AADK Daerah Sibu

AADK Daerah Sibu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Daerah Sibu, Government Organization, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu, Kementerian Dalam Negeri, Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan Sibu Blok 1, Jalan Fong Ming, Sibu.

AADK merupakan sebuah agensi di bawah KDN yang menjadi agensi peneraju membanteras penyalahgunaan dadah dan substan di Malaysia yang meliputi:

-Pendidikan Pencegahan
-Penguatkuasaan & Keselamatan
-Rawatan, Perubatan & Pemulihan
-Hubungan Antarabangsa

PAMERAN ANTIDADAH AADK SIBU TINGKAT PEMAHAMAN KOMUNITI BAHAYA DADAH Ogos 12, 2026 SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Dae...
12/08/2026

PAMERAN ANTIDADAH AADK SIBU TINGKAT PEMAHAMAN KOMUNITI BAHAYA DADAH

Ogos 12, 2026

SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) telah mengadakan Pameran Antidadah (PA) sempena Program Bicara Keselamatan Komuniti bertemakan “Kesedaran Diperkasa, Keselamatan Terpelihara” (Program) di Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam (LAKIS), pagi tadi.

Program anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak (MKN) itu berjaya menghimpunkan seramai lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat.

Inisiatif PA tersebut diadakan bertujuan meningkatkan tahap kesedaran awam berhubung bahaya penyalahgunaan dadah, di samping menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan yang disediakan oleh AADK.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan, termasuklah penyampaian ceramah informatif daripada agensi rakan strategik.

Antaranya penglibatan daripada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Sinergi antara agensi itu diharap dapat memperkasakan pengetahuan masyarakat terhadap isu keselamatan semasa, sekali gus memupuk tanggungjawab bersama dalam memelihara kesejahteraan komuniti daripada sebarang ancaman gejala sosial dan jenayah.








SK SENGAYAN ANJUR CERAMAH, PAMERAN ANTIDADAH BERSAMA AADK SIBU Ogos 9, 2926 KANOWIT - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah...
09/08/2026

SK SENGAYAN ANJUR CERAMAH, PAMERAN ANTIDADAH BERSAMA AADK SIBU

Ogos 9, 2926

KANOWIT - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) telah mengadakan Pameran dan Ceramah Antidadah (CP) sempena Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di Sekolah Kebangsaan Sengayan (SKS), pada Khamis.

PPDa anjuran SKS berkenaan telah melibatkan seramai lebih 40 orang warga sekolah yang terdiri daripada murid-murid dan guru-guru.

CP itu bertujuan untuk menyampaikan pendedahan awal mengenai bahaya penyalahgunaan bahan terlarang, di samping pembentukan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda sejak peringkat akar umbi.

Menerusi program tersebut, para peserta didedahkan dengan maklumat jenis-jenis dadah, implikasi negatif terhadap kesihatan dan mental.

Pendedahan secara bersemuka itu membolehkan warga sekolah memahami realiti ancaman bahan terlarang.

Usaha kolaboratif antara pihak sekolah dengan AADK itu diharap dapat melindungi komuniti sekolah daripada sebarang gejala negatif, sekali gus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan bebas daripada dadah.








AADK SIBU ANJUR KEM PINTAR 2.0 PERANGI ANCAMAN DADAH Ogos 8, 2026 SELANGAU – Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AA...
08/08/2026

AADK SIBU ANJUR KEM PINTAR 2.0 PERANGI ANCAMAN DADAH

Ogos 8, 2026

SELANGAU – Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) telah menganjurkan Program Intelek Asuhan Rohani (Kem PINTAR 2.0) yang berlangsung selama 2 hari dan berakhir petang tadi.

Kem itu dianjurkan dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Sungai Bawang (SKSB) dan Pejabat Pendidikan Daerah Selangau (PPD).

Seramai 55 orang murid tahap 2 dari pelbagai sekolah di bawah Zon 4 Daerah Selangau telah menyertai Kem di SKSB.

Penganjuran itu melibatkan penyertaan murid dari SKSB, Sekolah Kebangsaan Sungai Kemena, Sekolah Kebangsaan Sungai Tau, Sekolah Kebangsaan Bukit Arip, Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Arip, Sekolah Kebangsaan Kuala Pelugau dan Sekolah Kebangsaan Iban Union.

Kem bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah seawal peringkat persekolahan.

Inisiatif itu juga dapat membina daya tahan (resilien) diri murid agar berupaya menolak sebarang gejala sosial secara teguh.

Antara modul interaktif dilaksanakan sepanjang perkhemahan merangkumi sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK), pameran antidadah, tayangan video kesedaran, permainan interaktif, aktiviti eksplorasi, serta lafaz Ikrar Anak Pintar.

Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh wakil Pegawai PPD, Jeremaiah Linggi Meruda.

Turut hadir ialah wakil Ketua Daerah AADK, Mohamad Farizal Mohamad Buang; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Pelugau, Nyelang Papu; Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKSB, Joannes Lia Kunya; Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKSB, Mustahid Abdul Karim; Guru Bimbingan dan Kaunseling SKSB, Ebijulson Daylvhie; barisan guru pengiring; kakitangan AADK serta ahli-ahli SKUAD Antidadah Sibu.








Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: masa muda sebelum t...
07/08/2026

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati.”

(Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Hadis ini mengingatkan kita agar menghargai setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT serta memanfaatkan masa, kesihatan, rezeki, kesempatan dan kehidupan dengan sebaik-baiknya sebelum ia berlalu.

Nilai kesyukuran, disiplin dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat merupakan asas penting dalam membentuk individu yang berakhlak, berdaya tahan dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Semoga Warkah Ilmu ini menjadi pedoman buat kita semua untuk terus memperbaiki diri, memperkukuh iman dan mengisi kehidupan dengan amalan yang memberi manfaat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Ikhlas dariapda
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Shamsul Anuar Nasarah





⚽ BOLA SEPAK SIBU! Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua individu yang telah hadir memberikan...
05/08/2026

⚽ BOLA SEPAK SIBU!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua individu yang telah hadir memberikan komitmen dalam sesi pemilihan pasukan bola sepak Sibu FA, semalam.

Kehadiran dan kesungguhan yang dipamerkan oleh para peserta bukan sahaja mencerminkan kebangkitan mutu bola sepak Sibu, malah menjadi bukti generasi muda kita dalam memilih gaya hidup yang sihat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan pemain yang telah berjaya terpilih untuk menggalas cabaran pasukan! Bagi membina sebuah pasukan yang disegani, disiplin dan ketahanan mental adalah pertaruhan utama.

Kepada bakat-bakat muda yang belum bernasib baik dalam pemilihan kali ini, jangan sesekali membiarkan kekecewaan memadamkan impian anda. Teruskan berusaha dan jadikan kegagalan hari ini sebagai batu lonjakan untuk bangkit lebih perkasa pada masa hadapan.

Sukan adalah wahana terbaik dalam membina integrasi sosial, manakala dadah adalah musuh utama yang menghancurkan masa depan negara. Melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan seperti bola sepak, kita mampu melahirkan modal insan yang berdaya tahan tinggi, sekali gus melindungi komuniti kita daripada ancaman gejala sosial.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan budaya bersukan demi merealisasikan impian sebuah masyarakat yang harmoni dan bebas daripada belenggu dadah.








LIGA PREMIER SARAWAK: PEMILIHAN PEMAIN SIBU FA ⚽🔥Buktikan bakat anda. Impian untuk menyarung jersi Sibu FA kini kembali ...
04/08/2026

LIGA PREMIER SARAWAK: PEMILIHAN PEMAIN SIBU FA

⚽🔥Buktikan bakat anda. Impian untuk menyarung jersi Sibu FA kini kembali terbuka!

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) menyeru seluruh anak muda Sibu untuk hadir ke sesi pemilihan pemain bagi menghadapi saingan berprestij Liga Premier Sarawak 2026.

Sukan ialah wadah terbaik pembentukan disiplin diri. Ayuh buktikan kebolehan anda di atas padang, pilih gaya hidup sihat dan bersama-sama kita zahirkan komuniti yang bebas daripada ancaman dadah.

Sila semak butiran penuh sesi pemilihan di bawah:
📆 TARIKH & SESI PEMILIHAN
• Sesi 1: 5 Ogos 2026 (Rabu) | 4.00 Petang – 6.00 Petang
• Sesi 2: 6 Ogos 2026 (Khamis) | 4.00 Petang – 6.00 Petang
• Pemilihan Akhir: 7 Ogos 2026 (Jumaat) | 4.00 Petang – 6.00 Petang

📍 TEMPAT
• Padang Penjara, Sibu

👥 SYARAT KELAYAKAN
• Terbuka kepada individu lelaki berumur 17 tahun ke atas.
• Mempunyai tahap disiplin dan kecergasan yang tinggi.

📞 HUBUNGI
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
• Mohamad Mostapha: http://www.wasap.my/601110208793/pemilihansibufa
• Azrin: http://www.wasap.my/60138221716/pemilihansibufa
• Haji Effendy: http://www.wasap.my/60199833352/pemilihansibufa
• Hafiz: http://www.wasap.my/60168878663/pemilihansibufa

"Gunakan Bakat, Jauhi Dadah. Ke Arah Komuniti Bebas Dadah!"

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.










“MULAKAN PERUBAHAN, KEPULIHAN PILIHAN ANDA."Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemu...
04/08/2026

“MULAKAN PERUBAHAN, KEPULIHAN PILIHAN ANDA."

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara sukarela kepada individu yang menghadapi masalah penagihan dadah dan bahan.
Inisiatif ini dilaksanakan melalui Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) dan Rawatan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) bagi membantu individu kembali menjalani kehidupan yang sihat, produktif dan bebas daripada pengaruh dadah.

Melalui pendekatan model i-PULIH AADK yang merangkumi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual, program pemulihan dirancang mengikut keperluan individu dengan penglibatan keluarga serta sokongan komuniti.

Perkhidmatan ini juga dilaksanakan secara selamat, rahsia, tanpa tindakan perundangan dan percuma, bagi memberi ruang kepada mereka yang ingin berubah dan membina masa depan yang lebih baik.

AADK komited menyediakan fasiliti rawatan dan pemulihan di seluruh negara melalui rangkaian Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan Pusat Khidmat AADK bagi memastikan akses kepada perkhidmatan pemulihan yang menyeluruh dan berkesan.

Sekiranya anda atau insan tersayang memerlukan bantuan, hubungi talian bebas tol AADK 1-800-22-AADK (2235) atau WhatsApp ⁨019-626 2233⁩

Kepulihan Anda, Matlamat Kami.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




AADK SIBU PUPUK KESEDARAN BAHAYA DADAH DI SJKC THIAN HUA Ogos 4, 2026 SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AA...
04/08/2026

AADK SIBU PUPUK KESEDARAN BAHAYA DADAH DI SJKC THIAN HUA

Ogos 4, 2026

SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) telah mengadakan Ceramah dan Pameran Antidadah (CP) sempena Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah (Program) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Thian Hua (SJKCTH), Sibu Jaya, pagi tadi.

Program anjuran SJKCTH itu melibatkan seramai lebih 800 orang warga sekolah, terdiri daripada para murid, barisan guru serta staf sokongan sekolah.

CP tersebut diadakan bertujuan untuk menyebar luas maklumat serta memberikan pendedahan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Langkah pencegahan awal itu penting dalam membendung gejala sosial serta memupuk kesedaran mengenai gaya hidup sihat seawal peringkat sekolah rendah lagi.

Selain itu, para peserta didedahkan dengan jenis-jenis bahan terlarang dan kesan buruk terhadap kesihatan serta peranan murid dalam menolak sebarang anasir jahat di persekitaran mereka.

Usaha kolaboratif antara pihak sekolah dan AADK itu diharap dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni dan bebas daripada sebarang ancaman najis dadah secara berterusan.








LIGA PREMIER SARAWAK: PEMILIHAN PEMAIN SIBU FA ⚽🔥Buktikan bakat anda. Impian untuk menyarung jersi Sibu FA kini kembali ...
02/08/2026

LIGA PREMIER SARAWAK: PEMILIHAN PEMAIN SIBU FA

⚽🔥Buktikan bakat anda. Impian untuk menyarung jersi Sibu FA kini kembali terbuka!

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) menyeru seluruh anak muda Sibu untuk hadir ke sesi pemilihan pemain bagi menghadapi saingan berprestij Liga Premier Sarawak 2026.

Sukan ialah wadah terbaik pembentukan disiplin diri. Ayuh buktikan kebolehan anda di atas padang, pilih gaya hidup sihat dan bersama-sama kita zahirkan komuniti yang bebas daripada ancaman dadah.

Sila semak butiran penuh sesi pemilihan di bawah:
📆 TARIKH & SESI PEMILIHAN
• Sesi 1: 5 Ogos 2026 (Rabu) | 4.00 Petang – 6.00 Petang
• Sesi 2: 6 Ogos 2026 (Khamis) | 4.00 Petang – 6.00 Petang
• Pemilihan Akhir: 7 Ogos 2026 (Jumaat) | 4.00 Petang – 6.00 Petang

📍 TEMPAT
• Padang Penjara, Sibu

👥 SYARAT KELAYAKAN
• Terbuka kepada individu lelaki berumur 17 tahun ke atas.
• Mempunyai tahap disiplin dan kecergasan yang tinggi.

📞 HUBUNGI
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
• Mohamad Mostapha: http://www.wasap.my/601110208793/pemilihansibufa
• Azrin: http://www.wasap.my/60138221716/pemilihansibufa
• Haji Effendy: http://www.wasap.my/60199833352/pemilihansibufa
• Rafiq: http://www.wasap.my/60165775547/pemilihansibufa

"Gunakan Bakat, Jauhi Dadah. Ke Arah Komuniti Bebas Dadah!"

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.










AADK SIBU SAMPAIKAN MESEJ ‘JANGAN AMBIK!’ KEPADA BELIA Ogos 2, 2026 SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK...
02/08/2026

AADK SIBU SAMPAIKAN MESEJ ‘JANGAN AMBIK!’ KEPADA BELIA

Ogos 2, 2026

SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) telah mengadakan Ceramah Antidadah (CA) sempena Program Kem Belia Peringkat Bahagian Sibu (Kem) di Kem Belia Kemuyang, pagi tadi.

Kem berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak menerusi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (JBS).

Kem itu berjaya menghimpunkan seramai lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada belia berumur 15 hingga 16 tahun dari sekitar Bahagian Sibu.

Pengisian CA bertajuk “Jangan Ambik!” itu bertujuan memberikan pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran para peserta mengenai ancaman serta bahaya penyalahgunaan dadah.

Menerusi CA berkenaan, para peserta didedahkan dengan maklumat berkaitan implikasi buruk penyalahgunaan bahan terlarang dari sudut kesihatan, di samping kemahiran menangani tekanan rakan sebaya secara rasional.

Kerjasama strategik antara AADK dan JBS itu mencerminkan komitmen berterusan agensi kerajaan dalam melahirkan generasi belia yang berilmu, berdaya saing, serta bebas daripada dadah demi kesejahteraan masyarakat.








Address

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu, Kementerian Dalam Negeri, Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan Sibu Blok 1, Jalan Fong Ming
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6084325811

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share