Batalion Ke - 9 Rejimen Sempadan

Batalion Ke - 9 Rejimen Sempadan TANGKAS BERBISA

Pegawai Memerintah dan seluruh warga Batalion Ke - 9 Rejimen Sempadan menzahirkan ucapan tahniah kepada Mejar Jeneral Mo...
16/04/2026

Pegawai Memerintah dan seluruh warga Batalion Ke - 9 Rejimen Sempadan menzahirkan ucapan tahniah kepada Mejar Jeneral Mohd Sobirin bin Hj Mohd Yusof di atas pelantikan sebagai Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Ke-32.

-π“π€ππ†πŠπ€π’ ππ„π‘ππˆπ’π€-

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀 π’π“πŽπ‘ 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔 ππ€π’π”πŠπ€π (𝑫𝑬π‘ͺ𝑬𝑡𝑻𝑹𝑨𝑳𝑰𝑺𝑬𝑫) ππ„π‘πš°ππ†πŠπ€π“ 31 𝐁𝐆𝐃 π’πˆπ‘πˆ 5/πŸπŸŽπŸπŸ”SIBUJAYA, 10 A...
11/04/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀 π’π“πŽπ‘ 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔 ππ€π’π”πŠπ€π (𝑫𝑬π‘ͺ𝑬𝑡𝑻𝑹𝑨𝑳𝑰𝑺𝑬𝑫) ππ„π‘πš°ππ†πŠπ€π“ 31 𝐁𝐆𝐃 π’πˆπ‘πˆ 5/πŸπŸŽπŸπŸ”

SIBUJAYA, 10 April 2026 - Seramai 50 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Briged ke-31 Infantri Malaysia (31 Bgd) serta pasukan luar telah berjaya menamatkan Kursus Penjaga Stor Senjata dan Peluru Pasukan (π˜‹π˜¦π˜€π˜¦π˜―π˜΅π˜³π˜’π˜­π˜ͺ𝘴𝘦π˜₯) Siri 5/2026. Majlis penutup kursus telah dilaksanakan di Dewan Serbaguna, Kem Bumimas.

Kursus yang berlangsung selama 5 hari bermula 6 hingga 10 April 2026, merupakan anjuran Sel Risik MK 31 Bgd dengan bantuan tenaga pengajar dari Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia (KP ATM), Detasmen Keselamatan Medan (DKM) Sibu dan pasukan penganjur, Batalion Ke-9 Rejimen Sempadan.

Objektif kursus ini adalah untuk memberikan kefahaman yang menyeluruh kepada para penuntut berkaitan peranan dan tanggungjawab Penjaga Stor Senjata, khususnya dalam aspek keselamatan serta pengurusan yang berlandaskan garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan. Majlis penyampaian sijil serta penutup kursus telah disempurnakan oleh Mejar Ooi Pen Guan, Penolong Pegawai Memerintah 9 RS.

Dalam ucapan penutupnya, beliau menegaskan bahawa tugas sebagai Penjaga Stor Senjata dan Peluru merupakan satu amanah yang sangat penting dan memerlukan tahap disiplin serta ketelitian yang tinggi. Beliau turut mengingatkan para peserta agar sentiasa peka terhadap arahan keselamatan semasa serta mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan sebarang kecuaian, ketirisan atau kejadian yang tidak diingini.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar serta jamuan ringan dalam suasana yang penuh muhibah. Secara keseluruhannya, kursus ini bukan sahaja berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta, malah turut memperkukuhkan kesedaran terhadap kepentingan pematuhan aspek keselamatan dalam pengurusan Stor Senjata demi memastikan kesiapsiagaan dan integriti pasukan sentiasa terpelihara.

π“π€ππ†πŠπ€π’ ππ„π‘ππš°π’π€

- 𝐒𝐄𝐋 π‘πš°π’πš°πŠ 9 𝐑𝐒

Pegawai Memerintah serta Seluruh Warga Tangkas Berbisa mengucapkan tahniah kepada PW I Mohd Fadruhisam bin Yusoff atas k...
10/04/2026

Pegawai Memerintah serta Seluruh Warga Tangkas Berbisa mengucapkan tahniah kepada PW I Mohd Fadruhisam bin Yusoff atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Waran I.

Semoga terus maju jaya dan sentiasa cemerlang dalam perkhidmatan.

π“π€ππ†πŠπ€π’ ππ„π‘ππš°π’π€

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πš° π‘π€π˜π€ π€πš°πƒπš°π‹π…πš°π“π‘πš° ππ€π“π€π‹πš°πŽπ πŠπ„π’π„πŒππš°π‹π€π π‘π„π‰πš°πŒπ„π π’π„πŒππ€πƒπ€π SIBUJAYA, 21 Mac 2026 –  Batalion Kesembilan Rejimen ...
23/03/2026

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πš° π‘π€π˜π€ π€πš°πƒπš°π‹π…πš°π“π‘πš° ππ€π“π€π‹πš°πŽπ πŠπ„π’π„πŒππš°π‹π€π π‘π„π‰πš°πŒπ„π π’π„πŒππ€πƒπ€π

SIBUJAYA, 21 Mac 2026 – Batalion Kesembilan Rejimen Sempadan menyambut kedatangan 1 Syawal 1447H dengan penuh kemeriahan dan semangat ukhuwah bersama ahli keluarga. Majlis sambutan telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kem Bumimas. Turut hadir memeriahkan majlis, Lt Kol Shahrul Rizal bin Samsuddin, Pegawai Memerintah 9 RS dan Puan Norazyanti binti Abu Bakar, Pengerusi BAKAT serta keluarga besar warga Tangkas Berbisa.

Tirai sambutan bermula seawal pagi dengan perlaksanaan Solat Sunat Aidilfitri di Surau Al-Mubin. Suasana syahdu menyelubungi ruang solat apabila warga 9 RS bersama-sama melaungkan takbir raya sebelum menunaikan solat secara berjemaah, menandakan kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ketibaan Pegawai Memerintah di dewan bagi merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya dan Jamuan Aidilfitri. Pelbagai juadah tradisi telah disediakan, memberi peluang kepada warga pasukan dan ahli keluarga untuk beramah mesra dalam suasana yang harmoni. Dalam majlis yang sama, Pegawai Memerintah turut menyampaikan sumbangan khas kepada anggota-anggota yang sedang bertugas di dalam kem pada hari tersebut sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka selain daripada penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir menceriakan majlis.

Memori yang tercipta ini memperkukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dan semangat kepasukanan yang menjadi teras kekuatan 9 RS.

20/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πš° π‘π€π˜π€ π€πš°πƒπš°π‹π…πš°π“π‘πš° πŒπ€π€π… π™π€π‡πš°π‘ 𝐃𝐀𝐍 ππ€π“πš°π

IKHLAS DARIPADA PEGAWAI MEMERINTAH & SELURUH WARGA TANGKAS BERBISA

π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ π‘πšπ²πš 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐟𝐒𝐭𝐫𝐒, 𝐌𝐚𝐚𝐟 π™πšπ‘π’π« 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐒𝐧 πŸŒ™βœ¨Syawal menjelma penuh bermakna,Takbir berkumandang menyentuh jiwa,A...
20/03/2026

π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ π‘πšπ²πš 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐟𝐒𝐭𝐫𝐒, 𝐌𝐚𝐚𝐟 π™πšπ‘π’π« 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐒𝐧 πŸŒ™βœ¨

Syawal menjelma penuh bermakna,
Takbir berkumandang menyentuh jiwa,
Andai tersilap tutur dan bicara,
Ampun dipohon setulusnya.

Pegawai Memerintah dan isteri serta seluruh warga Tangkas Berbisa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di mana jua berada.

Semoga Syawal yang kita raikan ini hadir membawa keberkatan, menenangkan jiwa, serta mengukuhkan lagi ikatan silaturahim, agar kita terus melangkah ke hadapan dengan penuh harapan dan keikhlasan.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ…π“π€π‘ π–πˆπ’πŒπ€ ππ„π‘π–πˆπ‘π€ π“π€ππ†πŠπ€π’ ππ„π‘ππˆπ’π€SIBU JAYA, 15 Mac 2026 – Pegawai Memerintah 9 RS, Lt Kol Shahrul Rizal bin Sam...
19/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ…π“π€π‘ π–πˆπ’πŒπ€ ππ„π‘π–πˆπ‘π€ π“π€ππ†πŠπ€π’ ππ„π‘ππˆπ’π€

SIBU JAYA, 15 Mac 2026 – Pegawai Memerintah 9 RS, Lt Kol Shahrul Rizal bin Samsuddin bersama isteri, Puan Norazyanti binti Abu Bakar selaku Pengerusi BAKAT, telah menghadiri Majlis Iftar bersama warga Wisma Perwira yang berlangsung di Wisma Perwira 9 RS.

Majlis dimulakan dengan penyampaian kotak rezeki serta sampul raya kepada petugas Wisma Perwira sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan khidmat yang telah dicurahkan. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kepimpinan terhadap kebajikan warga yang sentiasa menyumbang kepada kelancaran pengurusan wisma.

Setibanya waktu berbuka, para hadirin bersama-sama menikmati juadah yang disediakan dalam suasana santai dan penuh kemesraan, sekali gus mewujudkan hubungan yang lebih akrab antara satu sama lain. Kemeriahan majlis diteruskan dengan aktiviti santai yang turut diserikan dengan permainan bunga api dalam kalangan kanak-kanak, menambahkan lagi suasana ceria dan kekeluargaan.

Majlis ini bukan sahaja menjadi medan pertemuan, malah berperanan mengukuhkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga Wisma Perwira 9 RS. Program diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

𝐒𝐄𝐋 π‘πˆπ’πˆπŠ πŸ— 𝐑𝐒

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ€πŠπ€π“ ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπ„-πŸ— π‘π„π‰πˆπŒπ„π π’π„πŒππ€πƒπ€πSIBUJAYA, 13 Mac 2026 – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Ten...
17/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ€πŠπ€π“ ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπ„-πŸ— π‘π„π‰πˆπŒπ„π π’π„πŒππ€πƒπ€π

SIBUJAYA, 13 Mac 2026 – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 9 RS telah melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran di Wisma Bintara 9 RS sebagai sebahagian daripada pengisian aktiviti pada bulan Ramadan ini. Majlis telah dipimpin oleh AJK Agama BAKAT dan dihadiri oleh wakil BAKAT setiap kompeni.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah lazim Al-Quran oleh para peserta yang telah menyempurnakan program tadarus, diikuti dengan bacaan doa khatam sebagai tanda penutup dan syukur berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Seterusnya, atur cara majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai penghargaan kepada para peserta atas komitmen dan kesungguhan sepanjang program tadarus ini berlangsung.

Menjelang waktu berbuka puasa, ahli-ahli BAKAT menikmati juadah yang disediakan dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga BAKAT 9 RS sebelum majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Penganjuran majlis seperti ini membawa misi utama untuk menyemarakkan amalan membaca dan menghayati Al-Quran dalam kalangan warga BAKAT 9 RS agar ia sentiasa menjadi panduan serta pedoman dalam menempuh kehidupan seharian disamping dengan program keagamaan seperti ini mampu memupuk semangat ukhwah, kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan BAKAT 9 RS.

𝐒𝐄𝐋 π‘πˆπ’πˆπŠ πŸ— 𝐑𝐒

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ…π“π€π‘ ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπ„π’π„πŒππˆπ‹π€π π‘π„π‰πˆπŒπ„π π’π„πŒππ€πƒπ€πSIBUJAYA, 13 Mac 2026 – Lt Kol Shahrul Rizal bin Samsuddin, Pegawai Mem...
16/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ…π“π€π‘ ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπ„π’π„πŒππˆπ‹π€π π‘π„π‰πˆπŒπ„π π’π„πŒππ€πƒπ€π

SIBUJAYA, 13 Mac 2026 – Lt Kol Shahrul Rizal bin Samsuddin, Pegawai Memerintah Batalion Ke-9 Rejimen Sempadan telah menghadiri Majlis Iftar Batalion Ke-9 Rejimen Sempadan yang berlangsung di Kem Bumimas. Majlis yang diadakan dalam suasana penuh harmoni ini telah menghimpunkan kesemua pegawai dan anggota 9 RS bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Majlis telah dimulakan dengan acara khatam Al-Quran bertempat di Surau Al Mubin. Tepat pada waktu berbuka, para hadirin bersama-sama telah berbuka sebelum meneruskan pengisian majlis dengan Solat Maghrib secara berjemaah. Seusai solat, kesemua pegawai dan anggota telah bergerak ke dewan makan bagi menikmati juadah yang disediakan dalam suasana yang penuh kebersamaan. Selesai berbuka puasa, majlis diteruskan dengan Solat Maghrib diikuti Solat Isyak serta Solat Tarawih secara berjemaah.

Penganjuran majlis seperti ini bukan sahaja menyemarakkan lagi penghayatan bulan Ramadan, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh semangat kebersamaan, seterusnya mengeratkan hubungan antara kepimpinan dan warga dalam suasana penuh muhibah dan keharmonian.

𝐒𝐄𝐋 π‘πˆπ’πˆπŠ πŸ— 𝐑𝐒

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ 𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπ„π’π„πŒππˆπ‹π€π π‘π„π‰πˆπŒπ„π π’π„πŒππ€πƒπ€π SIBUJAYA, 10 Mac 2026 – Majlis Ceramah Nuzul Al-Quran...
16/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ 𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπ„π’π„πŒππˆπ‹π€π π‘π„π‰πˆπŒπ„π π’π„πŒππ€πƒπ€π

SIBUJAYA, 10 Mac 2026 – Majlis Ceramah Nuzul Al-Quran telah berlangsung dengan jayanya sempena memperingati peristiwa agung penurunan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Program tersebut telah diadakan di Surau Al Mubin, Batalion Ke-9 Rejimen Sempadan dan dihadiri oleh Leftenan Kolonel Shahrul Rizal bin Samsuddin, Pegawai Memerintah, bersama seluruh warga 9 RS.

Penganjuran majlis ini bertujuan menyemarakkan penghayatan terhadap Al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan serta sumber kekuatan rohani dalam membentuk peribadi Muslim yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia. Ceramah khas telah disampaikan oleh Ustaz Wan Akmal Syahiran bin Wan Ahmad, pensyarah agama di Kolej Komuniti Sibu, yang mengupas makna serta hikmah di sebalik peristiwa Nuzul Al-Quran di samping menyeru para hadirin untuk memperkukuh hubungan dengan Al-Quran melalui pembacaan, penghayatan dan pengamalan dalam kehidupan seharian.

Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada penceramah atas kesudian berkongsi ilmu serta memberi pencerahan kepada warga pasukan.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat terus memperkukuh penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga pasukan, sekali gus menyemarakkan semangat untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pegangan hidup, selaras dengan kemuliaan Ramadan sebagai bulan Al-Quran yang penuh keberkatan.

𝐒𝐄𝐋 π‘πˆπ’πˆπŠ πŸ— 𝐑𝐒

Address

Kem Bumimas, Sibu Jaya
Sibu
96000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion Ke - 9 Rejimen Sempadan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share