna
🏛️ Kenali Sibu – Lawatan ke Sibu Heritage Centre

Ayuh kita semarakkan semangat Merdeka dan Hari Malaysia bersama-sama! ❤️🇲🇾

👨‍👩‍👧‍👦 Terbuka kepada semua!
Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan untuk bersama memeriahkan program ini! 🎉

🤝 ANJURAN BERSAMA:
• Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sibu
• Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak
• Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak, Cawangan Sibu



18/08/2026

🚨 AWAS PENIPUAN ONLINE! 🚨

Jangan cepat terpedaya dengan tawaran yang nampak terlalu menarik! 🎭💰

Lindungi diri & keluarga dari scammer.

Jika dah terkena, segera laporkan ke Pusat Respons Scam Negara (NSRC) di 997 atau pihak polis! 🚔📞




18/08/2026
15/08/2026

"Tak salah nak tambah pendapatan, berniaga memang salah satu pintu rezeki yang paling luas"

Namun, awas! Jangan mudah terpedaya dengan skim yang menjanjikan keuntungan luar biasa dalam masa yang singkat.
🔍Semak dahulu.
📝Fahami sistemnya.
🤔Kenali sumber keuntungannya.

𝗕𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮 𝗯𝗶𝗮𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽




𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈SIBU, 12 OGOS 2026 – MTPN Cawangan Sibu telah dijemput untuk memberikan taklimat semp...
15/08/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈

SIBU, 12 OGOS 2026 – MTPN Cawangan Sibu telah dijemput untuk memberikan taklimat sempena Program Bicara Keselamatan Komuniti yang bertemakan “Kesedaran Diperkasa, Keselamatan Terpelihara”, di Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam (LAKIS).

Yang Dipertua MTPN Sarawak, Tuan Lucas Lau, turut hadir bagi menyampaikan taklimat ringkas berkaitan MTPN serta peranannya dalam meningkatkan kesedaran dan perlindungan pengguna dalam komuniti.

Program anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak (MKN) ini berjaya menghimpunkan lebih 100 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat.

Turut diadakan ialah sesi ceramah informatif daripada agensi-agensi rakan strategik, antaranya:
🔹 Polis Diraja Malaysia (PDRM)
🔹 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
🔹 Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)

Program sebegini amat bermanfaat dalam memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai aspek keselamatan, pencegahan serta tanggungjawab bersama dalam mewujudkan komuniti yang lebih selamat.

Kesedaran diperkasa, komuniti lebih bersedia! 🤝






10/08/2026

𝐀𝐏𝐀 𝐊𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐑𝐎𝐒𝐀𝐊??

Jangan rugikan diri sendiri bila terbeli atau terima barang rosak . Korang sebenarnya boleh tuntut hak tebus rugi melalui TTPM kalau penjual atau peniaga tak layan atau tolak tuntutan korang!

Jom jadi pengguna yang tahu bertindak.💪 Jangan biarkan korang di scam. 👀





10/08/2026

𝑴𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒌𝒆𝒍𝒊𝒓𝒖 𝒎𝒂𝒄𝒂𝒎 𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒂𝒔𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒔𝒖𝒃𝒔𝒊𝒅𝒊 𝒅𝒊𝒆𝒔𝒆𝒍 𝒃𝒆𝒓𝒇𝒖𝒏𝒈𝒔𝒊? 🤔
𝑱𝒐𝒎 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒂𝒎𝒃𝒊𝒍 𝒕𝒂𝒉𝒖 𝒔𝒕𝒓𝒖𝒌𝒕𝒖𝒓 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒊𝒌𝒖𝒕 𝒌𝒆𝒎𝒆𝒏𝒕𝒆𝒓𝒊𝒂𝒏!

Kerajaan dah susun khas mengikut kategori supaya bantuan ini betul-betul sampai kepada yang layak dari individu persendirian, syarikat-syarikat pengangkutan sehinggalah kepada sektor pertanian. 🚜🚌🚗
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel diuruskan secara lebih sistematik agar golongan sasar tidak terpinggir.

Mari kita bersama-sama menyokong usaha ini demi masa depan ekonomi yang lebih mampan.
𝗦𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗳𝗼 𝗶𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗻-𝗸𝗮𝘄𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂 𝗹𝗮𝗴𝗶.





𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗠𝗧𝗣𝗡 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗕𝗨 𝗕𝗜𝗟.𝟬𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲8 Ogos 2026 | SabtuTelah berlangsung Mesyuarat MTPN Cawangan Sibu Bil. 01/2026 y...
09/08/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗠𝗧𝗣𝗡 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗕𝗨 𝗕𝗜𝗟.𝟬𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲

8 Ogos 2026 | Sabtu

Telah berlangsung Mesyuarat MTPN Cawangan Sibu Bil. 01/2026 yang dipengerusikan oleh Puan Nur Intan, selaku Pengerusi MTPN Cawangan Sibu. Turut hadir YDP MTPN Sarawak, Tuan Lucas Lau, serta ahli-ahli majlis MTPN Cawangan Sibu.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai perkembangan dan perancangan program bagi bulan ini, penambahbaikan dalam pengendalian aduan pengguna serta perancangan aktiviti MTPN bagi tahun 2026.

Turut diadakan sesi penerangan oleh Presiden Kebangsaan Malaysia Influential Educators (MIE), Tuan Malcolm Lee, berkaitan proses pencalonan dan pemilihan Anugerah MIE anjuran MTPN yang bakal berlangsung pada 1 November 2026.

Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan terus memberikan komitmen serta sokongan kepada MTPN Cawangan Sibu. 🤝

Semoga kerjasama dan semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan demi memperkasakan hak dan kepentingan pengguna.

MTPN Sibu — Bersama Memperkasa Pengguna. 💙

🇲🇾 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞 ❤️💛🖤22 Julai merupakan hari yang penuh bermakna buat seluruh rakyat Sarawak. Marilah kita bersam...
22/07/2026

🇲🇾 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞 ❤️💛🖤

22 Julai merupakan hari yang penuh bermakna buat seluruh rakyat Sarawak. Marilah kita bersama-sama mengenang sejarah perjuangan dan menghargai semangat perpaduan yang menjadi asas kepada kemajuan negeri yang kita cintai.

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sibu ingin mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak.

Semoga Sarawak terus maju, makmur dan sejahtera, serta rakyatnya sentiasa bersatu hati dalam membina masa depan yang lebih gemilang.

“𝙎𝙖𝙧𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙈𝙖𝙟𝙪 𝙈𝙖𝙠𝙢𝙪𝙧”

❤️💛🖤 Selamat Menyambut Hari Sarawak! ❤️💛🖤

Address

No16, 1st Floor, Jalan Tapang Timur
Sibu
96000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Tindakan Pengguna Negara - MTPN Cawangan Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Tindakan Pengguna Negara - MTPN Cawangan Sibu:

Shortcuts

Share