APM SIBU

APM SIBU Angkatan Pertahanan Awam Daerah Sibu
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

PENYERAHAN SUMBANGAN SIGNBOARD PKOD KANOWIT & ROSTRUM APM SIBU​SIBU, 13 JULAI 2026 – Pejabat Pertahanan Awam Daerah Sibu...
13/07/2026

PENYERAHAN SUMBANGAN SIGNBOARD PKOD KANOWIT & ROSTRUM APM SIBU

​SIBU, 13 JULAI 2026 – Pejabat Pertahanan Awam Daerah Sibu telah menerima sumbangan berupa satu (1) unit Papan Tanda (Signboard) Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kanowit dan satu (1) unit Rostrum untuk kegunaan APM Sibu.

​Sumbangan murni ini telah disampaikan dengan penuh ikhlas oleh Kapitan Lau Sei Kwong sebagai tanda sokongan berterusan komuniti terhadap kesiapsiagaan dan perkhidmatan APM di wilayah ini.

​Majlis penyerahan ringkas yang berlangsung di PKOD Sibu ini telah disempurnakan dan diterima dengan jayanya oleh Mejar (PA) Mohd. Reduan bin Aini, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sibu.

​Turut hadir menyaksikan penyerahan ini ialah Lt (PA) Jordan Lau Teck Kyu, Pengerusi Persatuan Rekreasi Pertahanan Awam Sibu (PURPAS).

​Seluruh warga APM Sibu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kapitan Lau Sei Kwong atas sumbangan yang sangat bermakna ini.

Kemudahan ini pastinya akan meningkatkan lagi imej serta kelancaran operasi dan majlis-majlis rasmi APM di masa hadapan.

​"Sedia, Pantas, Berintegriti"





KUNJUNGAN HORMAT APM SIBU KE ATAS PANGLIMA BRIGED KESEMBILAN INFANTRI MALAYSIA​SIBU, 08 Jun 2026 – Pejabat Pertahanan Aw...
09/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT APM SIBU KE ATAS PANGLIMA BRIGED KESEMBILAN INFANTRI MALAYSIA

​SIBU, 08 Jun 2026 – Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Sibu telah mengadakan satu Kunjungan Hormat ke atas Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia bertempat di Jalan Fong Ming, Sibu.

​Delegasi APM Sibu telah diketuai oleh Mej. (PA) Mohd. Reduan bin Aini, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sibu, bersama beberapa pegawai kanan PDPA Sibu. Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato Jafri bin Sulaiman, Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia.

​Tujuan utama kunjungan ini diadakan adalah untuk:

​🤝 Memperkukuh Hubungan Dua Hala: Mengeratkan lagi jalinan kerjasama dan semangat setiakawan antara APM Sibu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya Briged Ke-9.

​📋 Penyelarasan Pengurusan Bencana: Membincangkan kesiapsiagaan, pelan tindakan, dan strategi kolaborasi dalam menghadapi sebarang situasi bencana di sekitar daerah Sibu.

​💡 Perkongsian Strategik: Bertukar-tukar pandangan dan input demi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan keselamatan dan pertahanan awam kepada komuniti setempat.

​Seluruh warga APM Sibu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Panglima Briged Ke-9 atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga sinergi utuh yang terjalin ini akan terus memantapkan lagi aspek pengurusan keselamatan negara di peringkat daerah.

​"Sedia, Pantas, Berintegriti"






BENGKEL SEKRETARIAT APM BAHAGIAN SIBU: PEMANTAPAN DIGITAL & AUTOMASI DATA​SIBU, 7 Julai 2026 – Unit Sekretariat PDPA Sib...
07/07/2026

BENGKEL SEKRETARIAT APM BAHAGIAN SIBU: PEMANTAPAN DIGITAL & AUTOMASI DATA

​SIBU, 7 Julai 2026 – Unit Sekretariat PDPA Sibu telah berjaya menganjurkan Bengkel Sekretariat APM Bahagian Sibu yang berlangsung selama dua hari bermula 6 hingga 7 Julai 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat PDPA Sibu.

​Bengkel intensif ini dikendalikan sepenuhnya oleh Mej (PA) Mohd. Reduan bin Aini, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sibu selaku tenaga pengajar utama.

​Seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang Pegawai KP1 COS dan 9 orang anggota MyASPA P dari daerah Sibu, Selangau, dan Kanowit telah menyertai bengkel ini bagi mempertingkatkan kompetensi serta kemahiran digital masing-masing.

​Apa Yang Menarik Sepanjang Bengkel?

​Bagi menyokong usaha pendigitalan pengurusan data APM, para peserta telah didedahkan dengan beberapa pengisian penting:

*​Automasi Data (VBA): Latihan praktikal penggunaan Visual Basic Advance (VBA) untuk membangunkan sistem pengumpulan data secara luar talian (offline), termasuk membina borang kemasukan data, sistem log masuk, dan pengurusan pangkalan data yang lebih sistematik.
*​Dashboard Bencana: Pengenalan kepada konsep pembangunan dashboard interaktif, kaedah kemas kini data, serta analisis statistik bagi memudahkan pemantauan dan penyediaan laporan impak bencana secara real-time.
*​Penghasilan Infografik: Teknik penyampaian maklumat dan data statistik secara visual supaya lebih jelas, menarik, dan mudah difahami oleh masyarakat sekeliling.

​Secara keseluruhannya, bengkel ini telah mencapai objektifnya dalam melahirkan warga APM Sibu yang lebih mahir teknologi, cekap mengurus data, dan siap siaga mendepani cabaran pengurusan maklumat masa kini.

​Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta! Sedia, Pantas, Berintegriti.

Latihan Gabungan Zon Tengah 2026 APM SarawakAHAD, 5 JULAI 2026Sibu | Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu...
05/07/2026

Latihan Gabungan Zon Tengah 2026 APM Sarawak

AHAD, 5 JULAI 2026

Sibu | Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu telah melaksanakan Latihan Gabungan Zon Tengah 2026 bersama APM Daerah Apm Kanowit ,APM Selangau APM Sarikei ,APM Meradong Apm Julau dan Apm Pakan yang berlangsung di Kampung Menyelang, Bintangor, Sarawak pada 4 hingga 5 Julai 2026.

Latihan ini melibatkan penyertaan seramai 16 pegawai dan 140 anggota lain-lain pangkat (LLP) daripada daerah-daerah yang terlibat. Penganjuran latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkukuh koordinasi antara pasukan serta menguji kecekapan anggota dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan dan bencana.

Antara pengisian latihan yang dilaksanakan ialah Search and Rescue (SAR) serta Pengendalian Kenderaan 4x4 Light Rescue Vehicle (LRV) yang memberi penekanan kepada aspek kemahiran teknikal, komunikasi, koordinasi operasi dan keselamatan semasa menjalankan tugasan di lapangan.

Turut hadir memantau dan menyempurnakan latihan ialah Mejar (PA) Mohd Reduan bin Aini, selaku Ketua Kem Komandan, bersama pegawai-pegawai kanan APM yang memberikan sokongan serta penilaian terhadap pelaksanaan latihan.

Diharapkan latihan seumpama ini dapat terus memperkukuh kerjasama antara daerah di Zon Tengah, di samping meningkatkan tahap profesionalisme, kompetensi dan kesiapsiagaan anggota APM dalam melaksanakan tugas menyelamat serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

SEDIA PANTAS BERINTEGRITI

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohtar Samat

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI SARAWAK













MAJLIS NGILING BIDAI APM SIBU 2026SELASA, 24 JUN 2026Sibu | Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu telah me...
24/06/2026

MAJLIS NGILING BIDAI APM SIBU 2026

SELASA, 24 JUN 2026

Sibu | Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu telah mengadakan Majlis Ngiling Bidai yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni di Larizwa Rizs Grand Hall, Sibu.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Pesuruhjaya Pertahanan Awam, YS TPj (PA) Mohtar bin Samat yang diiringi oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Sibu, Mej (PA) Mohd Reduan bin Aini serta para Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) dari pelbagai zon yang bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Penganjuran Majlis Ngiling Bidai ini merupakan simbolik penutupan sambutan Hari Gawai Dayak serta menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuhkan semangat perpaduan dan memupuk kerjasama yang lebih erat dalam kalangan warga APM. Kehadiran para pegawai dari pelbagai daerah mencerminkan komitmen berterusan APM dalam memupuk semangat kekeluargaan dan kebersamaan tanpa mengira latar belakang budaya dan kaum.

Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan melalui sesi ramah mesra dan perkongsian pengalaman, sekali gus memperkukuhkan jaringan hubungan kerja serta semangat berpasukan yang menjadi tunjang kepada kecemerlangan organisasi.

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan yang diterapkan melalui penganjuran majlis seperti ini akan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan APM dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat dan negara.

SEDIA PANTAS BERINTEGRITI

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohtar Samat

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI SARAWAK













LAWATAN TAPAK KEBAKARAN BERSAMA PENGARAH UNIT KESELAMATAN DAN PENGUATKUASAAN SARAWAK (UKPS) DI DAERAH SIBUSibu, 20 Jun 2...
20/06/2026

LAWATAN TAPAK KEBAKARAN BERSAMA PENGARAH UNIT KESELAMATAN DAN PENGUATKUASAAN SARAWAK (UKPS) DI DAERAH SIBU

Sibu, 20 Jun 2026 – Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), YBrs. Tuan Haji Abdul Wahab Bin Haji Rahim telah mengadakan lawatan ke beberapa lokasi kejadian kebakaran di Daerah Sibu bagi meninjau keadaan mangsa serta menilai keperluan bantuan susulan.

Lawatan tersebut melibatkan kerjasama pelbagai agensi iaitu UKPS, Pejabat Residen Sibu, Pejabat Daerah Sibu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sibu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sibu.

Sepanjang lawatan, YBrs. Tuan Haji Abdul Wahab turut menyampaikan sumbangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat kebakaran sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap kebajikan mangsa.

Sesi lawatan turut diisi dengan perbincangan dan penilaian di lokasi kejadian bagi mengenal pasti tindakan susulan yang bersesuaian demi memastikan kebajikan serta keselamatan mangsa terus terpelihara.

Lawatan yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat semua agensi yang terlibat.




Kami dari APM Sibu ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah (1 Muharram 1448H).Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberka...
17/06/2026

Kami dari APM Sibu ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah (1 Muharram 1448H).

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan kita. Marilah kita bersama-sama memperbaharui azam dan terus berhijrah ke arah yang lebih baik. 🌙✨

SEDIA PANTAS BERINTEGRITI

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI SARAWAK













17/06/2026

🌙 SALAM AWAL MUHARRAM 1448 HIJRAH 🌙

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita dipertemukan sekali lagi dengan 1 Muharram, permulaan tahun baharu dalam kalendar Hijrah.

Awal Muharram bukan sekadar pertukaran tahun, bahkan mengingatkan kita akan peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang menjadi lambang pengorbanan, keikhlasan, kesabaran dan ketaatan kepada Allah SWT. Semangat hijrah mengajak kita untuk sentiasa memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadah, memperkukuhkan akhlak serta melaksanakan setiap amanah dengan penuh integriti dan ihsan.

Marilah kita bersama-sama menjadikan tahun baharu Hijrah ini sebagai titik permulaan untuk berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik, mempererat ukhuwah, serta terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan masyarakat.

Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, rahmat, kesihatan, keselamatan dan kekuatan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sarawak, agar terus istiqamah dalam menggalas amanah dan berbakti kepada agama, bangsa serta negara.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah.

"Semoga setiap langkah hijrah kita membawa kepada reda Allah SWT, dipermudahkan segala urusan, diterima segala amalan dan dikurniakan pengakhiran yang terbaik di sisi-Nya. Amin Ya Rabbal 'Alamin."

10/06/2026
Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak 2026"Gayu Guru, Gerai Nyamai."Saya, Mej. (PA) Reduan Bin Aini,Pegawai Pertahanan Awam...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak 2026

"Gayu Guru, Gerai Nyamai."

Saya, Mej. (PA) Reduan Bin Aini,
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sibu, mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak yang meraikannya.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kesejahteraan, kesihatan yang baik serta mengeratkan lagi perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Selamat Hari Gawai Dayak. Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua.

Ikhlas daripada,

Mej. (PA) Reduan Bin Aini
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sibu

Address

Jalan FONG MING, SIBU
Sibu
96000

Telephone

+6084220044

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM SIBU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share