25/08/2026
24 OGOS 2026 (SELASA) - LAPORAN PENYERTAAN PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN SIBU TAHUN 1448H/2026
ICU JPM Sarawak Sibu telah menyertai pertandingan sepanduk sempena sambutan maulidur rasul peringkat Bahagian Sibu tahun 1448H/2026 bagi memeriahkan sambutan serta menyemarakkan rasa kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga jabatan dan organisasi. Para peserta telah menunjukkan kreativiti, kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menghasilkan sepanduk yang menarik serta bersesuaian dengan tema sambutan.
Secara keseluruhannya, ICU JPM Sarawak Sibu telah berjaya muncul sebagai johan sepanduk bagi kategori E (Jabatan Persekutuan). Pertandingan ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, khususnya dalam memupuk semangat kekitaan, meningkatkan penghayatan terhadap nilai-nilai murni dan menggalakkan penglibatan warga jabatan dalam aktiviti kerohanian.
ICU JPM SARAWAK SIBU