17/08/2026
Latihan GAP Muda Peringkat Pejabat RISDA Bahagaian Sibu Tahun 2026 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
Tempat: TSB (NCR) Nanga Lebai, Selangau.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekebun kecil dan Pegawai-Pegawai Lapangan Pejabat RISDA Bahagian Sibu dalam mengamalkan kaedah pertanian yang baik bagi pengurusan pokok muda, merangkumi penyediaan kawasan, penanaman, pembajaan, kawalan rumpai dan perosak serta penjagaan berterusan.
Sehubungan itu, latihan ini bertujuan memastikan pertumbuhan pokok lebih sihat, produktif dan berkualiti, sekali gus meningkatkan hasil serta pendapatan pekebun kecil seiring dengan sasaran dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) iaitu Memastikan Pengeluaran Getah Negara Mencapai 1 Juta Tan Metrik Setahun.